Thursday, September 27, 2012

Oh Cardigan

disebabkan suka sangat fesyen dengan cardigan, maka ana terpanggil untuk mengorbankan satu posting khas untuk berkongsi tentang 'cardigan', ada yang berpendapat cardigan asalnya daripada united kingdom, sebagai contoh:

Untuk pengetahuan semua cardigan merupakan nama sebuah tempat iaitu Cardigan yang terletak di United Kingdom
          hawamemories87.blogspot.com

Tapi sweater kardigan menjadi sangat populer di abad ke-17 dengan Perancis dan di Kepulauan Inggris
         omahsejarahsmpn5pati.blogspot.com
 
         The cardigan was named after James Brudenell, 7th Earl of Cardigan, a British Army Major General who led the Charge of the Light Brigade at the Battle of Balaclava during the Crimean War. It is modelled after the knitted wool waistcoat that British officers supposedly wore during the war.
          en.wikipedia.org

kebanyakannya cardigan adalah pendek dan hanya paras bawah pinggul, tapi kini cardigan labuh bawah lutut telah mudah ditemui, jadi ia menjadi kemudahan untuk mengayakan pakaian menjadi fesyen muslimah, sebagai contoh:


cardigan ni labuh di belakang, tapi ana tak berkenan jenis ni sebab berbutang besar, ia mencemarkan penampilan sebagai "low profile" dan sederhana,




yang ni lebih nampak sopan, ia labuh di depan serta dapat menjaga aurat dibelakang, potongan pada pada cardigan juga dapat menyempurnakan penampilan,











pada pandangan ana, cardigan lebih anggun dengan skirt labuh atau sebagaimana dalam gambar di atas, ia bersifat santai jadi jangan kenakan pada majlis formal, ana bukanlah bijak bestari dalam dunia fesyen tapi apa yang lebih utama adalah garis piawaian agama tentang pakaian seperti tidak menampakkan susuk tubuh, tidak seperti pakaian agama lain, tidak pendek dan labuh supaya jika ada sesuatu yang berlaku seperti angin bertiup atau melakukan apa-apa kerja, pakaian itu tidak mudah terselak atau aurat kita tidak menggangu pandangan orang lain,

selain menyesuaikan dengan skirt labuh, ana juga berpendapat bahawa cardigan sesuai juga dikenakan dengan baju kurung, pada keadaan sejuk sebagai ganti kepada sweater yang tebal, hal ini kerana ia labuh dan tidak terlalu tebal yang sama seperti struktur baju kurung yang labuh melepasi lutut,


cardigan jenis ni menarik, sebab ada tali yang boleh mengubah pengayaan, jangan lihat pada model,
tambahan pula tali tersebut panjang dan ia terjuntai yang memberi impak feminin pada pemakai,








satu lagi yang jadi pilihan, cardigan jenis ini adalah ikat simpul sendiri di bahagian depan, simpulkan sedikit pada kedua-dua bucu cardigan dan biarkan ia bersatu dalam simpulan tersebut, warna cardigan pada gambar mungkin tidak menepati citarasa pandangan mata ana, tapi potongannya lulus untuk digayakan atas nama muslimah,









ni pun menarik juga, sebab ada poket pada kanan dan kiri di bahagian hadapan, tambahan pula ada sedikit lebihan kain di bahagian hadapan yang memberi kelainan pada cardigan lain,












ini adalah pandangan ana sahaja, bukan berdasarkan ilmu fesyen sebagaimana pakarnya, walau bagaimanapun ana mengingatkan diri sendiri terutamanya agar tidak menjadi mangsa kegilaan fesyen sehingga mengabaikan penjagaan Allah s.w.t, sesungguhnya Allah mensyariatkan batasan pakaian yang membaluti tubuh muslimah bukan hanya sebagai penjagaan sebaliknya ia adalah pengenalan awal tentang diri kita pada pandangan masyarakat yang melihat,

maruah dan penghormatan seorang muslimah adalah bernilai daripada mendengar komen penghinaan bahawa muslimah tidak "up to date", terpulanglah pada yang "standing" dengan pendapat sedemikian, ana tidak mahu memurahkan diri dengan pakaian mahal namun auratnya boleh disantap oleh pandangan orang ramai dengan percuma,

sekali lagi ana ingatkan bahawa pemakaian cardigan adalah lebih sopan dan selamat dengan kain seperti skirt labuh, dewasa ini skirt labuh juga telah dipelbagaikan, ada yang kembang, ada yang kempis, ada yang kecut, di samping kepelbagaian dekorasi warna, jadi ia lebih memudahkan jika muslimah mahu berwarna-warni atau menukar penampilan tapi cardigan yang sama, tak jadi masalah sebab penampilan kita turut meliputi tudung dan kain,

akhir sekali, semasa mengayakan cardigan, tudung perlu dilabuhkan di bahagian tengah hadapan supaya ia lebih selamat, dan ana tak tahu tentang fesyen cardigan untuk lelaki, lagipun ana tak suka keadaan tersebut, posting ini hanya untuk muslimah,
sekian

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran