Monday, September 10, 2012

fuqara' illallah

hidupkan Islam dlm diri anda..selalulah bermujahadah..

credit to 247

menyingkap madah Hasan Hudaibi iaitu salah seorang peneraju tampuk kepimpinan Ikhwanul Muslimin dengan kalamnya " tegakkan Islam dihatimu maka tertegaklah Islam di muka bumi" 



bermula daripada diri sendiri dahulu yang mengenali keindahan Islam, dari diri tersebut pula dibentuk bermula daripada hati atau dalaman seseorang, sebagaimana kedatangan awal dakwah Islamiah kepada penduduk Mekah, Rasullullah menggunakan pendekatan pembentukan kekuatan dalaman terlebih dahulu sehingga munculnya semangat seperti Saidina Abu Bakr, atau keberanian seperti Saidina Ali yang menggantikan tempat tidur Nabi s.a.w atau menjadi srikandi seperti Siti Khadijah yang menjadi antara orang pertama menerima Islam, 

para ulama' bertungkus-lumus memerah keringat untuk pertahankan kalimah Allah daripada tercemar dek nista dunia serta ancaman kecelaruan kaum kafiruun yang sentiasa berusaha untuk memporak-perandakan ajaran Islam, ana teringat satu "quote" tentang dunia mujahidin, Allah tidak memerlukan kita untuk mempertahankan agama ini kerana Allah mampu menjaga agama ini meskipun tanpa qudrat kita, sebaliknya jalan dakwah ini adalah jalan para mujahid dan mujahidah yang mendambakan redha Allah serta mengimpikan syurga yaitu kemewahan yang dijanjikan untuk hidup yang kekal di akhirat kelak, oleh itu sepatutnya kita yang berdoa dan meletakkan diri untuk berada sebarisan bersama menegakkan kalamullah di atas muka bumi, sebagaimana firman Allah:
  
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ

Maksudnya: 
wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

namun, jika menyelusuri keikhlasan cinta milik Rabiatul Adawiah, dalam doanya yang dititipkan pada Kekasih Agung, seandainya ibadah yang dikerjakan adalah untuk mendapatkan ganjaran syurga maka jauhkan nikmat syurga darinya, dan seandainya pengabdiannya kerana takutkan azab neraka maka dekatkan ia dari ketakutan tersebut, apa yang diinginkan oleh Rabiatul Adawiah hanyalah Allah, biar apa jua kemewahan atau kesengsaraan namun Allah jua tetap menjadi segalanya untuknya, itu adalah dunia sufi,

"jalan mujahadah itu pahit, tiada kerusi untuk para mujahid"
Ketika Al-Hudhaibi dalam tahanan penjara, seorang menteri Mesir telah mengutus isterinya untuk bertemu dengan Ummu Usamah. Tujuannya adalah untuk menenangkannya serta memberitahu bahawa menteri tersebut telah berbuat yang terbaik untuk menyelamatkan Al-Hudhaibi.
Ummu Usamah berkata: “Siapa yang memberitahu kepada suamimu yang kami gelisah dan sedih sehingga kamu bersusah payah untuk memberi nasihat kepada kami, menenangkan hati kami dan memberi khabar gembira bahawa Ustaz selamat? Apakah puan ingin memberitahu kepadaku dan anak-anakku bahawa hukuman telah ditetapkan sebelum dijalankan perbicaraan? Adakah puan mahu memberitahu kepada kami bahawa hukuman yang akan diterima oleh Ustaz adalah hukuman mati?”
Ummu Usamah seterusnya menegaskan: “Wahai Saadiyah Hanim, isteri pembesar Mesir yang mulia, saya mohon agar puan dengar dengan baik dan sampaikan kepada Tuan Menteri! Sampaikan bahawa Hasan Al-Hudhaibi tidak memegang kepimpinan Ikhwan Muslimun kecuali setelah menyaksikan pendahulunya yang agung, Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah diculik dan dibunuh secara keji dengan terang-terangan di tepi jalan ibu kota negara ini. Hudhaibi tidak menerima untuk menjadi pengganti beliau kecuali menunggu akhir kehidupannya yang sama seperti beliau. Sungguh, ia telah menjual dirinya untuk Allah dan kami juga menjual diri kami bersamanya untuk Allah. Bila semua itu terjadi kerana takdir Allah maka tak seorang pun akan melihat kami kecuali dalam ketenangan, ketenteraman dan kebahagian. Sebab kami serahkan sepenuhnya segala urusan manusia kepada Allah. Kami mengharapkan pahala-Nya dan kami sangat berbahagia bila dapat menyusulnya sebagai syuhada’”
Kemudian Ummu Usamah berpaling kepada anak-anaknya Ilyah, Khalidah dan Su’ad sambil berkata:”Inilah pendirian ummi, bagaimana pendapat kalian wahai anak-anak?”
Serentak mereka menjawab: “Tidak ada perbezaan sedikit pun pendapat kami dengan pendapatmu, wahai ummi!”

jadi jika terasa pahit dan sesak, jangan khuatir dan terus berjalan di atas karpet keperitan dan tangisan, kerana setiap titis air mata yang menitik meluputkan duka yang sementara untuk senyuman yang kekal di sana.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran