Monday, September 3, 2012

Lumrah Rindu

"apabila ia sudah biasa dekat denganmu, suatu saat kehilangannya pasti terdetik tangisan yang tak diundang, biarpun diseka air mata namun ia tetap melimpahi empangan kelompak mata, itulah hakikatnya bahana sebuah perasaan."
 
daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu
“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.

"biarkan dirimu rebah ke bumi kerana tidak mampu menahan sebak dan sedih yang bertandang, biar bergelinangan air mata membanjiri segenap ruangan masa yang berlalu, namun jangan sesekali mengalah pada perasaan."

ya Allah, Engkau pemilik segala hati insan termasuk bisikan hatiku, pasti Kau telah mendengarnya, pandulah perasaan ini pada selayaknya untuk diriku mendapat rahmatMu, mendapat redhaMu, menjauhi murkaMu, mendekati keampunanMu,
Allah, sesungguhnya, tiada yang mampu setia padaku, untuk mendengar seluruh perasaanku setiap detik dan waktu melainkanMu, aku tidak mahu kehilanganMu, maka jangan Engkau biarkan perasaan ini mendahului rasa cinta dan rinduku padaMu, andai benar ia lahir kerana fitrah yang Engkau raikan untuk hambaMu maka tetapkan ia dihatiku,sekiranya ia lahir kerana syaitan yang membisikkan khayalan indahnya, maka padamkanlah ia dengan maghrifahMu,
ya Allah pilihlah hatinya dan hatiku untuk Engkau miliki, agar saat kami inginkan antara satu sama lain, kami hanya memohonnya padaMu
.........................................................
 perasaan rindu adalah kelaziman bagi manusia normal, malah ia boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada fitrah kejadian insani, walau bagaimanapun ia terbahagi kepada dua, sama ada anda menghadapi "virus rindu" ATAU
"anugerah rindu"

walaupun hakikat keduanya kembali kepada Allah namun ia memberi impak yang berlainan kepada pesakit, biasanya virus lebih mudah merebak dan ia memerlukan ubat antivirus untuk mengawal keadaannya, malah simpton yang berlaku juga didorong oleh sesuatu sebab seperti berjauhan, terlalu mengasihi, kenangan manis ataupun jasa serta budi baik seseorang yang menyentuh hati, antivirus yang dimuat-turun bagi mengawal virus juga perlu mengikut hati yang beralasan mengundang "virus rindu", namun jelasnya semua antivirus perlulah original berpaksikan syariat dan bertunjangkan niat kerana Allah, di samping itu pesakit juga harus mengenal pasti keadaan halal dan haram, maksiat dan dosa atau, halal dan sempurna, jika mereka berpotensi berada ditahap was-was dan bahaya maka berundurlah dari terus mara membiarkan perisian rindu terus disistemkan, pasakkan "alarm doa" dan "alarm istighfar" agar ia mampu dibendung

jika anda menghadapi "anugerah rindu" maka click di sini







 kedua-dua pembahagian ini adalah menurut pandangan ana sahaja, mana-mana situasi pun ana tidak meletakkan penghakiman sebaliknya, ana membahagikannya kerana ingin memperjelaskan situasi rindu yang selalu dirasai oleh pejuang di jalan Allah dengan rindu kebiasaan,
jadikan ALLAH PENGUBATNYA



0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran