Friday, September 21, 2012

Epilog KYT

semalam berakhirnya drama "Kau Yang Terindah" (KYT), akhirnya Alisha menerima Syamil sebagai seorang suami walaupun Firman muncul di akhir babak, tapi kekuatan doa seorang suami lebih agung diterima Allah, bukankah darjat seorang suami itu tinggi disisi Allah, jadi tak mustahil doa Syamil di hadapan kaabah menjadi wacana lembutnya hati Alisha,



ana tak "vote" drama ni tahap 5 bintang tapi sekadar mengasah olahan dari apa yang dapat dikorek pada drama tersebut, tentang Munirah juga akhirnya diterima baik oleh mertua setelah apa yang berlaku antara dia dengan suaminya Hafiz, tak mustahil ayah mertua bertindak demikian kerana rasa kecewa terhadap anaknya walaupun isterinya bangga kerana Hafiz bertanggungjawab terhadap Munirah, tapi ana lebih cenderung kepada kekecewaan seorang ayah terhadap anak lelakinya (Hafiz) tentang apa yang dilakukan terhadap Munirah

"anak kita tu berkiblatkan cinta, sanggup tinggalkan kita, mak ayah yang menjaga sejak kecik hanya kerana ingin jadi hero kepada perempuan tu," katanya

berikutan itu, isu ini turut dikupas dalam perbincangan dala Semanis Kurma,

"anak-anak yang mengandung luar nikah, kandungan tersebut boleh jadi anak sah taraf jika di bawah 6 bulan, maka ibubapa jangan terus membiarkan anak dan menolak mereka ke tepi sebaliknya cuba ambil inisiatif untuk kahwinkannya walaupun bukan dengan lelaki yang melakukan, hal itu dapat menyelamatkan keadaan," kata Panel 1

sambungnya lagi "pernah terjadi satu kes dilaporkan, anak menjadi perempuan simpanan seorang dato' selama 17 tahun disebabkan dia tidak punya sesapa lagi setelah ibubapa dan keluarga membuangnya kerana kesalahannya mengandung anak luar nikah"

ana tidak mendaftar sebagai penyokong kelahiran anak luar nikah atau budaya cinta nafsu sebaliknya jika ia berlaku, kesilapan tersebut bukan pada tempat anak semata sebaliknya ibubapa juga perlu memuhasabah diri serta didikan mereka, Rasullullah s.a.w menyuruh kita mendidik anak dengan agama dan tauhid sejak kecil supaya dalamannya kuat untuk menongkah arus dunia dan nafsu, di samping itu didikan anak sejak awal juga biasanya terlihat pada akhlak ibubapa, anak-anak lebih mudah meniru apa yang ibubapa lakukan dan sering katakan,

pengajaran daripada drama KYT tadi, walaupun perkahwinan Alisha dan Syamil adalah dalam keadaan terpaksa atau rancangan keluarga, namun ia lebih nampak murni daripada penderitaan hidup yang ditanggung oleh Hafiz dan Munirah yang mengenepikan restu ibubapa, Hafiz jatuh sakit teruk sampai statik ja keadaannya, manakala Munirah terpaksa merempat seorang diri membawa kandungan, sedangkan pada situasi Alisha, kesabaran Syamil dengan karenah isteri yang degil dan keras hati akhirnya melembutkan kata maaf dan insaf dihati Alisha, malah Syamil tidak berdendam dan cuba menghormati isterinya walaupun haknya sebagai suami tercabar, kesabaran Syamil dihiasi dengan doa yang tulus mengharapkan rumahtangganya baik mengukuhkan Alisha untuk menolak Firman walaupun itu adalah cinta pertamanya,

ringkasnya, restu ibubapa tidak patut dibelakangkan, keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah, jika ibubapa tidak bersetuju dengan pilihan kita, selesaikan dengan berhemah dan sabar bukan berpaksikan perasaan semata, sudahnya kita juga akan sengsara melihat pasangan dilayan buruk oleh mertuanya, jika penolakan itu atas alasan yang tidak bersandar pada hujah yang kukuh, percaya dan yakinlah bahawa ada penyelesaiannya untuk lembutkan hati ibubapa bagi menerima pilihan kita, yang penting jangan cuba menjadi suami soleh dengan bertopengkan anak derhaka,

lagi satu, ibubapa sudah semestinya sayangkan kita, buktinya kasih sayang mereka telah tergambar sejak kita lahir, tapi pasangan pilihan kita belum tentu akan melakukan perkara yang sama, perkahwinan atas dasar cinta semata tidak akan kekal lama kerana cinta itu perasaan yang bersifat subjektif, tapi sebaliknya perkahwinan tersebut perlu jelas matlamatnya, kenapa kita kahwin?

tepuk dada tanya diri, tak dapat jawapan? jangan risau Rasullullah telah nyatakan, baca dan fahami,

wallahua'alam bissawab

2 pendapat:

naim said...

:)

x tengok pon.. hope best kan akak. hehe

skyjamil said...

aik cepat tol kamu smpai..hehe, ha'ah tak best bla pelakon kurang jaga aurat, mcm pelakon tvalhijrah

Post a Comment

syukran kasiran