Friday, September 7, 2012

Aurat Dan Solat

"kat sini walaupun diorang pakai baju ketat-ketat tapi diorang cakap tak pernah tinggal solat, pakai skirt pendek and pakai singlet lagi tu, dahsyat betol..huhu"


your message will replied here

pertama-tamanya, merujuk kepada kesalahan pada perbuatan yang dinyatakan iaitu berhubung dengan aurat sama ada lelaki mahupun perempuan tidak dinyatakan, oleh yang demikian skop diluaskan untuk melibatkan kedua-dua jantina tersebut, hukum menutup aurat adalah wajib namun perbezaan pada batas aurat adalah berbeza mengikut jantina serta keadaan semasa, maksud keadaan semasa adalah sama ada bersama mahram atau sebaliknya,

ana yakin ramai telah didedahkan tentang batasan aurat, jadi ana ringkaskan sahaja bahawa pakaian yang ketat lazimnya bertujuan untuk memperlihatkan bentuk tubuh, makruh bagi lelaki dan haram bagi perempuan, pakai skirt pendek serta singlet juga bersifat demikian,


ulangkaji aurat menurut syariat

Allah s.w.t telah berfirman dalam kitabNya:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ

Maksudnya: sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. 
(surah al-ahzab ayat 45)

peranan solat adalah ia berupaya mencegah kemungkaran dan perbuatan keji daripada dilakukan atau dikenakan ke atas hambaNya yang mendirikan solat, namun solat bagaimana yang menjadi nilaian piawai Allah, pastilah solat yang khusyuk penuh kerendahan mengakui diri sebagai hamba, ia kembali pada niat seseorang semasa ia mendirikan solat, adakah niat solat selari dengan hati?
ayat Allah tidak pernah membohongi atau bercakap untuk menyedapkan hati melainkan ia adalah benar belaka, jadi bagi mencegah kemungkaran berdoalah agar diri kita menjaga solat serta rukunnya dengan baik, 

"fahami bacaan solat sebagaimana suatu kisah yang pernah ditanyakan kepada Rasullullah s.a.w tentang seorang yang mendirikan solat ketika malam hari namun pada waktu pagi ia mencuri, lalu baginda menjawab bahawa bacaan dalam solatnya itu akan mencegahnya." jelas ustaz Adib, pensyarah syariah UKM

bagi keadaan kemungkaran dengan mendedahkan aurat namun tetap menjaga solat, persoalannya ke mana pergi nilai solat tersebut?
mengambil ibrah terhadap yang terjadi pada orang lain tidak mewajarkan kita untuk meniru kesalahannya sebaliknya setiap yang kita lakukan haruslah berpaksi pada dalil syariat yang jelas, hal ini kerana Islam sering diserang dengan fahaman-fahaman yang dipengaruhi oleh elemen yang merosakkan kesuciaannya,

sebagai contoh, Islam Liberalisme yang cuba untuk menyama-ratakan kedudukan Islam dengan agama lain serta meremehkan peraturan syariat atau Islam sekular yang memisahkan Islam dengan kehidupan, oleh yang demikian, umat Islam harus lebih peka keadaan ini bagi membolehkannya untuk mengenalpasti unsur-unsur yang digunakan bagi menyebar-luaskan dakyah ini, Rasullullah pernah mengingatkan umatnya untuk mengigit al-quran dan sunnah yang ditinggalkan dengan gigi geraham atau dengan makna lain dengan seutuhnya dan sejelasnya kerana banyaknya anasir sebegini yang bertindak mengelirukan.

sebagai kesimpulan, sekiranya kita berada pada situasi demikian iaitu menemui masyarakat yang solat namun pakaian tidak lepas piawai maka anggap ia adalah ujian keimanan pada niat kita, ujian yang bisa menjadi latihan untuk membentuk iman kita, supaya tundukkan pandangan, istiqamah pada niat, ikhlas atas nama Allah serta membantu membuka luas fikrah kita tentang iman manusia.

wallahua'lam bissawab

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran