Tuesday, July 10, 2012

Program Integrasi PLKN

"alamak! kelas cikgu garang pulak"
"adus..kena lagi aku"
"apasal garang sangat cikgu ni?"
"geli la ngan kelas ni..cikgu straight!"

agak-agak apa yang terasa jika dapat suara atau komen langsung semasa sesi kelas pertama di tempat yang baru? memang betol tak lain dan tidak bukan, perasaan pertama rasa macam nak terus buat garang atau pakai kostum singa yang tak jumpa nasi setahun, perasaan kedua rasa macam nak pecut keluar dan terus tidur sampai berubah tahun, perasaan ketiga sedih sebab kegagalan seolah sedang menguasai usaha kita, itulah antara gambaran awal semasa menerima amanah menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih PLKN baru-baru ini, tambahan pula ia merupakan jejak pertama saya mencemar duli ke kem PLKN jiwa murni

" kami bukan kem jiwa murni cikgu, tapi jiwa kacau" terhambur helai-tawa kawan-kawan di sampingnya

apapun yang menimpa, semangat terus ditiup antara satu sama lain walaupun kami berlima adalah jurulatih yang baru menempa pengalaman, alah bisa tegal biasa! kelas seterusnya dikawal dengan lebih baik, pendekatan sebagai kawan menjadi pilihan agar interaksi dua hala berlaku, jiwa muda sangat teruja dengan persaingan dan kekuatan suara serta semangat, oleh itu bagi meraikan perilaku zaman mereka, maka

"cikgu bosan la dengan keadaan macam ni, muka layu, langkah lambat, lentok dan malas"
"kita lagakan setiap kumpulan dengan sorakan yang paling bergema"

inilah peluangnya
"eeeeeeeee..geli tak kelas ngan kumpulan ni" *trademark sorak ala2x ikan keli kena geletek dengan sotong*

mana yang pelan atau lembik, jangan takut untuk condemn tapi biarlah beralas, jangan menggunakan kata-kata kesat, langkah kedua
"cikgu rasa wira dan wirawati penuh dengan kreativiti yang langsung tak membosankan seisi alam, jadi dimulakan dengan kumpulan 4, cari satu permainan bermuzik yang kamu tahu dan kita akan lakukan bersama"

meriahnya tak terkira, "ok2x semua kumpulan dah cetuskan idea, leh tak buat ramai-ramai, lagu tangan tadi"

"cikgu kita berdiri la" cadang wirawati
"tangan kanan didepan, tangan kiri didepan, kaki kanan didepan kaki kiri didepan, perut ke depan, kebelaaakang, berpusinglahh..lakukan bersama, ohhhh sama-sama, oohhh sama-sama, mudahkan caranya bla bla bla bla bla"
*memang sweet sangat*

akhirnya kelas dapat keserasian dengan cikgu yang garang, kerja dan pembentangan dilakukan dengan baik dan kerjasama, respon soalan dan ganjaran dihulurkan sebagai motivasi ringan, sehinggalah
"cikgu rasa ada kumpulan yang merajuk la!"
"saya pun rasa, jom kita wat tepuk semangat untuk diorang" balas seorang wira dari inspira

setiap pengalaman baru itu perlu ditempuh dahulu cabarannya, jika kita mahukan mereka jadikan kesukaan mereka didahulukan sementara, akhirnya
"eh tak lah, cikgu ok..." komen jejaka Inspira dengan senyum melebar
"cikgu nora semangat sangat dalam kelas tadi" komen wirawati yaseedhta

bukan pujian yang ingin digemburkan tapi keberhasilan mendapat jiwa wira dan wirawati menjadi jiwa murni penuh integrasi dan kesusilaan dalam menjaga pergaulan berlainan agama, bangsa, dan budaya...
Kompeni Pesona (1 @Alpha) Exora (2 @Bravo) Inspira (3@charlie) Preve (4@delta)

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran