Friday, June 15, 2012

Venus dan Marikh




 “bintang timur dan bintang barat, antara zuhal dan marikh.”

Penciptaan lelaki dan perempuan bukan hanya berbeza secara lahiriah atau fizikal sebaliknya ia turut berbeza dari sudut pengurusan emosi, sokongan, keperluan, dan stress serta cara menyelesaikan masalah. Sudah tentu, semua sedia maklum mengenainya namun saya yakin ramai yang masih tidak dapat memperincikan pengetahuan itu. Buktinya peratusan perceraian masih meningkat terutamanya usia perkahwinan 5 tahun berumahtangga. Hal ini kerana mereka lupa bahawa suami adalah penghuni marikh pada asalnya manakala isteri pula penduduk zuhal.

      -Mereka tidak sama, berbeza, kontra, versus, tapi bukan musuh, lawan, sebaliknya Teman-

Lelaki tidak perlu menjadi zuhal untuk mengambil hati penduduknya sebaliknya kekalkan peribadi sebagai sang marikh yang memiliki rasional, kuasa, dan penyelesaian. Perempuan tidak perlu berpura-pura mengklonkan diri dengan perasaan sang marikh sebaliknya hanya perlu memahami keperluan mereka kerana cinta dan kasih sayang yang perempuan miliki sudah hebat dan tiada tandingan dikalangan manusia atau penghuni alam yang lain. Kedua-duanya hanya perlu menjadi diri sendiri dengan corak tempelan peribadi yang terlekat padanya, namun bagi mengatasi perbezaan yang konflik ini maka sang venus dan putera mars perlu menjelaskan dengan baik keadaan dan frasa yang mereka selesa untuk diluahkan tanpa mengundang masalah perselisihan penghantaran mesej.

Sebagai contoh, dalam menghadapi masalah, lelaki lebih cenderung untuk menyelesaikannya sendiri dan lebih fokus pada 1 masalah pada satu masa, mungkin jarak untuk melupakan sejenak penyelesaian tersebut dengan membaca surat khabar, menonton perlawanan bola, atau bersukan. Namun bagi perempuan, perasaan dan masalahnya tidak dapat dipisahkan, mereka lebih cenderung untuk meluahkannya tanpa perlu penyelesaian kerana dengan berkongsi cerita serta perasaan sudah cukup untuk mengurangkan beban masalah yang dipikulnya.

Keadaan ini adalah asas utama untuk memberi ruang selesa kepada kedua-dua pihak mengenali tiang peribadi pasangan. Sekiranya seorang perempuan memilih telinga anda untuk dicurahkan duka, dan masalahnya maka tindakan anda hanya sebagai pendengar yang membenarkan apa yang dirasainya bukan cuba untuk mengutarakan jalan penyelesaian. Manakala seorang perempuan pula perlu prihatin dengan keadaan pasangannya jika tidak memberi respon baik, diam diri, tidak mempeduli selain dirinya maka ketika itu carilah teman perempuan lain untuk berkongsi dan bagi ruang masa untuk sang mars menjadi dirinya, tapi tinggalkan pesanan bahawa jika dia sudah pulih maka mereka boleh kembali berbual.

                -lakukan pada yang tersayang dan halal bagimu sahaja-

Lagi satu yang penting adalah kesalahan dalam menggunakan bahasa badan dan nada pertanyaan. Kadangkala, niat ingin bertanya tapi nada seperti warden penjara. Lemah-lembut dalam pertuturan, perbuatan itu adalah nikmat, dan siapa yang tidak memiliki sifat ini maka telah ditarik satu nikmat pada dirinya. Lelaki lebih hero jika membantu isteri didapur, perempuan lebih jelita jika menghargai suami yang hanya membuang sampah yang penuh dengan ucapan terima kasih. Untuk kefahaman lanjut sila buat kajian selidik yang berpatutan.

“lelaki mahu rasa dirinya diperlukan, manakala perempuan mahu rasa dirinya dihargai.”

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran