Sunday, June 17, 2012

P.S.H



Ia merupakan singkatan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH). Asalnya jawatan ini dikenali dengan Pekerja Khidmat Singkat (PKS), namun telah dinaik-taraf menjadi nama sekarang. Ia turut menandakan perubahan pada pembayaran upah kepada PSH, mereka menerima gaji mengikut hari yang hadir bekerja, satu lagi peranan penting yang dimainkan oleh ‘punch card’. Di samping itu, PSH juga menawarkan pembayaran gaji mengikut peringkat kelayakan sijil yang diperolehi, misalnya lulusan diploma ditawarkan bayaran RM72 sehari, manakala lulusan ijazah sarjana muda ditawarkan RM100 sehari, manakala RM54 sehari bagi yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia. Walaupun demikian, sekiranya pemohon bersetuju untuk menerima mana-mana tingkat pembayaran upah maka ia tidak menjadi satu kesalahan. Hal ini kerana jawatan PSH yang ditawarkan tidak melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) secara langsung.

TUGASAN

Lazimnya, PSH diletakkan di bahagian perkeranian dan operasi iaitu N17, atau N27. Tugasannya meliputi bahagian pentadbiran terutamanya yang memerlukan kemahiran merekod data, mengakses maklumat sistem yang tidak tersusun, serta mengemaskini fail yang memerlukan perhatian. Setiap tugasan yang diberikan akan diselia oleh penyelia yang dilantik, jadi setiap tugasan yang diterima adalah dibawah arah penyelia. Hanya berkaitan dengan kerja sahaja, tidak termasuk urusan peribadi penyelia tersebut.

Pengalaman memegang jawatan ini selama 3 bulan lalu langsung tidak pernah terlintas di benak fikiran melainkan dorongan dua sebab iaitu kawan baik dan DSLP (Diploma Syariah Law and Practice). Oleh yang demikian, saya membuat permohonan pada 3 badan kerajaan yang dijangka dapat menyumbang kepada 2 sebab tadi iaitu JKSM (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia), BBG (Biro Bantuan Guaman) dan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Alhamdullillah, surat saya tidak disia-siakan, saya mendapat respon setiap permohonan dengan baik, malah hingga kini saya abadikan respon daripada JKSM dan BBG. Saya amat terharu dengan keperihatinan JKSM dan memberi respon balas pada permohonan saya. Dengan doa kalian insyaAllah impian itu tidak akan saya pendamkan semata.


Tanggal 0103012, saya diarahkan untuk lapor diri di JAKIM, alangkah dukacitanya kerana saya ditawarkan dibahagian sumber manusia bukan penyelarasan undang-undang mahupun penasihat undang-undang. Tambahan pula, kawan baik saya telah menerima tawaran kerja di Sarawak dan tanggal itu beliau sudah berada di sana untuk menjalankan tanggungjawab yang diterima. Lebih mengecewakan apabila saya terpaksa membuat penangguhan untuk DSLP sedangkan ia merupakan target pertama tahun 2012.
Kesimpulannya, saya sendirian tanpa sebab lagi mengapa saya terus lama di JAKIM?

Antara tugasan yang dapat digambarkan semasa berada di bahagian sumber manusia boleh dibahagikan kepada peringkat seronok dan bosan. Pertamanya, peringkat seronok seperti menyiapkan proposal tentang penaik-tarafan jawatan kadi daerah, menyelesaikan urusan penanggungan kerja, serta pemberitahuan berita gembira anugerah kepada penerima. Manakala, peringkat bosan meliputi merekod data mudah, fotostat, melupuskan gambar, memasukkan dokumen dalam fail peribadi, atau dengan kata ringkas menyelesaikan urusan yang sudah sedia ada dan tidak mencabar minda untuk bergerak aktif.

SARANAN

Jawatan PSH dibuka sepanjang tahun tanpa mengira masa oleh kementerian kerajaan serta agensi yang popular dalam perkhidmatan awam terutamanya. Oleh itu, manfaat ini harus disedari oleh golongan mahasiswa yang baru bergraduan atau belum konvo. Hal ini kerana sekiranya anda dalam bidang psikologi maka agensi seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh dimohon, atau anda kelulusan pengajian Islam maka JAKIM adalah pilihan utama yang perlu dipertimbangkan. Dalam erti kata lain, anda mempunyai pilihan yang luas untuk mengenali bidang tugasan yang anda akan hadapi mengikut kursus yang diambil.

Walaupun, ia memberi tempoh yang singkat dan berkontrak namun pengalaman untuk merasai bidang kerja agensi kerajaan serta keadaan tempat kerja telah memberi kematangan untuk kita bersedia menjadi spesis pekerja ‘pattern’ yang mana. Atau membantu kita untuk menilai orang bawahan sekiranya kita berada di atas, atau merasai tanggungjawab yang dipikul orang atasan serta bidang tugas setiap jawatan, atau mengenali beberapa tokoh yang popular, atau memilih beberapa contoh tauladan untuk menjadi inspirasi diri.

“Ringkasnya, siapa seseorang itu adalah cara ia melihat sesuatu yang berlaku.”

p/s: permohonan jawatan PSH boleh dibuat dengan menghantar surat penyataan tujuan (cover letter) berserta laporan diri (resume) kepada bahagian sumber manusia agensi yang dipilih.


5 pendapat:

Anonymous said...

terima kasih untuk maklumat yang berguna buat saya ^^

-hamba Allah-

skyjamil said...

sama-sama, try la..semua kementerian ada, juz bagi resume pada bahagian sumber manusia kemudian akan dipanggil interbiu, biasanya kementerian yang terletak di putrajaya

PenGemBara said...

Terima kasih atas perkongsian. Sangat bermakna :)

Unknown said...

salam, adakah psh ni diserap untuk kerja tetap?

Anonymous said...

Assalammualaikum

Saya nak tanya berkemungkinan tak yang kelulusan diploma akan dapat gaji mengikut spm ?

Post a Comment

syukran kasiran