Wednesday, June 6, 2012

Aku dan Atmosfera

"wanita tidak seharusnya menjadi bulan yang ditatap oleh semua lelaki tetapi perlu menjadi matahari yang silau, yang dapat menundukkan kaum Adam sebelum memandangnya."
 -someone-

...........................................................................

matahari, suria, mentari membawa satu maksud yang merujuk kepada sebutir bintang angkasa yang besar dan menyala, ia terdiri daripada gas panas yang telah mampu menukarkan nitrogen menjadi helium, kadar helium yang terkandung pada matahari menyumbang kepada kadar kepanasan dan silaunya pada mata yang ingin memandang, namun walaupun ia bersifat demikian, ia tetap ingin dipandang oleh penduduk bumi, maka terciptalah alat yang mampu mengurangkan kesan mudarat pada mata tetapi keadaan matahari dapat ditatapi,
seperti seorang wanita yang telah dikaitkan sebagai fitnah dunia malah ia juga menjadi senjata iblis untuk merealisasikan kedurhakaannya yang telah diikrarkan, namun kedudukannya disisi Allah tidak pernah disisihkan seperti mana kedudukan matahari yang tetap tinggi walaupun ia panas dan silau untuk dipandang,

namun matahari perlu memancarkan cahayanya dengan mempamerkan dirinya dan kuasa haba yang dibekalkan agar sinaran itu dapat menerangi alam buana, sebaliknya wanita perlu menutup seluruh tubuhnya untuk menyilaukan pandangan kaum Adam, hal ini kerana situasi pandangan yang berbeza, pandangan penduduk bumi pada matahari tidak lebih daripada sekadar ingin mengetahui keadaan matahari itu namun kaum Adam melihat seorang wanita dengan penuh imiginasi, Allah memahami fitrah ini dengan itu syariat diatur untuk memeluk tubuh wanita dengan kemuliaan agar setiap yang ingin memandangnya perlu mendongak ke atas,

matahari amat diperlukan oleh penduduk bumi dan isinya dengan pelbagai kegunaan, oleh itu Allah telah ciptakan atmosfera untuk menyerap kesan radiasi akibat sinaran ultra-lembayung yang memudaratkan penduduk bumi, malah atmosfera juga diciptakan untuk memastikan keseimbangan suhu yang diterima adalah sesuai, tanpa atmosfera penduduk bumi tidak akan aman dan sentosa, gambaran kerjasama ini merealisasikan 1 konsep baitul muslim..

''jika seorang lelaki mendekatimu dengan memperkenalkan keberaniannya mencabar hukum Allah, jangan diimpikan ia mampu membimbingmu ke syurga."

jika diriku kau ingin seperti mentari, mengapa engkau memilih untuk menjadi atmosfera yang lebih dekat dengan bulan?



0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran