Friday, January 13, 2012

Suami Nusyuz P.3


Setelah selesai mentelaah 2 entri sebelum ini yang telah diasingkan mengikut perundangan, perlu diingatkan bahawa pembahagian dan penelitian tersebut dilakukan berdasarkan pembacaan saya sahaja, sebarang penambahan atau pembetulan sukacita diharapkan kerjasama untuk menghantar komentar di ruangan yang disediakan.

Seterusnya entri yang terakhir merujuk kepada perbincangan berkenaan suami nusyuz atau dengan kata mudah suami derhaka, mungkin istilah itu terlalu janggal atau terlampau namun ia adalah hakikat pendefinisian bukannya rekaan semata. Entri terakhir ini cuba untuk mengungkit secara kemas perbandingan yang dapat dikesan berhubung dengan dua perundangan berkenaan suami nusyuz. Umumnya, tidak banyak perbandingan yang dapat dibuat melainkan beberapa isi yang dapat disandarkan.

Pertama, pensabitan suami nusyuz menurut syariah tidak perlu penilaian terhadap kedua-dua pihak sebagaimana yang disabitkan oleh subseksyen 54(b) AMU. Penilaian sikap, tingkah-laku dan perangai suami isteri tidak perlu dibuktikan sebagai pengesahan permohonan penceraian sebaliknya suami yang nusyuz adalah berdasarkan pengaduan isteri yang dinilai dan dibuktikan bahwa pengaduan tersebut adalah benar dan tepat. Hal ini kerana suami dalam Islam merupakan ketua keluarga yang dibebani pelbagai tanggungjawab, malah cara pelaksanaan dan menghadapi karenah isteri juga telah digariskan dalam Islam. oleh itu, jika pengaduan isteri terhadap suami nusyuz kerana pengabaian haknya maka ia memadai dengan pembuktian pengabaian tersebut. Sebaliknya AMU bersifat lebih umum dalam pensabitan tersebut. oleh yang demikian, ia memerlukan pembuktian yang ketat dengan melihat keadaan kedua-dua pihak. Sekiranya kedua-duanya mempunyai perangai yang buruk maka mereka dianggap dijangka munasabah untuk bersama.


Kedua, Islam mengkhususkan kaedah tertentu dalam menyelesaikan masalah suami nusyuz, dan ia berbeza bagi situasi jika isteri nusyuz. Pengaduan isteri dan tuntutannya perlu disuarakan kepada qadhi dan tanggungjawab qadhi untuk meneliti pengaduan tersebut termasuk mengeluarkan surat perintah, menjatuhkan hukuman takzir, atau melantik orang tengah atau penceraian. Namun, AMU menyamakan kaedah pensabitan pada subseksyen yang sama dengan hanya mengambil kira petisyen tersebut dikemukakan oleh pihak isteri atau suami tanpa mengabaikan munasabah pendakwaan tersebut. Malah, tuntutan pada pensabitan dibawah subseksyen tersebut bermatlamatkan penceraian semata, sebaliknya dalam Islam, qadhi akan mengeluarkan surat perintah untuk menunaikan hak yang terabai oleh pihak suami, dan penceraian adalah langkah terakhir sekiranya keengganan suami berterusan.

Ketiga, suami nusyuz adalah apabila perbuatan nusyuz tersebut sering dilakukannya tanpa alasan atau sengaja mengambil remeh perihal hak tersebut. Tetapi, pendakwaan adulteri dibawah subseksyen 54(a) memerlukan ujian subjektif yang mensyaratkan kes-kes tertentu yang boleh dijadikan penerimaan pensabitan tersebut dan menunjukkan bahawa alasan adulteri menjadi sebab ia tidak tahan tinggal bersama tanpa mengambil kira peribadi yang munasabah, sebaliknya ujian tersebut tidak diperlukan jika pendakwaan dibawah subseksyen 54(b) kerana mahkamah yang akan menjawab sama ada pendakwaan itu dijangka munasabah tinggal bersama atau sebaliknya berdasarkanbutir-butir perbicaraan yang berlangsung.

Sebagai penutup,
Terima kasih diucapkan…


0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran