Friday, January 13, 2012

Suami Nusyuz P.2



“celaka engkau! Bukankah engkau telah membangunkan rumahtangga atas dasar cinta? Maka di manakah pemeliharaan dan perawatanmu?”

Memetik kata Saidina Umar al-Khattab kepada seseorang yang hendak menceraikan isterinya kerana tidak suka. Malah Sayyid Qutb juga telah mengingatkan bahawa mengenepi perihal emosi yang sering berbolak-balik dalam mengekalkan perhubungan baik dan pergaulan bersama isteri agar keutuhan rumahtangga menghadiahkan sakinah, mawaddah dan rahmah.

Dalam Akta Memperbaharui Undang-undang (Akta 164) (AMU) yang berkuatkuasa bagi pengadilan kes mahkamah sivil tidak menggunakan istilah suami nusyuz secara khusus. Namun, ia termasuk dalam penilaian kuat dalam membuktikan wujudnya kepecah-belahn perkahwinan. Umumnya, kepecah-belahan perkahwinan merupakan alasan utama selain persetujuan bersama yang membenarkan mahkamah mengeluarkan dikri penceraian kepada pasangan tersebut. Ia merujuk kepada seksyen 54 akta tersebut yang menyatakan bahawa:

“Dalam penyiasatannya berkenaan dengan fakta-fakta dan hal keadaan yang dikatakan sebagai menyebabkan atau membawa kepada kepecah-belahan perkahwinan itu, mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada satu, atau lebih daripada fakta-fakta berikut.”

Antara fakta yang perlu diambil perhatian oleh mahkamah termasuk perbuatan aldulteri dan tingkahlaku pasangan yang tidak memungkin mereka tinggal bersama dengan baik. Subseksyen 54(a) dan (b) ini boleh dikaitkan dengan perbuatan suami nusyuz dalam syariah. Hal ini kerana fakta bagi perbuatan tersebut lebih mendekati perilaku dan tabiat pasangan yang memberi risiko atau kesan kepada rumahtangga sekiranya terus bertahan tanpa pengaduan. Terdapat 2 lagi fakta yang dimaksudkan oleh seksyen 54 tersebut namun saya hanya memberi penumpuaan pada suami nusyuz.


Adulteri dalam konsep yang mudah difahami adalah zina muhsan. Secara perundangannya, ia boleh diertikan sebagai hubungan seks yang berlaku bagi pasangan yang telah berkahwin sama ada seorang atau kedua-duanya secara rela tapi bukan dengan pasangan masing-masing yang sah didaftarkan. Hal ini telah menafikan hak seksual isteri sekaligus mengugat keharmonian rumahtangga kerana isteri tidak mendapat layanan yang diharapkan.

Manakala tingkah laku yang menyebabkan pasangan dengan munasabah tidak dapat bertahan untuk hidup bersama pula termasuklah perbuatan mencederakan, mengeluarkan kata kesat, maki-hamun dan seumpamanya. Namun penilaian bukanlah mudah kerana mahkamah turut mengambil pertimbangan terhadap perangai serta sikap pergaulan kedua-dua belah pihak sama ada suami mahupun isteri. Jika seolah sama meskipun fakta adalah wujud maka permohonan tetap gagal. Ia dianggap tidak munasabah yang diterima. Mahkamah akan menggunakan inisiatif dengan memerintahkan pasangan tersebut kembali bersama.

Sekiranya pembuktian yang munasabah dapat dikesan atau dipertimbangkan daripada perbicaraan maka dikri penceraian yang sah akan dikeluarkan sekaligus membenarkan pasangan tersebut berpisah dengan sah. Contoh pembuktian yang  munasabah pada situasi suami yang sering memaki-hamun serta mengasari isteri ketika ia mabuk. Situasi ini akan memberi tekanan kepada isteri jika suaminya seorang kaki botol. Maka ia tidak dijangka munasabah untuk tinggal bersama.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran