Wednesday, January 18, 2012

Pak We Lama


Susuk tubuh yang tua yang berumur sekitar 70-an, sangat penyayang kepada cucu-cucunya, berperanan sebagai imam bukan hanya dalam keluarga juga pada masyarakat setempat, tidak garang namun tegas, tidak suka marah dan sentiasa murah hati dalam memenuhi permintaan cucu-cucunya meskipun untuk membeli ais krim sekalipun, itulah dia seorang insan yang saya panggil Tok Wan.

Saat saya bersamanya adalah terlalu mentah untuk mengaguminya namun kini pabila terkenang semula terasa ia seorang yang hebat, dan andainya umurnya masih panjang ketika ini pasti banyak ilmu dapat saya terokai padanya. Namun beliau pergi ketika saya masih seronok bermain walaupun ketika itu kenduri arwahnya sedang berlangsung. Sedikit pun tidak tertitis air mata sedih dek pemergian insan itu tapi sebaliknya derauan tangisan hanya kerana dimarahi kerana terlalu bermain. Sekarang tiada yang dapat menggantikannya malah raut wajahnya dan senyumannya masih tergambar jelas pada ruang mata kenangan saya meskipun telah lama ia berlalu.

Andai satu hari nanti ada yang bertanya tentang karakter peribadi lelaki idaman yang bisa menjadi VIP pada taman hati, jawapan saya “ seperti Tok Wan ”

Walaupun saya tidak sempat berkenalan lama dengan jalan hidupnya namun setakat dalam pengetahuan saya, beliau adalah lelaki terbaik yang pernah hadir dalam kenangan saya, dan andai diberi masa saya ingin menadah ilmunya, tapi sayang masa tidak mampu diputar-balik, yang berlalu tetap berlalu, yang akan datang itu belum pasti, yang sekarang adalah sebenarnya masa yang ada. Disebabkan umur saya masih kecil ketika hayatnya, maka saya tidak mengendahkan meskipun ada nasihatnya, mungkin kerana tidak faham atau anggap ia sebagai suatu kebiasaan bagi orang dewasa yang suka berkata sedemikian.

“jom mandi parit, ada Tok Wan.”
“ngeeeeeeee ngeee..keboooom..”

Hahaha..
Memang best kalau dapat join biawak dan ikan sepat dalam parit berendam, terutama bila ada Tok Wan, sebabnya boleh mandi kat tengah lagi walaupun tak dak skill berenang tahap Lim Kok Wing tapi ada Tok Wan insyaAllah tak lemas dengan mudah, pemandangan dari tengah parit yang agak dalam dan luas tu memang lain bila boleh buat aktiviti santai buaya kenyang, dengan langit yang membiru serta angin yang membelai sejuk, sampai kedut kulit pun belum tentu ada keinginan nak naik ke darat..



“ kalau kita sayangkan seseorang, katakan padanya agar dia mengetahui, “

Saya mungkin tidak sempat memaknakan ucapan sayang pada arwah Tok Wan tapi syukur pada Illahi kerana memberi kesempatan untuk saya bersamanya ketika nazak, dan sempat untuk membimbing lafaz syahadah pada telinganya, mungkin ia adalah khidmat terakhir yang mampu saya abadikan pada hayatnya, semoga Tok Wan ditempatkan bersama orang-orang beriman yang syurga yang lebih indah dari dunia yang ditinggalkan.

Al-Fatihah
TERASA RINDU PADA TOK WAN
(tiada gambar Tok Wan tapi beliau hensem tau! Tak caya tengok cucu la.. Hehe) 

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran