Wednesday, December 28, 2011

State Your Choice


Biasanya dalam permainan tuju kasut, kita akan diberi balingan percubaan sebanyak 2 kali, dan balingan yang ketiga ibarat peluang terakhir untuk lari daripada terkena kasut pihak lawan. Bagi yang tidak pernah merasai permainan tuju kasut adalah saham kerugian yang besar pada waktu kecilnya kerana saya dan kawan-kawan pernah menjadikan permainan tuju kasut sebagai acara melepaskan lelah ulangkaji dek peperiksaan.



Tapi sedarkah bahawa kita kini berada pada fasa terakhir atau peluang terakhir yang menentukan pilihan kekal bukan hanya sebagai pemenang atau merangkul kekalahan tetapi lebih daripada itu.

Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Bayyinah ayat 2  yang bermaksud:
Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,

Allah telah mengutuskan Muhammad s.a.w sebagai utusan yang terakhir. Dan hal ini telah sedia maklum oleh setiap muslim. Namun penegasan yang cuba dirungkai dari pengutusan terakhir tersebut mungkin dapat dijelaskan melalui ayat sebelumnya yang bermaksud:

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata,

Dalam ayat tersebut menzahirkan maksud tuntutan daripada kalangan Ahli Kitab yang tidak mahu berpaling daripada kesesatan mereka sehingga tibanya pengutusan Muhammad s.a.w sebagai utusan seterusnya selepas Nabi Isa (Yahudi) serta Nabi Musa (Nasrani). Allah telah menetapkan bahawa Muhammad s.a.w merupakan utusan terakhir dan tiada lagi rasul yang akan hadir untuk membacakan lembaran-lembaran suci bagi mereka. Meskipun kebenaran daripada bukti yang jelas dan nyata telah mereka (Yahudi dan Nasrani) dapati daripada dakwah risalah yang dibawa oleh utusan yang disampaikan Allah kepada mereka.

Fasa atau peluang terakhir yang dimaksudkan ialah berhubung dengan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh Muhammad s.a.w dalam membacakan lembaran suci dan menjelaskan hak dan batil. Selepas Baginda s.a.w wafat maka hanya tinggal Al-quran serta sunnahnya sebagai rujukan. Terpulanglah pada insan tersebut untuk menggunakan atau sebaliknya kerana tiada lagi Rasul yang akan membacakannya. Maka ia sekaligus menuntut pilihan yang kekal pada setiap insan sama ada untuk menjadi sebaik-baik insan atau seburuk-buruk insan.

Sebagaimana yang dijelaskan pada ayat seterusnya daripada surah yang sama:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah sebaik-baik makhluk.

Seandainya, kita mengikut jejak Yahudi dan Nasrani yang sering menuntut kebenaran yang jelas sedangkan selepas hadirnya kebenaran itu, mereka tidak memihak kepada tuntutan tersebut. sebaliknya makin berpecah-belah sehingga berbunuh-bunuhan antara mereka kerana saling mempertahankan kesesatan yang dicipta sendiri.

Pilihan itu telah jelas sama ada syurga Adn’ atau Neraka Jahanam. Allah memerintahkan hamba-Nya untuk beribadah kepada-Nya dengan iman, mengerjakan solat kerana beriman, membelanjakan harta dengan berzakat kerana iman, maka inilah penghuni pilihan yang akan dicop sebaik-baik makhluk. Sebaliknya jika kebenaran yang disampaikan itu ditutupi oleh nafsu dan penyelewengan maka ia tidak boleh lagi digelar sebagai suatu kebenaran. Maka hala dan balasannya juga tidak akan sama.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran