Wednesday, December 28, 2011

Pilih @ Tunggu Jodoh?


NST  24th Disember  melaporkan statistik kes kahwin lambat yang membelenggu rakyat Malaysia dewasa ini terutamanya lelaki yang puratanya masih bujang pada usia 28-40 an, manakala perempuan pula purata masih stabil walaupun peratus peningkatan agak tinggi iaitu 13% kepada 38% yang memilih untuk berkahwin selepas umur 25 tahun berbanding usia yang dipilih oleh kelompok wanita pada tahun-tahun sebelumnya.

Alasan yang menjadi batu loncatan isu ini makin membengkak adalah kurangnya lelaki berkualiti manakala bagi lelaki pula lebih kepada permasalahan kewangan dan kerjaya yang tidak stabil. Walaupun ia seolah setara namun hakikatnya alasan ini tidak bisa dipandang enteng terutamanya bagi perempuan. Kes penderaan, pelacuran, perdagangan manusia serta pecah-belah rumahtangga adalah berikutan tiada penelitian dan penapisan yang tepat dalam menilai bakal pasangan. Sepatutnya kedua-dua pihak perlu mengambil berat soal tanggungjawab serta risiko yang perlu dipikul setelah bergelar suami atau isteri kelak, oleh itu jangan pandang ringan pada persediaan dari segi pengetahuan tentang kehidupan rumahtangga dan sebagainya. Dan lagi satu, jangan mengambil masa yang lewat untuk membuat persediaan tersebut, hal ini kerana ketentuan seruan jodoh tidak berlagu sebaliknya ia hadir kadang-kala tanpa diduga. Jadi, jika berlaku situasi demikian pastinya ia tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kesannya, statistik akan datang akan terus meningkat..

Cuti sekolah menjadi sasaran untuk mengadakan majlis perkahwinan baik di kampung mahupun di bandar, sama ada di daerah kerian atau negeri Pahang, pasti ramai yang sibuk mengisi masa perjalanan untuk menghadirinya. Bukanlah entri ini untuk mengupas keadaan tersebut sebaliknya sebagai menyuarakan pandangan dan peringatan dari pemerhatian dan pemahaman yang kerdil.

Pemilihan pasangan atau penantian jodoh?

Tiada jawapan yang dapat diberikan sekiranya sebenarnya anda belum menjawab soalan  ‘adakah sudah bersedia dan sudah cukupkah persediaan tersebut?’
Saya tidak melihat apa yang lebih penting selain persediaan mental dan fizikal baik lelaki mahupun wanita, hal ini kerana keutuhan rumahtangga bukan hanya 10-30 jam sahaja sebaliknya ia mungkin lebih lama daripada kehidupan sebelumnya bersama ibubapa, malah perkongsian bersama pasangan lebih luas berbanding ahli keluarga sedia-ada,
Sekiranya anda sudah pasti dengan jawapan yang disuarakan oleh diri sendiri serta mungkin pendapat orang terdekat maka barulah membuat penilaian dalam memilih calon pasangan, sandarkan syarat pemilihan pada kehendak agama dan suluhan Allah s.w.t.



Apabila baik akhlak dan agamanya maka istikharahlah dan cuba untuk terima seadanya, jangan difikirkan terlalu dalam pada material sebaliknya bertindaklah dengan pengaturan pemikiran yang lebih panjang, insyaAllah kesusahan bersama itu pengikat ikatan yang lebih lama.

Firman Allah s.w.t dalam surah ar-Ruum ayat 21 yang bermaksud:

 Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.               

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran