Wednesday, December 28, 2011

Down Lane 2011


27 DISEMBER 2011 – Mengikut perkiraan kalendar, cuma tinggal 4 hari sahaja lagi tahun 2011 akan bersemadi dalam muzium kehidupan insan. Sama ada kita bersedia atau berduka atau mungkin melonjak kegembiraan tetamu 2012 pasti menjengah tiba. 11 Isu berbangkit yang menarik minat saya sempena penutupan tahun 2011 antaranya:

1- jenayah rasuah yang penuh mengambil ruangan akhbar-akhbar tempatan, terutamanya yang melibatkan jumlah jutaan ringgit serta melibatkan pemimpin kepercayaan rakyat.

2- isu yang dipolitikkan termasuk sejarah negara, pertengkaran pendapat sepatutnya diraikan bukan saling bercakaran untuk menang, kematangan ilmu seseorang dinilai dari kata-katanya, putar-belit fakta adalah kebodohan diri yang cuba didedahkan.

3-para graduan dan mahasiswa semakin berani dan inilah semangat yang patut disuarakan dari awal kerana golongan ini bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. Oleh itu, mahasiswa sewajarnya bijak menganalisa serta peka terhadap isu serta hak mereka. Perundangan digubal bukan hanya untuk disimpan sebaliknya untuk dikuatkuasakan.

4- kawasan bandar banjir? Negara semakin maju tapi kurang prihatin pada alam sekitar, mungkin laungan 1 Malaysia bukan hanya kautan perpaduan semata sebaliknya turut ada rasa belas-kasihan pada alam. Budaya buang sampah sesuka hati perlu dikikis sebab tak ramai yang mahu berkerjaya sebagai ‘’cleaner’’ jadi jangan harapkan sampah yang anda campakkan akan membawa kebersihan pada masa depan.

5- inisiatif kewangan dan bonus oleh kerajaan harus dipuji walaupun saya tidak berkelayakan untuk mendapatnya namun sekurangnya mata saya tak sakit baca angka nilai rasuah yang ditelan oleh sesetengah pihak. Kepada pelajar STPM/IPTA/IPTS dapat baucar belian buku, pelajar lain dapat RM100 sebagai belanja sekolah akan datang, penduduk miskin dapat SBPA, manakala penghuni FELDA menerima lebih kurang 1.2 juta sebagai peruntukkan bonus.

6- Dato’ Seri Najib Razak dicatatkan menjadi perdana menteri paling popular semasa kepimpinanya dalam pelbagai isu yang hangat melibatkannya termasuklah soal isteri dan ibadah hajinya, setiap orang bebas mengeluarkan presepsi terhadap corak yang dilukiskan oleh perdana menteri ke-6 ini.

7- isu hudud masih berlagu, ketidak-fahaman yang disengajakan? Atau cubaan sesetengah pihak yang ketagih publisiti murahan? Sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa hukuman hudud pernah termaktud dalam banyak perundangan Tanah Melayu termasuk Hukum Kanun Melaka yang menjadi contoh perundangan negeri-negeri Melayu lain.

8- letih dan bosan dengan lawak yang tidak jadi dan cuba difilemkan dengan meluas, malahan unsur seksual yang banyak dalam babak-babak filem masa kini seolah tiada motif dan hanya berpotensi merosakkan masyarakat terutama kanak-kanak kerana pelakon kanak-kanak juga terlibat dalam babak tersebut.

9- rancangan reality TV semakin mendapat tempat dan dipelbagaikan setelah kejayaan Imam Muda kini terbit pula Ustazah Pilihan serta Solehah, ada yang bersetuju dan ada yang membangkang, namun rancangan tersebut sudah mempamerkan nama pemenangnya, saya cadangkan akademi latihan pendakwah dibuka lebih baik daripada rancangan realiti tersebut terutama bagi wanita jika benar matlamat yang diwar-warkan.
10- saya telah habis langkah di UKM selepas 3 tahun bertapak sebagai mahasiswa, kontroversi melonjak dengan 2 isu yang besar, diikuti beberapa isu kecil yang turut menjadi kesinambungannya, apapun ia mengajar saya untuk lebih teguh pada pendirian serta yakin pada Allah yang selalu ada untuk merasai sedih dan gembira yang bertaut.

11- kawan-kawan seperjuangan dan sepermainan telah ramai yang naik pangkat sebagai isteri dan juga ibu. Saya tak kisah sebab jodoh itu rahsia Allah dan Allah tak pernah menganiaya hamba-Nya walau sekelumit, lagipun saya dah berpunya cuma siapa orangnya belum diperkenalkan oleh takdir-Nya,

CLOSING 2011
…………………………………………………………..



0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran