Wednesday, November 2, 2011

Kemalangan Pendapat


Dewasa ini, banyak pendapat yang dikeluarkan individu terus menjadi isu tebal di dada akhbar, kalau sebelum ini isu pendapat Mat Sabu tentang Mat Indera, kini dihangatkan pula isu berkait perlembagaan yang merujuk kepada pendapat Prof.Aziz Bari, atau mungkin selepas ini Ust.Ridhuan Tee pula menjadi sasaran polis serta bualan media berikutan pendapatnya tentang penguatkuasaan hudud. Kemalangan pendapat bukan sahaja diperbesarkan malah turut menggugat kehidupan malah kerjaya sebagaimana yang berlaku ke atas Prof Aziz Bari yang telah mendapat ‘’BLACKMAIL’’ serta hadiah sebutir peluru baru-baru ini, hanya kerana pendapatnya.

Hal ini seolah usaha cuba menutup kebebasan analisa serta menilai isu semasa atau lebih tepat mendorong pembekuan idea dan pandangan, selain pengkhianatan kepada kebebasan bersuara yang sepatutnya menjadi ciri utama negara maju seperti Malaysia. Sifat ‘’open minded’’ dilihat perlu untuk dipraktikkan bukan hanya pada individu malah juga perlu pembaikan dalam pentadbiran negara. Sebaliknya yang amat mengecewakan penerima terbuka pada ‘’show’’ kepada ‘’sang gay mutlak’’( Adam Lambert dan Elton John) pula yang mendapat keizinan, sedangkan ia tidak menjanjikan apa-apa kebaikan pada masyarakat kini, sudahlah kecoh rakyat Malaysia yang sudah berani membela perlakuan gay, ditambah pula kes liwat yang kian membiak, isu ini bukan lagi bayangan ngeri sebaliknya hampir menjadi kudis dalam masyarakat, buktinya seorang guru berjaya melaksanakan misi menyelamatkan anak-anak didiknya daripada jenayah liwat yang dilakukan oleh pengetua, kes ini adalah benar  tapi ia didiamkan dari media kerana ingin menjaga air muka pengetua tersebut di samping memberi ruangnya bertaubat serta menyedari kesilapan dari perlakuannya,

Itu yang disembunyikan, tidak kurang juga yang mendapat perhatian media, sampai sekarang tiada keputusan, puncanya satu iaitu campur-tangan isu politik, kesannya kes berpanjangan dan pendapat seorang pensyarah bahawa isu tersebut akan terus berlarutan sehingga pilihanraya.
 agaknya apa yang diharapkan pada situasi sebegini?

Secara peribadi saya merasakan bahawa penyebar-luasan kemalangan pendapat yang berlarutan hari ini adalah didalangi oleh politik, sebagaimana sedia maklum pilihanraya dijangkakan akan berlangsung dalam masa terdekat, jadi mungkin isu yang kecil boleh dijadikan modal untuk memungut undian, mungkinkah demikian?

Mengambil ibrah daripada sejarah lalu, usaha British untuk menguasai politik dan ekonomi Tanah Melayu berhasil apabila berjaya mengambil kesempatan dalam pergaduhan yang berlaku dalam kalangan para pemimpin tempatan, sebagai contoh, termeterainya perjanjian Pangkor 1874 di Perak adalah cadangan Andrew Clarke yang kononnya ingin meleraikan perebutan takhta serta pertengkaran kongsi gelap. Bukan sahaja di Perak berlaku pertelingkahan antara pemimpin sebaliknya di Selangor juga berlaku pemimpin berebut kuasa kutip cukai, lagi di Kedah juga sehingga tergadainya Pulau Pinang. Bagaimana keadaannya sekarang jika pemimpin terus-terusan bertelingkah, ada pulak pihak yang mudah menerima pengaruh Israel, Komunis dengan pelbagai alasan seolah tiada ikhtiar lain,

Allah berfirman dalam kalam-Nya,
             
فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

(Surah al-Nahl ayat 43)
Pengiktirafan pakar bukan seperti membuat tempahan ‘’nametag’’, hari ini tempah, esok siap nama ‘’pakar’’ pada seseorang, sebaliknya, pengiktirafan tersebut diperolehi dalam masa yang panjang serta kefahaman yang mendalam dalam sesuatu bidang, jelas bahawa pendapat pakar diminta untuk memperolehi pendapat yang bernilai bukan kosong atau rekaan sebaliknya ada sandaran, walaupun demikian, pendengar tetap bebas memilih untuk menerima seluruh pendapat atau sebahagian sahaja bukannya membidas pendapat tersebut dengan ugutan, pemberhentian khidmat atau dipolitikkan pula, langkah yang bijaksana adalah bidasan hujahan yang lebih difikirkan tepat tanpa syarat, jika terbukti mana-mana pihak besar benarnya, luas kesan baiknya maka barulah adil untuk menghukumnya.

Sultan, Sang Pakar mahupun pendengar adalah manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan dan terdedah pada kelemahan, jadi sesiapapun sepatutnya tiada kekebalan untuk menerima teguran, sebagaimana firman Allah:

Maksudnya:
 Menerangkan bahawa manusia umumnya berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran - meliputi itiqad kepercayaan tutur kata, dan amal perbuatan; serta berpesan-pesan dengan sabar, yakni bersabar dalam menjalankan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. (Surah Al-Asr)

Luruskan niat dalam menegur supaya matlamat teguran lebih terkesan, jangan cuba menegakkan benang yang basah, sampai Kiamat pun belum tentu benang akan tertegak,

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran