Monday, October 31, 2011

PROVE It guys!


“ itu bukan pilihan saya, walaupun berjuta suara menceritakan kebaikannya, meskipun seribu tawaran harta yang ditawarkan, ini adalah keputusan saya, dan saya tahu pasti ramai suara besar yang akan bisa menghentam saya setelah jalan ini saya pilih, tapi percayalah saya bukan melawan moga kelak masa akan menjelaskannya.”

Yang benar,
Mujahidah Kecil

Niha segera melipat kecil nota yang telah ditulisnya, lalu diselitkan pada helaian diari miliknya agar suatu hari nanti pemergiannya tidak disalah-ertikan lagi, keputusannya diterima bersama doa serta restu terutamanya ibubapanya. Langkah Niha tidak berpaling ke belakang lagi, dipasakkan tekad yang ketat bersama harapan untuk mendapat redha-Nya sebelum ajal itu tiba

………………………………………………………………………………………..

Pilihan dalam mencanting corak pada hamparan hidup insan adalah miliknya dan tiada insan lain yang bisa membuat keputusan untuknya, mereka hanya mampu memberi pendapat serta merangkul pengaruh namun tidak sesekali mampu menerjah hasrat lubuk hati insan tersebut. Mungkin sebutir keputusan nampak kecil pada orang lain namun tidak padanya, mungkin itu adalah terbaik pada pandangan lain tapi sebaliknya ia telah menutup langkah yang lebih besar, mungkin ia dipersalahkan kerana tindakan yang nampak bodoh tapi sebenarnya ia telah mula belajar sesuatu yang baru, mungkin keputusan ramai itu besar benarnya tapi bukan dalam semua situasi, adakalanya naluri hati perlu dipertahankan juga kerana kesan atau hasil keputusan itu dipikul atau dirasai olehnya jua,

Andai hati telah lama menolak, mana kan bisa ia berjalan teguh meniti hari dalam menghadapi keputusan itu,



Teruskan langkah dan jangan pernah sesali walau sedetik akan keputusan lalu, tetapkan haluan dan tafsirkan cita-cita yang diimpikan tanpa gentar, Allah never judge your result but He looks at your effort, so PROVE It!
               PROVE It!
               PROVE It!
Ketawakan diri sendiri jika takut pada hentaman orang sedangkan Allah sentiasa ada untuk menyokong, dalam firman-Nya telah terpatri janji  bahawa:

إِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ

Maksudnya:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran