Thursday, August 4, 2011

sesi Indah 1432 H


4 hari sudah menempuh Ramadhan, berjuta-juta artikel telah lahir dari kebanyakan blogger bagi meraikan serta menyediakan bacaan tazkirah ramadhan, alhmdullillah syukur atas nikmat-Nya atas segala yang ditakdirkan sehari-hari, dan syukur juga kerana menggerakkan idea untuk menulis pada blog skyjamil ini setelah kekusutan serta kesibukan melanda,

Ramadhan sebagai pesta ibadah telah disedari oleh ramai, keasyikan dan keghairahan umat menjalani serta menghadiri terawih membuktikan kesungguhan sambutan ramadhan masih hangat dikalangan masyarakat 1 Malaysia kini, alhamdulh, negara ini masih bangkit dengan jiwa-jiwa ibadah pada-Nya walaupun tidak berada pada tahap yang dibanggakan, namun itu adalah peluang bagi membina serta melatih jiwa dai'e serta para mujahid/mujahidah pada generasi ulul albab,
sabda Baginda s.a.w:

Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

erti berpuasa adalah menahan lapar pada waktu tertentu hingga waktu tertentu, dan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa, pabila menyebut soal perkara yang membatalkan puasa maka buatlah check up pada setiap pancaindera termasuk anggota batin sekali, kerana biasanya belok tersasar pada kenderaan batin yang dipandu oleh "stering' hati, jika semua selaras dengan kehendak Allah maka itulah pasport bagi menuju syurga al-Rayyan sebagaimana hadith,

Syeikh Solah al-Jaafari pernah berpendapat dalam menghuraikan ringkas pada erti puasa, dalam bahasa arab puasa dieja dengan cantuman 3 huruf hijaiyyah iaitu sod, wau, dan mim, menurut pendapat beliau, "sod" membawa tuntutan "sod + ba + ra", ia ibarat kekuatan utama bagi para tetamu ramadhan, andai ia nipis atau tiada kerana tidak diserap pada lapisan iman maka puasanya letih dan memenatkan,

kemudian "wau" yang menunjukkan para tetamunya memakai pakaian "wara' ", iaitu sentiasa tawaduk untuk melakukan segala suruhan-Nya serta menjauhi larangan-Nya, namun apa yang menjadi kealpaan para tetamu adalah untuk mengenakan banyak bauan wangi jenama sunnah yang dibekalkan oleh Pemilik Ramadhan, sedangkan pewangi itu adalah percuma dan memberi peluang cabutan bertuah untuknya menjadi VVIP didalam dewan syurga al-Rayyan kelak.

ketiga, sebutannya kena tutup mulut iaitu "mim" yang melahirkan MUHSIN yang bererti membuat kebaikan dan kebajikan, sama ada sesama insan, atau sebagainya, ramadhan menjadi peluang kepada kita untuk merasai kesusahan dan keperitan orang miskin, dan seumpamanya, dengan itu sanggupkah kita melupakan mereka saat ini?

ringkasnya, salam ibadah berganda bagi para tetamu Ramadhan, harungi detik-detik dalam Ramadhan dengan nafas tazkirah dan muhasabah diri agar hari-hari yang kita tempuhi dapat memberi kualiti pada erti puasa kita,
wallahua'alam.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran