Monday, August 22, 2011

Perut Kubur


“ Jangan jadikan perutmu sebagai kubur untuk binatang-binatang. “ kata Saidina Umar.

……………………………..

Seteleh berpuasa seharian, azan maghrib adalah laungan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia, itu sahaja yang dapat dirasakan sama, sebaliknya cara sambutan nikmat berbuka puasa tidak akan sama pada diri seseorang meskipun ia duduk pada satu meja makan yang sama, ada yang tamak haloba, ada yang mendahului sunnah, ada yang gemar bercakap, ada yang suka melengahkan masa berbuka, dan seumpamanya,
Perbezaan tersebut juga turut melibatkan juadah untuk berbuka yang telah disediakan, kadang-kala isi rumah sedikit tapi juadahnya seolah kenduri, ada juga isi rumah sedikit namun kena sediakan juadah yang banyak sebabnya takut tak cukup bagi mengisi setiap perut, dan begitulah sebaliknya.

Kata puitis Saidina Umar sungguh dalam maknanya, perut merupakan dimensi kawasan yang  dapat menanam benih-benih nafsu dengan subur, nafsu lapar dek berpuasa menuntut nafsu haloba dan tamak pada makanan ketika berbuka, tanpa mengira kuantiti dan kesannya pada mesin otot yang perlu bekerja untuk memproses lambakan makanan tersebut seumpama kubur bagi haiwan atau binatang,
Apa tidaknya, ayam masak cili, sup daging lembu, udang sambal, semua itu adalah haiwan yang telah mati kemudian ditelan masuk ke dalam perut kita, tidakkah ia sama seperti kubur?
Namun jika haiwan-haiwan ini dimakan dengan kuantiti yang memadai, ia akan menghasilkan protein, dan vitamin yang diperlukan tubuh sebagai stamina dan perkembangan minda serta fizikal,


Secara jujurnya, menurut pandangan peribadi, spesis haloba dan tamak saat ternampak juadah makanan adalah tidak sopan, dan merimaskan, serta memualkan. Entah apa yang dirisaukan dalam fikiran orang sedemikian sehingga sanggup menyumbat mulutnya dengan makanan yang begitu banyak tanpa menghiraukan orang lain, sudahlah demikian, makanan orang pula diinginkannya, masyaAllah,
Sabda Rasullullah s.a.w:

Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat memenuhin perutnya, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minum, sepertiga lagi untuk nafasnya.”(HR.Ahmad IV/132)

Ambillah pedoman dari pesanan Baginda, gejala makan berlebihan hanya membawa peratusan mudarat yang lebih pada kita, meskipun asalnya makanan seperti sayur, ikan, daging, telur, ayam, dan sebagainya mendatang khasiat tertentu namun jika berlebihan ia akan berpaling dari fungsi asalnya,
Sejak kecil, mak selalu mengingatkan untuk meninggalkan apa jua juadah pada saudara lain, jangan dilahab seorang diri, tindakan mak itu selalu diberontakkan sebagai tanda protes, tapi kini barulah ana dapat memahami hikmahnya berbuat demikian,
Ia dapat mengelakkan diri daripada haloba pada makanan, dengan teknik berkongsi, yang banyak sama banyak, yang sikit sama rasa, tak perlu beli banyak-banyak, hanya sekadar secukup rasa, tak perlu mengikut kuantiti asalkan ia memadai,

2 pendapat:

LadyBird said...

berbuka sekadarnye shj :)

skyjamil said...

yups..kekdg bla semeja ngan org camtu, kita pun jdi xlalu nk makan

Post a Comment

syukran kasiran