Sunday, August 14, 2011

Pengkhianat Kata


TANPA AGAMA KAMU AKAN SESAT,
TANPA DISIPLIN KAMU AKAN JADI BINATANG,

“kalau kamu faham, kamu takkan sampai sini, teruskan baca, nanti saya terangkan maksudnya.”

-warden raja-
                                                                                                                                                                    
…………………………………………………………………………………..

Frasa yang berbisa  mampu disampaikan oleh sesiapa sahaja, namun untuk memberi jaminan aplikasi kata-kata tersebut belum tentu yang menyampaikannya dapat melakukan, buktinya watak Warden Raja sendiri yang membohongi kata-katanya bahkan tanggungjawabnya sebagai warden pada akhir episode, siapa sangka watak yang digambarkan seorang yang alim, penuh dengan hikmah kata nasihatnya serta dihormati rupanya bertanduk besar disetiap langkah niatnya,


Hakikatnya , tiada data kelayakan untuk kita menghakimi apatah lagi membuat presepsi awal terhadap penampilan yang dipaparkan oleh seseorang itu, meskipun setebal mana serban yang tergulung atas kepala, meskipun sekerap mana ceramah yang diluahkan, meskipun sekerap mana buku ditatang, meskipun setinggi mana sijil yang digenggam, selagi mana segala yang diperolehi, segala yang ditatap, segala yang diramas tidak menjadi wadah kemuliaan pada tindak-tanduknya, langkah kebaikan pada niatnya, juadah keimanan pada hatinya, maka ia tidak ubah seperti sebekas kosong yang berisi debu,

Mungkin juga kerana ia berjawatan ‘’manusia’’ maka khilaf dan salah tiada hijab untuknya namun bukankah ilmunya telah memberi suluh ke jalan yang terang, mengapa masih gelap sehingga terlanggar pintu rumah sendiri?
Ada yang menjawab, kealpaan dan lupa adalah fitrah kejadian sebagai insan, jadi belajarlah terima kesalahan orang lain kerana tiada kesempurnaan yang dihadiahkan meskipun pada seorang Ratu selagi mana ia adalah manusia,
Ya benar, ana terima jawapan tersebut, kerana maaf atas balasan terbaik pada orang yang melakukan kejahatan pada kita,

Tapi, sebagai orang yang diberi kepercayaan dan penghormatan sedemikian, wajarkah? jika pengkhianatan kata terus disokong tanpa dibendung. terus positif tanpa nasihat, terus dibiarkan tanpa amaran dan peringatan, bagaimana pula generasi akan datang atau orang bawahan mahu mendengar kata nasihat anda lagi? apa perasaan anda apabila mendapat penghormatan palsu?
Tidak ingatkah kita pada hadith Baginda s.a.w tentang ciri-ciri orang munafik, apakah munafik itu adalah pangkat bagi penghuni syurga?
berikan amaran pada mulut anda sebelum mengeluarkan kata, jangan sampai ludahan dijilat lidah sendiri, jangan sampai ilmu yang disampaikan pendusta timbangan al-mizan kelak,
namun pada yang terlanjur, kembali la pada jalan-Nya dengan bertaubat pada Khaliq juga maaf pada insan lain, selagi ada waktu..

Pada insan lain, berikanlah ruang dan seberapa banyak peluang untuknya bertaubat dan menginsafi diri, jangan dihakiminya sebelum beliau layak diadili oleh Yang Maha Adil...

wallahua'alam bissawab



0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran