Friday, August 5, 2011

OnePower Ramadhan


"Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak"

"Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan."

''Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

selain bulan berpuasa, Ramadhan juga boleh disinonimkan dengan bulan berdoa, sebagaimana hadith yang telah memberi keistimewaan pada doa daripada orang yang berpuasa, oleh itu selepas membaca doa berbuka puasa, ambil masa 2-3 saat untuk menenangkan hati dan kemudian sematkan doa pada-Nya serta panjatkan kesyukuran pada nikmat juadah rezeki yang telah dikurniakan, ambil juga beberapa saat untuk memuhasabah diri dengan mengenangkan keadaan orang-orang miskin, anak yatim, rakyat Palestin ketika berbuka puasa, adakah mereka sama juadahnya?
adakah cukup juadah mereka berbuka puasa?
adakah mereka turut merasai masinnya garam, manisnya gula, pedasnya sambal, lazatnya air?

bukan hanya waktu berbuka yang memberi keistimewaan pada doa orang yang berpuasa sebaliknya pada tiap-tiap waktu selagi mana ia masih berpuasa dengan sebenar-benar puasa,
seumpama barang yang tiruan dengan ''original types'', manakah yang lebih tahan dan berkualiti? pastinya ''original ones'', orang yang berpuasa dengan jagaan rapi seperti harta asli atau original yang bermutu, sebaliknya orang yang hanya berpuasa makan dan minum seperti harta celop atau cetak rompak, boleh dinilai namun tiada nilai material, pemilik yang mempunyai "standard" yang tinggi iaitu Allah s.w.t pasti memilih doa dari orang yang berpuasa dengan acuan yang original,
 namun bukanlah bermaksud Allah tidak mengendahkan doa daripada hamba-Nya yang lain, sebaliknya tidak malukah kita? meminta pada ganjaran yang besar dengan tukaran yang rendah atau lokek? dimanakah nilai adab kita?

orang yang kedekut atau jimat dalam berdoa adalah orang yang sombong dengan Allah s.w.t, fikirkan semula saat kita cuba meletakkan ''nametag'' kesombongan itu pada dada kita, nilaikan anggota mana milik kita?, harta mana milik kita?, berapa kuat tenaga kita? berapa kaya wang kita? berapa luas kuasa kita? layakkah kita sombong?
Allah miliki segalanya, di langit dan di bumi, di angkasa lepas dan sang mentari, di syurga dan di dunia, di neraka dan isinya, namun adakah Allah sepertimu yang mudah menjadi sombong?
tepuk dada tanyalah iman, tepuk buku tanyalah cikgu, tepuk akal tanyalah amal..jawapannya terbit di situ,

 ringkasnya, jangan sesekali putus dalam berdoa sebaliknya tambahkanlah bait-bait keyakinan bahawa Allah itu bersifat sama' dan wujud iaitu Maha Mendengar dan Selalu Ada, pasti doamu diketahui-Nya, selalulah berprasangka baik pada Allah kerana sesungguhnya kasih sayang-Nya mendahului kemurkaan-Nya, Allah mungkin tidak akan memakbulkan semua doa kita kerana Dia hanya akan bagi yang terbaik buat kita sama ada pada masa, keadaan dan Islam kita, insyaAllah

wallahua'alam bissawab


2 pendapat:

Anonymous said...

Tambahkan bait-bait keyakinan bahawa Allah itu bersifat sama' dan wujud iaitu Maha Mendengar dan Selalu Ada, pasti doamu diketahui-Nya..=)

skyjamil said...

=)doakan tuk saya juga,jika ada salah pada entri, kaborkan ye..hehe

Post a Comment

syukran kasiran