Saturday, August 27, 2011

Lelaki Serbanku

"comey budak-budak dari tahfiz yang kebanyakkan diberi kebiasaan mengenakan serban sebagai sebahagian daripada pakaian rasmi ketika di sekolah, dari kecil sudah dilatih dengan suatu sunnah yang jarang boleh dilakukan oleh semua orang, beruntunglah lelaki yang berkemampuan melilit serban di kepalanya, bukan saja menyejukkan mata malah memberi ketenangan pada mata yang melihatnya, terasa lerai sedikit segala masalah saat terlihat mereka beramai-ramai menghiasi ruangan masjid, harapan dan doa bertaut agar mereka sentiasa dipelihara dalam keimanan, insyaAllah..."

monolog
.......................................................................................

mungkin ada pendapat yang lebih pakar tentang fesyen tidak bersetuju pada pandangan ana bahawa lelaki serban adalah lebih macho dari lelaki yang berspek hitam, atau ber-cap jenama, atau berambut perang atau seumpamanya, tapi ana tidak ingin melihat pada sudut pandangan fesyen yang kian menggila sehingga bermacam senget-benget kain dipakaikan pada tubuh, itu belum fesyen tudung yang membelenggu kaun wanita, seolah tiada kesudahan jika mengikuti arus dunia sebegini, motifnya hanya satu iaitu untuk menarik perhatian.


sedangkan pemakaian serban bukan sekadar itu, tapi ia adalah pakaian insan yang paling mulia iaitu Baginda s.a.w sebagaimana hadis:
Daripada ‘Amir bin Huraits r.a, dia berkata:
“Saya pernah melihat Rasulullah SAW di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda SAW julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda SAW.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)

Daripada Jabir r.a dia berkata:
“Pernah Rasulullah SAW masuk ke kota Mekah, sedang Baginda SAW memakai serban hitam.” (Hadis riwayat Muslim r.a, Abu Daud r.a, at-Tirmizi r.a, dan an-Nasaei  r.a.)

Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata:
“Rasulullah SAW membulatkan serban di atas kepalanya dan dimasukkannya dari belakang. Kemudian dilepaskan dari hujung di antara kedua belikat Baginda SAW.” (Diriwayatkan Al-Baihaqi r.a dan at-Tabarani r.a)
 sedikit perkongsian yang diperolehi berhubung isu serban:

Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda;
“Berserbanlah kamu, nercaya akan bertambah sifat hilm (kesabaran) pada diri kamu”.
(Riwayat Imam at-Tabrani dan al-Hakim. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah sahih. Begitu juga Imam as-Suyuti dalam al-Jami’ as-Saghier (hadis no. 1142) menyatakannya sebagai sahih.

Al-Marhum Syeikh Muhammad al-Ghazali –salah seorang ulamak al-Azhar yang terkenal-, pernah suatu ketika beliau melawat ke satu negeri di Eropah. Semasa dalam keretapi, ada seorang menegur beliau; ‘Tidak bolehkah engkau menanggalkan serban dan jubah engkau dan engkau memakai kot … sepertimana orang di sini biasa memakainya”. Beliau menjawab; “Apa salahnya aku memakai pakaian yang biasa dipakai oleh ulama’-ulama’ al-Azhar. Jika seorang anggota tentera, anggota polis dan sebagainya berbangga dengan uniform tentera dan polisnya, maka aku juga berbangga dengan uniform al-Azharku (yakni berserban dan berjubah)”.

wallahua'alam bissawab.

3 pendapat:

naim said...

salam ,

teringin nak pakai serban.. huhu. Nampak ensem.. :)

skyjamil said...

wslm..memang hensem..

akubersamaCahya said...

betul :) tak serban pun, cukup berkopiah/bersongkok. manisnya memandang mereka2 itu seperti mereka melihat kita wanita ini memakai hijab/tudung dengan sempurna :)

insyaAllah, sekarang pun dah ramai lelaki yang memakai serban/kopiah :)

Post a Comment

syukran kasiran