Thursday, June 2, 2011

Bukan sekadar Filem


"why you comes to Israel?"
"i'm not comes to Israel, i comes to Palestin"tegasnya kepada tentera Israel yang cuba menghalang langkah mereka.

Filem wajib tonton bagi merasai sedikit penderitaan umat Palestine serta merasai semangat juang yang kental mereka miliki, sinopsis filem yang berbahasa Turkey ini berkisar tentang misi 3 orang yang terdiri daripada Polat Alemdar, Abdulhey dan Memati yang diamanahkan untuk membunuh Moshe yang merupakan orang kuat Israel, misi mereka turut dibantu oleh seorang penduduk Palestine yang bernama Abdullah sekaligus memberi kefahaman kepada mereka tentang keadaan Palestin dan permusuhannya dengan Israel,


babak menyayat hati apabila keluarga Abdullah diserang dan ibu serta anaknya, Ahmet dibunuh dengan kejam oleh tentera Moshe, manakala ahli keluarganya yang lain termasuk seorang wanita Yahudi yang tersesat dipenjarakan dibawah kawalan Israel, akhirnya, kecekapan yang dilatih kepada tiga jejaka ini dapat mengaut kemenangan bagi rakyat Palestin, tembakan tepat Polat Alemdar telah memberi senyuman pada seluruh rakyat Palestin, untuk menghayati jalan cerita filem dengan baik sila click pada link, selamat menonton.

SEDIKIT PERKONGSIAN

Ideologi tentang Eretz Israel  atau Promised Land adalah cetusan awal oleh Theodor Herzl sekitar tahun 1895, sebelum tahun tersebut juga wujud beberapa idea-idea yang dibukukan oleh beliau berkenaan dengan Yahudi terutama di Perancis, namun tahun 1895 telah memberi peluang besar untuk beliau menjaja idea Zionis di sebuah kelab bernama Maccabea yang terletak di Inggeris, sehingga terhasilnya  Der Judenstaat iaitu sebuah karya yang kelak menjadi penggerak serta penjelas kepada idea-ideanya tentang Promised Land.

Dari pembacaan, ana merasakan bahawa Theodor Herzl terbiasa atau telah kebal dengan agama Yahudi yang dianutinya sejak kecil, beliau yang lahir pada 1860 telah banyak menghabiskan masa dengan ajaran Yahudi  sejak kecil memandangkan rumahnya juga berhampiran dengan sebuah Sinagog Liberal yang menjadi tempat Herzl mempelajari segala tradisi dan ajaran Yahudi, hal ini turut diakui oleh ayahnya sendiri. Dewasanya, Herzl kecewa  melihat keadaan bangsa Yahudi yang lemah dan mudah ditindas serta mempunyai jati diri yang lesu, hal ini telah dibukti oleh Eugen Duhring dalam karyanya yang banyak mempengaruhi Herzl untuk bangkit sebagai pemangkin bangsanya,

Malah, beliau juga menentang Hibbat Zion iaitu sebuah organisasi yang berusaha untuk mencetuskan kecintaan pada bangsa Yahudi terhadap agama mereka, namun Herzl tidak bersetuju kerana organisasi ini melarang campur tangan manusia dalam misi berdirinya sebuah negara Israel sebaliknya Hibbat Zion sering menggalakkan bangsa Yahudi agar menanti Sang Messiah untuk melakukan demikian, kecintaan Herzl pada agamanya juga boleh dilihat apabila beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pegawai kerajaan yang membenarkannya untuk naik pangkat hanya setelah beliau meninggalkan agama Yahudi dan mengiktiraf Kristian sebagai agama yang dianutinya,

Seluruh hidup Herzl terus berusaha menyatukan bangsa Yahudi di samping menyebarkan idea Eretz Israel  kepada dunia dengan pelbagai cara yang dimulai dengan pencetakkan Der Judenstaat kemudian mengadakan pertemuan dengan pemerintah besar termasuk Khalifah Uthmaniah serta Jerman hanya bagi menjayakan misinya walaupun beliau telah banyak mendapat respon negatif daripada ideanya itu, namun Herzl tetap berpegang bahawa beliau adalah anak harapan Yahudi untuk mengatur misi besar itu, selepas kematian Herzl, bangsa Yahudi berpecah-belah apabila terdapat kelompok yang memilih Uganda yang ditawarkan Inggeris sebagai negara mereka atau menjajah Palestin yang dipercayai sebagai Promised Land yang diwar-warkan.

Daripada rentetan itu, Yahudi telah mempunyai gerak misi dan visi dan keadaan Khalifah Uthmaniah pada sesak pada masa itu telah membuka peluang luas kepada pemimpin Yahudi untuk melobi serta meluaskan dana supaya impian kotor mereka mendapat sokongan dan dukungan, hasilnya Protokol Of Learned Elder Zion dijadikan rujukan utama dalam setiap langkah yang diaturkan,

Filem Valley of The Wolves Palestin telah menggambarkan secara ringkas kedegilan dan keangkuhan Yahudi terhadap penganiayaan yang dilakukan kepada penduduk Palestin tanpa mengendahkan kebencian atau tangisan orang lain, banyak dialog yang digunakan bukan sahaja menimbulkan kemarahan terhadap sikap mereka, malah turut mengundang kesedihan kerana apa daya sendiri untuk mengurangkan derita Palestin sekaligus membela Islam? Ibu Abdullah dalam filem tersebut ada mengungkapkan dalam dialognya:

“People can’t forget their pain, remembering pain helps us remember our humanity”

Tapi bila teringatkan kata-kata seorang sahabat yang berpendapat bahawa kita juga sekarang diserang, namun serangan yang tidak disedari secara mutlak sebagaimana keadaan di Palestin, oleh itu waspada pada serangan tersebut serta menyedarkan umat Islam yang kian ditidurkan adalah juga sebahagian daripada jihad, antara serangan yang dilakukan tidak lepas daripada kandungan Protokol Zion yang digunakan oleh Yahudi, peluru yang kita perlukan bukan sahaja besi namun ilmu dan kajian serta dana rahsia yang mampu menampung serangan tersebut dari terus menidurkan pejuang-pejuang kita, gunakan usia muda untuk itu, halakan langkah gagah muda untuknya, agar generasi Hassan al-Banna terus subur mekar dalam jalan jihad ini,

Wallahua’alam bissawab

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran