Friday, June 10, 2011

Amazing Ones



"pandai kamu baca al-Quran"
"ermmm" jawabnya ringkas.
"kamu faham tak apa yang kamu baca tu?"
-"saya tanya kamu faham tak apa kamu baca tu?" soal Warden Raja kali kedua selepas soalan kali pertama tiada mendapat respon.
"tak tuan" balasnya perlahan.
"saya dah agak dah, kalau kamu paham pasti kamu takkan berada di sini, teruskan bacaan, saya akan jelaskan maksudnya kemudian."katanya dan terus berlalu keluar dari surau tersebut.

(adaptasi Juvana TV3)
...............................................................................

kata sapaan yang 'simple' tapi membawa maksud yang tajam bagi orang yang berfikir, benarlah kata Warden Raja tersebut bahawa al-Quran seringkali jadi bacaan dan jarang sekali menjadi pemahaman, ada pendapat yang menjawab bahawa orang yang memahami al-Quran lebih baik daripada orang yang beradab dengan al-Quran namun tidak memahaminya, sebagaimana yang selalu dilakukan oleh kebanyakan orang arab, pendapat ini dikeluarkan oleh Dr.Danial yang menulis mengenai al-Quran saintifik, namun jika melakukan kedua-duanya iaitu beradab ketika bersama al-Quran dan memahami serta mengamalkan apa yang dibaca adalah lebih baik,

al-Quran bukan kitab biasa atau kitab samawi yang boleh disamakan dengan Bible atau Injil pada asalnya, atau Taurat, atau zabur, hal ini kerana al-Quran mempunyai kelengkapan yang lebih sempurna daripada yang lain, sebagaimana firman Allah s.w.t

ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬ا‌ۚ

maksudnya:
ada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

turunnya al-Quran adalah bukti kesempurnaan agama ini, malah ia bukan sahaja untuk bangsa arab walaupun dalam bahasa tersebut ia diturunkan, sebaliknya ia untuk segenap manusia termasuk yang bukan Islam jika mengamalkan kandungannya, di samping itu, ia juga tiada had masa, ia bersifat fleksibel dan penuh kesesuaian pada setiap zaman sehingga hari kiamat, saya yakin ramai yang mengetahui 'basic' pengenalan mengenai 'amazing' al-Quran,

pemahaman al-Quran juga tidak boleh sewenangnya mengikut akal semata, malah ia perlu dirujuk pada kitab-kitab tafsir seperti tafsir fi zilalil quran, tafsir ibnu Kathir, tafsir Azhar dan seumpamanya, hal ini kerana setiap individu yang merangka kandungan tafsir tersebut telah mempunyai kelayakan untuk berijtihad dan sebagainya, oleh yang demikian, ia akan membantu memahami maksud yang sebenar disampaikan melalui ayat-ayat suci tersebut, malah untuk mencari bukti saintifik maka rujukan kajian daripada pakar-pakar boleh juga dijadikan bahan dalam usaha pemahaman serta mengetahui mukjizat yang ada pada sebuku kitab ini,

jangan salahkan al-Quran bila anda tidak hebat? hal ini kerana al-Quran telah dahulu membuktikan bahawa ia memberi kekuatan luarbiasa kepada sesiapa yang beramal dengan pemahaman sebenar dengannya, buktinya lahirnya kisah Muhammad al-Fateh, lahir kisah Saidina Umar al-Khattab, dan yang paling penting lahirnya sirah termahsyur iaitu Rasullullah s.a.w, sebagaimana pengakuan Aisyah r.a semasa menjawab pertanyaan mengenai akhlak suaminya iaitu Nabi Muhammad s.a.w:

 "Adalah akhlaknya (Rasulullah SAW) sebagai akhlak al-Quran." (Hadis riwayat Muslim)

malah telah lahir jiwa-jiwa yang kental seperti syeikh Ahmad Yassin, Hassan al-Banna, Shalah Syahadah, al-Rantisi dan bertungkus-lumus berjuang demi Palestin dan mempertahankan maruah Islam yang cuba dicalarkan oleh Zionis yang penuh konspirasi, pendustaan, penganiyaan, dan sebagainya, sehingga ramai pemimpin-pemimpin Islam tidak mampu mengeluarkan suara apabila saudaranya di Palestin dibunuh beramai-ramai semasa peristiwa Deir Yassin pada 9 April 1948,
Kini, nama-nama itu sudah tiada lagi melaungkan erti jihad dan pengorbanan tanpa balasan untuk agama, yang tinggal kini hanya roh semangat perjuangan serta kisah pengorbanan mereka yang dibukukan, oleh itu, menjadi kerugian pada kita sebagai generasi muda pencetus masa depan tidak mengambil ibrah dari kisah-kisah mereka,

bagaimana mahu melahirkan lebih ramai pejuang seperti itu?
pastinya bermula dengan ilmu-ilmu yang terdapat dalam al-Quran, bukan sekadar menghafalnya sahaja sebalik turut berusaha memahaminya agar jalan semangat yang ada pada jiwa muda ini akan terhala kepada jalan yang betol, ana memuji kekuatan serta semangat kental yang dimiliki oleh remaja juvana TV3, malah keberanian pada mereka juga tinggi, namun malang kelebihan itu telah disalahgunakan sehingga menimbulkan kerosakan lebih teruk walaupun diikat ketat dek peraturan, jika situasi membelasah itu dihalakan pada muka-muka Zionis Israel dan sekutunya pasti lebih bernilai, dan jika pertolongan atau sokongan rakan-rakan dipasakkan pada pembelaan rakyat Palestin serta memboikot hedonisme yang menjadi virus Yahudi kini pasti ia lebih berharga pada akhirat kelak,

ringkasnya, jangan asyik menuding jari pada kesalahan atau kealpaan yang lain jika kita terlebih dahulu menyedari kekurangan itu, sebaliknya lepaskan diri kita dulu untuk berusaha memperbetulkan dan menggantikan kealpaan dengan waspada supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi sebelum al-Quran diangkat kelak, setelah itu, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyedarkan kelemahan tersebut dari terus menular umat Islam, mudahan kita sentiasa menggunakan masa muda ini untuk mendalami ilmu bukan berjiwang atau mencari 'kasih maksiat' dan seumpamanya.

wallahua'alam bissawab

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran