Monday, May 30, 2011

Takdir bukan nasib



“Itu dah takdir, sekarang ko dah kat sini dah, ikut ar cara kat sini.”Jelas Apek kepada sahabatnya.
“ko tak dengar aku cakap ka? Aku tak bunuh mak aku, aku tak salah apa-apa.”balas Daim yang cuba menegaskan katanya.
“habis tu? Ko ingat suma budak kat sini semua salah, ko tanya diorang sensorang, suma tak ngaku salah. Orang gila pun tak ngaku dia gila.”
“Tapi aku…………..”
“Tapi ko dah kat sini.”kata Apek memintas rungutan kecil yang mula terbit dari sahabatnya, Daim.

Selepas berfikir sejenak, akhirnya Daim mengakui kata-kata sahabatnya itu biarpun terpaksa namun dia menyedari bahawa tiada siapa yang dapat membantunya walaupun sejuta pengakuan tidak bersalah diajukan.

(adaptasi Juvana TV3)
…………………………………………………………………………..

Percaya atau beriman kepada qada’ dan qadar adalah sebahagian daripada rukum iman bagi seseorang yang bergelar muslim, benarlah nasihat Apek kepada Daim bahawa redha pada takdir-Nya adalah sebaik jalan penyelesaian, biarpun kadangkala takdir itu bukan kehendak dan impian kita, namun Allah lebih luas pengetahuan-Nya sebagaimana firman Allah s.w.t dalam kalam-Nya:


وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
maksudnya:
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Walaupun begitu, perumpamaan yang disampaikan adalah tidak relevan kerana meletakkan  pengakuan orang gila sebagai kesinambungan daripada nasihat sebelumnya, asasnya, kita cuba bawa kefahaman kita pada situasi ‘orang gila’ yang lebih dikenali dengan orang yang tidak bisa berfikir dan bertindak dengan kewajaran akal, bukan sahaja tindakan malah segala yang dilakukan adalah tidak sepadan dengannya termasuk apa yang diperkatakan, oleh itu seandainya orang gila mengakui ia gila sekalipun, kata-katanya tetap tidak dipercayai kerana asasnya ia telah terpasak pada kompenan-kompenan dibawah status ‘orang gila’

Malah, dalam Islam sekalipun telah memberi rukhsah kepada  orang gila untuk tidak dikenakan taklif seperti solat, puasa, ketika mana ia berada dalam keadaan gila, sebagaimana hadith yang menyatakan bahawa:
Diangkat kalam (tidak dikira berdosa) daripada 3 golongan manusia, iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia bermimpi keluar air mani (baligh), dan orang gila hingga ia berakal (siuman). (Riwayat Ahmad)

Bagaimana mahu belajar atau melatih diri dengan erti takdir?
Ia bermula dari tauhid atau kefahaman mengenai sifat Allah yang Maha Sempurna serta mengakui kasih sayang Allah lebih luas dari segala derita yang kita rasai, mungkin derita atau sakit kita rasa namun hakikatnya ia adalah suatu kemanisan bila kelak derita itu membawa taqarrub kepada Allah, saat itu kita akan sedar bahawa tiada yang lebih menyayangi kita melainkan-Nya, saat itu segala cinta akan terbitkan pengorbanan yang kental menjalani ketaatan pada-Nya, tapi kadangkala tajuk sudah benar sebaliknya pendekatan atau huraian pula yang menyeleweng, maka matlamat tadi akan tersasar dari busur keimanan walaupun secara logik ia masih relevan, sebagaimana nasihat Apek yang mengkehendaki Daim hanya mengikut arus kehidupan sedia ada di sekolah tersebut.

Walhal, Daim masih punyai pilihan iaitu menjadi ‘kayu bendul’ pada peraturan haram House Captain atau hanya mematuhi peraturan yang diatur Warden atau mencari nilai muhasabah dari erti sebuah takdir ia ditempatkan di sekolah tersebut atau mencari jalan bagi membuktikan dia tidak bersalah, mungkin tiga pilihan lain adalah samar, namun ia tetap menjadi pilihan yang mampu dilakukan oleh Daim mengikut tahap keimanannya bukan tahap kekuatan atau kemahiran berlawan, hal ini kerana orang yang paling kuat adalah orang yang beriman, orang beriman sanggup melalui apa sahaja selagi mana Allah menjadi sandaran, buktinya  seperti kisah Sumayyah dan Yasser, Kisah Asiah Isteri Firaun, Kisah Rabiatul Adawiah, Kisah Bilal bin Rabah, dan seumpama yang boleh diambil tauladan.

takdir dan nasib nampak sama namun ia berbeza, mungkin dialog ini dapat menjelaskannya

“Saat kau berjalan dari tempatmu sekarang duduk hingga keluar dari pintu itu adalah nasibmu. Sedangkan saat kamu sedang menjalani nasibmu kemudian ditimpa meteor adalah takdir. Namun ternyata setelah tertimpa meteor kamu masih hidup dan punya kemampuan telekinetik adalah takdir dan sudah menjadi nasibmu untuk meneruskan hidupmu dengan memanfaatkan anugerah itu.”

Murid : “Berarti ada hubungan sebab-akibat antara nasib dan takdir?”
Guru : “Tentu saja, jika kamu menjalani nasibmu dengan menanam bibit pohon jeruk hingga kelak memanen buah jeruk adalah takdirmu.”
“Saat kamu menjalani nasibmu dengan memelihara tanaman jerukmu dengan baik dan ternyata diserang hama adalah takdirmu. Namun sudah menjadi nasibmu untuk membasmi hama itu dan menerima takdirmu berupa panen buah jeruk yang ternyata asam hingga menjadi nasibmu berusaha mengganti bibit jerukmu dan pupuknya hingga kelak engkau ditakdirkan memanen jeruk yang manis dan lebat.”
Murid : “Lantas masih perlukah kita merencanakan hidup kita?”
Guru : “Sehebat apapun rencana hidupmu dibuat, pada akhirnya kita hanya hidup untuk saat ini karena masa lalu sudah lewat dan masa depan masih belum tentu.”
Murid : “Tapi bukankah tanpa rencana berarti hidup tanpa tujuan?”
Guru : “Tujuan hidup kita adalah menjalani takdir dan mengubah nasib.”
Murid : “Bukankah mengubah nasib harus direncanakan?”
Guru : “Ya, karena saat kita mengubah nasib akan membedakan takdir yang akan ditempuh hingga akhirnya kembali lagi berputar kepada usaha kita mereka nasib masing-masing.”
“Yang pasti, lakukan yang terbaik dan paling besar manfaatnya bagi lingkunganmu dengan niat serta kapasiti yang makin meningkat setiap saat.”
Murid : “Mengapa bukan melakukan apa yang membuat kita menjadi bahagia saat melakukannya?”
Guru : “Menjalani nasibmu dengan bersyukur akan menjadikanmu mendapatkan takdir yang membahagiakan, tidak hanya bagi dirimu sendiri tetapi juga orang banyak.”

sebagai pengakhiran, peganglah pesanan dari ustaz Pahrol Juoi dalam tulisan yang ada menyatakan
Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah.
wallahua'alam bissawab

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran