Friday, May 27, 2011

Penjara Luar


"benda drpd kayu atau besi yg ber­lubang yg dikenakan pd leher orang salah atau orang tahanan (utk menghukumnya atau mencegahnya drpd lari), pasung; mengongkong

1. mengenakan kongkong pd, memasung, membelenggu: ia ditangkap, diheret dan kemudian dikongkong dlm sebuah pondok kecil;

2. ki membatasi (kebebas­an, pergerakan, dll), menghalangi, menye­kat: ia ingin bebas, tidak dikongkong oleh berbagai-bagai peraturan dan disiplin yg keras;

3. mengepung, melingkungi: pasukan tentera yg dikirimkan itu mula ~ askar musuh yg terperangkap; "

disebabkan ana tidak memahami erti kongkong maka ana mengambil definisi yang telah dinyatakan oleh kamus dewan bahasa edisi keempat, sejak kecil ana sentiasa diberi peluang untuk membuat pilihan malah setiap keputusan yang ana pilih jarang dibahaskan semula kerana jawapannya jelas bahawa itu adalah pilihannya dan dia telah bersedia untuk menghadapi setiap risiko serta faedah dari pilihan itu, oleh itu ana telah terbiasa dengan keputusan sendiri walaupun kadangkala keputusan itu menyusahkan orang lain tapi jika keadaan demikian berlaku, ana akan menyediakan something to be back-up or solution of it,

....................................................................................................

kongkongan ibarat penjara luar yang menyekat segalanya tanpa kesalahan yang dilakukan

memang benar bahawa tiada kebebasan hakiki bagi seseorang, segalanya terikat dengan peraturan dan cara hidup, ia bukan bersifat mengongkong sebaliknya ia bagi mengatur hidup akan menjadi baik sama ada dalam perhubungan dalam masyarakat, keluarga atau diri sendiri, walaupun demikian, hidup ini tidak juga menafikan pilihan bagi seseorang malah dalam soalan peperiksaan sendiri juga disediakan pilihan jawapan, tambahan pula dalam konteks yang lebih luas maka pilihan itu harus diluas-lebarkan pada dirinya, hal ini supaya ia dapat berfikir dan menilai mana yang baik dan mana yang buruk, dengan bentuk pemikiran yang bersifat terbuka maka seseorang itu akan lebih matang dalam bertindak sama ada dalam percakapan atau perbuatan, kematangan seseorang adalah merangkumi tahap kecerdikannya dalam menyesuaikan situasi, malah ia juga berperingkat.

sebagai contoh, seorang kanak-kanak tahun 3 walaupun bijak membaca namun ia masih belum bisa memahami apa yang dibaca daripada buku kakaknya yang berusia 23 tahun, padahal jika ikut logik pastilah kanak-kanak tersebut dapat memahaminya kerana ia juga telah membaca sebagaimana kakaknya membaca, hal ini kerana peringkat perkembangan atau kematangan bagi akalnya tidak sampai tahap pembacaannya, oleh yang demikian sukar baginya memahami apa yang tertulis pada buku tersebut, keadaan ini juga terjadi apabila kanak-kanak tidak tahu mengapa dirinya dimarahi apabila dia membawa kawan ke klinik dengan sendiri sebagaimana yang diceritakan dalam Movie Aku Tak Bodoh,

berbalik pada kongkongan, pada pandangan ana, kongkongan telah menjatuhkan maruah disiplin, walaupun seolah orang yang melakukan kongkongan mungkin berniat untuk mendisplinkan orang lain namun cara yang digunakan adalah tidak sesuai atau terlalu keras, jadual perjalanan harian anak disusun oleh ibu atau bapa tanpa memberi ruang untuk anak melayani minatnya, kawan-kawan mengongkong temannya dengan ugutan dan keterpaksaan dalam melakukan sesuatu dengan alasan yang mungkin mengekalkan trend kumpulan dan sebagainya, keadaan ini tidak boleh disamakan dengan keadaan yang berlaku didalam penjara, ini kerana kongkongan adalah sememangnya sebagai penghukum jadi adalah sesuai ia diaplikasikan bagi penghuni penjara.

penjara sendiri difahami sebagai penyekat kebebasan, oleh itu adalah selari jika berlaku kongkongan pada segala aktiviti, dan sebagainya, namun asalnya jika difikirkan, orang yang menghuni penjara sendiri telah membuat pilihan untuk meletakkan dirinya didalam dengan bertindak melakukan jenayah, dan melanggar undang-undang negara,

Allah telah meletakkan pilihan yang luas kepada hamba-Nya semasa hayat mereka, sama ada kehidupan yang kekal kelak dibina didalam laman syurga atau lubuk neraka, malah Allah juga telah menjelaskan gambaran kedua-dua tersebut dalam kalamNya,

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ كَانَتۡ لَهُمۡ جَنَّـٰتُ ٱلۡفِرۡدَوۡسِ نُزُل
 
maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). (surah al-Kahfi ayat 107)


bukan itu sahaja, Allah juga telah berfirman bahawa:

قَالَ لَا تَثۡرِيبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡيَوۡمَ‌ۖ يَغۡفِرُ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ
 
maksudnya:
Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. (surah Yusuf ayat 92)

oleh itu, tiada alasan yang boleh didengari lagi bagi penghuni neraka kelak, kerana Allah telah memberi peluang tuk membuat pilihan, dan mereka yang terus memilih keindahan sementara milik dunia akan berpotensi memegang tali kongkongan di neraka kelak,

ringkasnya, lepaskan seseorang untuk membuat pilihan dan keputusan, sandarkan setiap keputusan dengan sandaran yang kuat dan menyakinkan agar keputusan kelak tidak salah dan mengurang risiko yang akan dipikul, biarkan ia belajar membuat keputusan dan menanggung risiko sebagaimana kata bidalan berani buat berani tanggung, hal ini kerana ia secara tidak langsung akan memberi pengalaman kepadanya dalam mengambil keputusan akan datang, setuju?

wallahua'alam bissawab

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran