Thursday, May 26, 2011

Jalan 'Worry'


kerisauan seringkali membuahkan kacau-ganggu kepada lubuk ketenangan yang telah bermukim pada sekeping hati, tapi apa akan daya ia juga adalah sahabat karib bagi sebuah perasaan, malah ia juga merupakan sebahagian daripada fitrah perjalanan sebuah kehidupan, oleh yang demikian, tak perlu kita bersusah payah untuk menggelakkan kerisauan sebaliknya apa yang harus difikirkan adalah bagaimana cara untuk menghadapinya?

langkah menghadapi kerisauan tidak lari daripada langkah yang disusun bagi berhadapan dengan perasaan-perasaan lain yang dialami oleh kita sebagai insan yang mempunyai segala rasa yang tidak perlu disenaraikan contohnya, oleh yang demikian, bagi melapangkan kerisauan dan kebimbangan yang sedang melanda ana, maka ada baiknya kita berkongsi sedikit ilmu yang mungkin boleh ditambah atau dicambahkan idea lain yang lebih berkesan bagi menghadapi kerisauan, tanpa mengabaikan pencarian bagi punca yang mencetuskan kerisauan itu maka masalah tersebut juga perlu ditahapkan risikonya, yang lebih besar risiko pula didahulukan atau kombinasi masalah lain dapat diselesaikan secara bersama dan sebagainya, pucuk-pangkalnya, kreativiti dalam analis masalah perlu dicambah dengan baik, elakkan daripada memandang masalah hanya pada satu sudut, tapi pelbagaikannya walaupun tidak pernah dilakukan, tapi tak salah jika dicuba selagi tidak melanggar logik akal serta fitrah agama dan aturan syariat.

langkah lain pula, adalah sujud dan berdoa agar diberikan ketenangan pada sebuah kerisauan yang bertandang, diyakinkan pada iman bahawa Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya, dan kerana kita hamba-Nya, pasakkan keyakinan yang tinggi pada setiap janji-janji Allah serta qudrat-Nya dalam menitikkan kerisauan pada hati kita, kerana izin Allah kerisauan itu bisa lahir dan kepada-Nya juga adanya ubat bagi menghilangkan warna-warna kerisauan yang bertandang, sabar dan tidak berputus asa dalam setiap usaha juga menjadi sebahagian motivasi yang perlu dilatih pada situasi ini, semua ini nampak mudah dan "familiar" tapi sebenarnya ia mempunyai kekuatan yang bisa membentuk benteng kekebalan untuk tetap berdiri walaupun kaki telah ditebas dek arus dugaan yang menimpa,

ada lagi, langkah seterusnya, berfikir sejenak, gunakan anugerah yang hebat iaitu akal untuk menyusun strategi atau penyelesaian bagi masalah sekaligus menghilangkan kerisauan, jika perlu berterus-terang maka lakukan tanpa mengabaikan risiko selepas tindakan tersebut, dan jika memerlukan pertanyaan maka teruskan soalan yang wajar supaya persoalan terjawab, jika memerlukan tindakan maka pilihlah permulaan tindakan tersebut dari mana, segalanya memerlukan konsep ''berfikir sejenak'', selepas itu, tindakan yang dilakukan juga lebih mengurangkan risiko kegagalan atau kekecewaan daripada menyerikan duka yang bertandang hasil daripada kerisauan tadi.


segala luahan di atas adalah hanya idea peribadi dan tiada larangan bagi membuat peneguran terhadapnya, tujuan entri ini jelas bagi menghilangkan sedikit kerisauan yang kian membunga, risau kerana bulan Jun makin hampir, risau kerana akaun tetiba berubah, risau lagi apabila keadaan sama macam minggu lepas dan makin risau bila da berita angin atau berita kedua, fuh tak terbendung rasanya, doakan saya agar dapat selesaikannya dengan baik dan sabar,
ringkasnya, berfikir ke arah matang, dan jangan menyempitkan pandangan, berani untuk mencuba dan bertindak, jangan simpan soalan tapi banyakkan bertanya jika soalan itu perlukan jawapan,
keep on your smile

wallahua'alam bissawab

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran