Monday, May 23, 2011

adoi! aduh!

"adoi!"
"aduh! sakitnya"

“setiap minggu lebih kurang tiga kali cuci bagi alat ni. Kalau tak cuci habislah rosak cepat, masa doctor sumbat dulu, sakitnya tak terkira nak cakap”

“orang yang melawat hanya mampu melihat, yang merasa sakitnya tu, kita sendiri, ish tak mau la sakit, bukan ja susah-susahkan anak-anak, tapi suma jadi susah, tengok la pak long tu..”

“kita sakit ni perlu sabar dan selalu beringat terutama bagi orang yang jaga bagi orang sakit macam kak mah tu, nasib la sabar layan karenah suaminya.”

…………………………………………………………………………………

Sakit adalah cukai kepada nilai sebuah kesihatan yang patut disedari nikmatnya, benarlah kata bidalan, hanya orang sakit tahu nilai atau nikmatnya sihat, malah Rasullullah s.a.w pun pernah mengingatkan bahawa kesihatan itu antara nikmat yang jarang disedari nilainya, (maaf tak jumpa matan hadith tapi jika salah, sila maklumkan)

oleh itu, sewajarnya kesihatan itu dijadikan peringatan kepada kita untuk sentiasa melafazkan rasa syukur kepada-Nya kerana masih memberi lidah merasa sedapnya air, masih membenarkan mata melihat indahnya cahaya, masih mengizinkan kaki melangkah laju, dan segala kudrat yang dipinjam ini bukan hanya perlu disaluti dengan lafaz alhamdullillah semata tapi ia perlu disempurnakan dengan penggunaan yang betul dan menepati syariat, lidah digunakan untuk menyatakan kebenaran dan memberi peringatan, halakan pandangan mata pada yang bukan maksiat, dan kaki diaturkan langkahnya untuk menapak jalan mendekati Allah,

kadangkala, masyarakat kita juga lupa bahawa sakit itu adalah kasih-sayang Allah kepada hamba-Nya, mereka sering mendahulukan rasa takut pada sakit namun bagi orang beriman sakit itu adalah peluang untuk merasa manisnya iman, walaupun demikian, pernah seorang sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w tentang keadaan mana yang lebih baik, sabar dengan sakit atau mencari ubat untuk sihat, maka Rasullullah menjawab bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih menyukai sihat, dengan itu dapatlah kita fahami bahawa sihat itu lebih baik maka kita tidak diwajibkan untuk menjaga kesihatan dan mensyukurinya, 



bukan sahaja pada pemakanan malah juga pada kesihatan rohani dan minda, akal yang sihat akan menjana buah fikiran yang bernas, selalu positif dalam menghadapi masalah dan kekangan yang mendatang, pernah satu saat ana terbaca sepotong ayat yang penulis ambil daripada Umar al-Khattab, katanya:

" jangan jadikan perutmu sebagai kubur haiwan ternakan."

bila renungkan secara halus, ''smart'' peringatan ni, kita hanya makan haiwan yang telah mati atau disembelih, jika makan terlalu banyak ia seolah tak ubah seperti menjadikan perut iaitu tempat simpan makanan sebagai tanah perkuburan bagi haiwan-haiwan tersebut,
makanan perlu mengikut keperluan bagi setiap satunya, sama ada karbohidrat, vitamin, mineral atau sebagainya, masa jumlah makanan yang betul juga perlu diambil perhatian, budaya "makan belasah ja" perlu dihapuskan dalam gaya hidup kita, kelak budaya ini akan merosakkan tubuh badan sendiri, "junk food" atau makanan sampah adalah budaya kosong yang juga perlu digantikan dengan sesuatu yang lebih baik, seperti kismis, badam yang lebih mengikut sunnah.

ana tidak sangka rupanya, ada fakta yang mengakui bahawa Rasullullah s.a.w tidak pernah sakit perut sepanjang hidupnya, oleh itu, rugilah kita sebagai umat Baginda tidak mengkaji dan menyusuri sunnah cara pemakanan Baginda s.a.w, mengikut fakta tersebut juga, Rasullullah s.a.w sangat menyukai labu, mungkinkah ada sesuatu yang terdapat pada labu? pasti!
 ini antara yang boleh dikongsikan.

"Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.

Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.

Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Pelbagai Khasiat Labu

Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.

Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.

Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda."


ringkasnya, jika kita melawat orang sakit, jangan lupa panjatkan doa kesihatan dan kesabaran untuknya, sebagai juadah diri kita jangan lupa mengambil ibrah dari keadaannya dengan melihat keadaan anda, lantas pasti terbit keindahan luasnya kasih Allah pada hamba-Nya, dan bagi ia hanya mampu dirasai bahi hamba-hamba yang mahu berfikir, jangan jadi orang yang rugi!
wallahua'alam

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran