Wednesday, April 13, 2011

Tanah Simpanan Melayu vs Tanah Hima'


sebelum nama Malaysia menjadi nama yang gah pada rakyatnya, ada dua nama yang telah digunakan iaitu Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, dan sebelumnya digelar Tanah Melayu, istilah Tanah Melayu merujuk kepada majoriti rakyat yang terdapat dalam negara ini iaitu orang-orang Melayu, oleh yang demikian, banyak keistimewaan orang Melayu dipelihara dan antaranya termasuk tanah simpanan untuk orang Melayu, selain daripada tanah simpanan Melayu terdapat juga tanah pegangan orang Melayu, dan tanah adat yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama dan ia telah termaktub dalam perlembagaan di bawah perkara 90, tanah simpanan Melayu berada di bawah bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri dan setiap negeri mempunyai enakmen rizab Melayu yang tersendiri, walaupun berlaku perbezaan dari segi penyusunan seksyen-seksyen namun ia tetap berlandaskan metod atau matlamat yang sama kerana ia telah dicorakkan mengikut Perlembagaan Persekutuan,

tanah al-Hima' juga menepati ciri-ciri yang terlekat pada tanah simpanan Melayu secara umumnya, walaupun terdapat perbezaan yang kecil antara kedua-duanya, namun jelasnya kewujudan kedua-duanya telah disepakati dan diterima oleh masyarakat akan penguatkuasaannya. tanah Hima' atau tanah awam telah wujud semasa zaman Rasullullah s.a.w dan diteruskan pengaplikasiannya pada zaman Khulafa' rasyidin sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"tiada tanah simpanan (hima') dibenarkan kecuali untuk Allah dan Rasul-Nya"

Syafi'i menyatakan pendapatnya bahawa tanah Hima' hanya boleh dilakukan oleh Rasullullah s.a.w atau mengikut dasar yang dilandaskan oleh Rasullullah s.a.w iaitu sebagai faedah kepada awam atau kaum muslimin bukan bersifat kepentingan peribadi..sebagai contoh, Rasullullah pernah menjadikan tanah bukit di Baqi yang bertujuan untuk makanan kuda-kuda orang Islam yang terdiri daripada puak ansar dan muhajirin, manakala Saidina Abu Bakar as-Siddiq telah merizabkan tanah al-Rabzah untuk orang-orang miskin yang diikuti oleh Saidina Umar tapi pada tanah al-Saraf. hal ini jelas menunjukkan bahawa tanah hima' telah dilaksanakan lebih awal daripada keadaan yang berlaku dalan undang-undang Tanah di Malaysia.

perbezaan yang dapat dirasakan dalam dua jenis tanah awam ini merujuk kepada sasaran individu yang menerima pemilikan tanah ini, dalam peruntukkan berhubung Tanah Simpanan Melayu telah jelas bahawa ia dimaktubkan sebagai pemeliharaan kepada keistimewaan orang Melayu, hal ini dapat dijelaskan dalam enakmen Rizab Melayu yang menegah secara keras pindah-milik, gadaian, pajakan tanah jenis ini kepada orang bukan Melayu, walaupun demikian, peruntukkan ini tidak mengikat ketat penjagaan Tanah Simpanan Melayu kerana transaksi yang melibatkan tanah jenis ini dengan orang bukan Melayu sentiasa berlaku, hal ini tidak boleh disalahkan sepenuhnya kepada peruntukkan ini kerana banyak masalah yang melibatkan Tanah Simpanan Melayu, sebagai contoh, pembangunan tanah yang lembab, tiada dana yang mencukupi, berada di kedudukan terpencil dan sebagainya, oleh yang demikian, adalah tidak mustahil jika Tanah Simpanan Melayu semakin mengecil dari tahun ke setahun jika tidak dibendung masalah ini dengan cara yang wajar, penafsiran orang Melayu telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 160 (2).

tanah Hima' tidak mengkhususkan sesuatu golongan atau kaum sebagai pemegang milik tanah sebaliknya ia mengikut keadaan tanpa melanggarkan sunnah Rasullullah s.a.w yang mengutamakan maslahah ammah, al-Mawardi menerangkan bahawa jika tanah itu dirizabkan untuk seluruh manusia maka penggunaannya sama tanpa mengira status, agama dan seumpamanya, namun jika dikhususkan kepada orang Islam sahaja maka kafir zimmi adalah ditegah dari menikmati manfaat tanah hima' tersebut, al-Mawardi menambah lagi bahawa jika pengkhususan kepada fakir miskin maka ia juga mengikuti pelaksanaan tanah tersebut oleh sasaran, sepertimana juga pada pengkhususan haiwan seperti kuda perang dan sebagainya, ringkasnya tanah hima' tidak dibenarkan melainkan pada maslahah ammah yang bertujuan untuk membela umat Islam atau negara Islam dari dibelenggu kemiskinan tegar atau seumpamannya dan bukan bertujuan untuk memberi keistimewaan khusus pada sesetengah kaum di samping mengabaikan kebajikan kaum lain.

itulah perbezaan secara ringkas yang dapat dihamparkan berhubung dengan tanah awam antara Islam dan undang-undang Tanah Malaysia atau enakmen Rizab Melayu yang berkuatkuasa dalam negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak walaupun tiada enakmen berhubung tanah simpanan Melayu namun sabah dan sarawak telah mempunyai sistem pegangan tanah bagi bumiputera.
sekian..wallahua'alam bissawab

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran