Sunday, April 17, 2011

Tanah Harim

Ia merupakan kesinambungan daripada tanah ihya' mawat, tanah harim merupakan tanah yang berada di pinggir tanah mawat, pemilikan tanah harim bagi seseorang yang telah meng-ihya'-kan tanah mawat adalah harus menurut pendapat Syafi'i, lazimnya tanah harim dijadikan parit, tali air atau kemudahan lain yang diperlukan bagi mengusahakan tanah mawat, walaupun pemilikan tanah harim telah disepakati oleh jumhur fukaha' namun perselisihan telah berlaku dalam menentukan keluasan tanah tersebut, bagi Syafi'i tiada penetapan khusus bagi keluasan tanah harim, hal ini ditentukan berdasarkan adat kebiasaan setempat


tanah mawat boleh didefinisikan  sebagai tanah yang tidak pernah dimajukan dan tiada pemilikan ke atasnya atau tanah yang pernah dimajukan namun telah menjadi terbiar sejak beberapa lama tanpa sebarang pengusahaan ke atas tanah tersebut, oleh yang demikian, pemerintah perlu bertanggungjawab untuk mengatasi masalah kelembaban kemajuan tanah dengan memberikan pemilikan tanah mawat kepada sesiapa yang mengusahakannya, dan mampu memajukan tanah tersebut dengan baik, tanah mawat yang di-ihya'-kan adalah sebahagian daripada cara pelupusan yang diterima dalam perundangan Islam berhubung dengan tanah sebagaimana yang telah dijelaskan dahulu,


tiada isu yang banyak dibincangkan mengenai tanah harim, namu keadaan ini tidak menafikan kepentingannya terutama berhubung dengan pemilikan terhadapnya, walaupun demikian, perkara ini telah diselesaikan dewasa ini dengan meletakkan sempadan yang tertentu supaya ia keluasan bagi tanah harim yang melingkungi tanah mawat adalah jelas, ia secara tidak langsung memudahkan pengusaha menyediakan bajet dan kemudahan yang diperlukan kepada tanah mawat yang di-ihya'-kan,

sebagaimana pendapat Abu Yusuf tentang tanah harim:

"Jika seseorang membuka telaga berdekatan kawasan penduduk yang mana dimiliki oleh orang Islam atau kafir Dhimmi, maka dia memiliki kawasan yang dilindungi atau diharimkan seluas 40 hasta di sekeliling telaga untuk kegunaan ternakannya. Jika dia menggali parit, maka kawasan yang dilindungi ialah seluas 60 hasta setiap sisi. Bagaimanapun jika mata air, kawasan yang dilindungi ialah seluas 500 hasta. Telaga yang digunakan untuk mengairi tanah dengan bantuan unta dinamakan sebagai Bi’r al-Nadih dan kawasan yang dilindungi ialah seluas 60 hasta. Manakala telaga yang digunakan untuk memberi minum lembu dinamakan sebagai Bi’r al-‘Atn dan kawasan yang dilindungi ialah seluas 40 hasta.

Ini berdasarkan hadis Nabi daripada al-Hasan b. Umara, al-Zuhri: Nabi s.a.w. bersabda:

“Kawasan yang dilindungi bagi mata air ialah 500 hasta, Bi’r al-Nadih 60 hasta dan bagi Bi’r ‘Atn 40 hasta sebagai tempat rehat bagi lembu-lembu”.

Bagi terusan bawah tanah pula, kawasan yang dilindungi ialah sama seperti kawasan telaga. Tidak ada sesiapapun yang dibenarkan untuk masuk ke kawasan itu dan menggali telaga baru, mengusahakan atau mendirikan bangunan di situ. Penceroboh akan dipertanggungjawabkan ke atas segala kerosakan yang berlaku. Jika air bawah tanah itu keluar ke permukaan, kawasan yang dilindungi sama seperti kawasan terusan atau parit. Bagaimanapun jika seseorang menggali telaga di luar kawasan yang dilindungi tetapi berdekatan dengannya dan mengakibatkan air di telaga yang lagi satu kering, maka dia tidak akan bertanggungjawab kerana dia menggali di tanahnya."

Harim itu ada bermacam-macam, yaitu sebagai berikut:

a) Harim kampung, ialah lapangan atau alun-alun tempat rekreasi, pacuan kuda, pasar, tanah lapang, tempat pemandian, tempat keramaian, dan lain-lain.

b) Harim perigi (telaga), yang digali di tanah yang mati (yang baru diusahakan) ialah tempat kubangan ternak, termasuk tanah yang di sekitarnya, seperti tempat penambatannya atau tempat pancuran air mengalir (comberan), timba, dan lain-lain.

c) Harim rumah, ialah tempat pembuangan sampah dan lain-lainnya.
Adapun perigi yang baru digali, harimnya ialah 25 hasta sekelilingnya. Kalau perigi sudah lama ada (sebelum) Islam, harimnya ialah 50 hasta sekitarnya.

jadi, sebagai pemahamannya, tanah harim ibarat halaman rumah, halaman masjid termasuk parking kereta dan seumpamanya, oleh yang demikian, tanah harim adalah mengikut tanah mawat, jika tanah mawat telah di-ihya'-kan oleh seseorang maka secara tidak langsung ia juga menjadi pemilik kepada tanah harim yang berada dalam lingkungan tanah mawat,
dalam Kanun Tanah Negara di bawah seksyen 44 memperuntukkan mengenai keluasan tanah yang telah diberi-milik, antara hak yang dibenarkan termasuklah

a) mengguna dan menikmati ruang udara seluas mana ada di atas permukaan tanah itu
b)pengantungan tanah dalam keadaan aslinya kepada tanah bersebelahan
c)hak masuk keluar bagi tanah yang bersempadan dengan tepi pantai, sungai atau tempat awam.

seterusnya seksyen 45 Kanun Tanah Negara menyatakan pula tentang keluasan yang mendapat kebenaran bagi harta galian, bahan batuan dan hasil dari hutan yang berhampiran dengan tanah yang telah diberi-milik, oleh yang demikian, tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa terdapat unsur-unsur tanah harim dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara, keselarasan ini membuka ruang yang baik bagi pemilik untuk mengusahakan tanahnya di samping menggunakan tanah harim dengan se-manfaat-

sekian

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran