Wednesday, April 27, 2011

Summary UKM's life

orang kata perpisahan itu saat yang paling menyedihkan,
dan orang kata lagi, kenangan itu saat yang paling indah bersama teman-teman,
tapi bagi ana, saat perpisahan itu adalah penguat kerinduan,
dan kenangan adalah ubat saat kerinduan bertandang,
..................................................................................................


dengan lafaz syukur ke hadrat-Nya kerana telah memberi kesihatan yang baik serta sentiasa memberi bantuan kasih-Nya dalam semangat untuk 'study' dan juga semasa menjawab 'exam' sepanjang tempoh 3 minggu bermula 11042011 sehingga 27042011, walaupun masih ada sisa-sisa yang berbaki dalam menyiapkan tanggungjawab sebagai mahasiswa bergraduan UKM insyaAllah pada tahun ini, harapan yang tak pernah dan tak mungkin pudar pada kudrat kasih Yang Maha Esa untuk sentiasa memberi kekuatan dan kesabaran yang telus dalam menyiapkan sebaik mungkin kajian ilmiah ini yang bertajuk, Kajian Hirz dalam Jenayah Curi Secara Perbandingan, dibawah seliaan Dr.Shofian Ahmad, Ketua Jabatan Baru Syariah, UKM,

pelbagai kenangan dan pengalaman yang terbit di bumi UKM ini, bermula tahun awal sehingga tahun bergelar senior bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, kalau disusun bata mengikut pengalaman di UKM saja pasti telah jadi sebuah istana sehebat Taj Mahal, yang jelasnya, UKM adalah nama yang dicita-citakan oleh kaki untuk menapak sejak dulu lagi di samping yuran yang tidak terlalu mencekik student, ia juga mempunyai 'ranking' ipta yang terbaik di Malaysia, jika disebut sahaja UKM barangsiapa yang tidak mengenalinya maka itu bukan salah peta Malaysia tapi salah tempurung yang menutupinya terlalu tebal, saat orientasi kemasukan sebagai junior di UKM, besar dugaannya bila mana terpaksa menghadapi dunia baru dengan perbelanjaan RM1500 ditambah dengan dunia assignment serta gaya menjawab soalan peperiksaan yang tidak di-briefing, kalau STPM segala didedahkan agar pelajar tidak tersasar 'carry mark', dan paling derita ialah subjek-subjek perundangan yang 'tough' dan 'fresh' untuk diterjuni sedangkan sebelum ini, basic undang-undang hanya pada pengajian am, itupun tajuk kecil dalam bab,


masuk tahun kedua, mula menjinakkan diri dengan dunia politik kampus, bersama-sama dalam kempen dan 'gathering' sebagai tanda sokongan, di samping disibukkan dengan pengalaman praktikal di mahkamah rendah Kuala Muda selama lebih kurang 2 bulan dengan berbekalkan niat untuk mendapat sedikit pengetahuan tentang keadaan sebenar pekerjaan yang berkaitan undang-undang, walaupun keseorangan namun saat itu mengajar untuk mengenali kasih-Nya Allah pada hamba-Nya, dalam tahun kedua juga mula mengaktifkan diri dalam pelbagai program anjuran universiti dan kolej, antaranya program menjadi fasilitator, program khidmat masyarakat, program motivasi, program seminar, dan sebagainya termasuk ceramah-ceramah serta program masak beramai-ramai.

gelaran senior, itulah yang dikagumi saat bergelar junior, dan kini status itu disandarkan kepada diriku dan sahabat seperjuangan, dalam tahun tiga atau selaku tahun akhir, perjalanan kisah di bumi UKM disajikan dengan penglibatan dalam kelompok yang lebih luas, mengenali kumpulan dakwah yang kental dan pelbagai dari banyak kampus dan banyak fakulti serta pengajian, penglibatan dalam PKPIM-ABIM serta MTI adalah wadah yang memujuk untuk terus berdiri dalam langkah sebagai mujahidah, dan menyedarkan bahawa langkah jihad dan dakwah perlu dilakukan secara jama'ie, harapan ana agar selepas kekuatan dan istiqamah dalam untuk bergelar da'ie terus dipupuk ketat dalam jiwa ana hingga ke tulang serta salur darah yang mengalir pada tubuh ini, di samping tahun tiga juga memujuk ana untuk bersama-sama komuniti ILI untuk bersama-sama dalam menyampaikan wadah-wadah dakwah melalui media internet, kini ILI bercambah dengan amat membanggakan, ahlinya bertambah, keluasan media lebih luas dengan lahirnya radio ILI,

SEBUAH SKETSA


kini, memori 411 sempena mengambil nama istana beta di daerah Kolej Kediaman Ibrahim Yaakob selama 3 tahun, alhmdullillah dapat setia menanti di sini sebagai warga Highlanders- kerana kolej ini adalah dikatakan kolej paling tinggi di UKM, dan 3 tahun juga ana dan sahabat mendaki setiap hari untuk ke kuliah dan seumpamanya,


Di taman 411 terdapat 3 orang penghuni yang berdiam dibawah jajahan takluk Permaisuri Nora, dasar pemerintahan kuku kayu yang diamalkan setiap hari menyebabkan Pemaisuri Nora terpaksa melantik Pangeran Razin Kepah sebagai pengawal yang bertugas tanpa gaji bagi menjaga keamanan taman serta mengekalkan pemerintahan kuku kayu Baginda, di samping itu, Pemaisuri Nora juga telah menikahkan Puteranya yang disumpah menjadi katak oleh seorang tukang Jampi yang cemburu dengan pemerintahan Baginda, melihat ke-sengalan Puteri Aini telah memikat hati Putera Katak maka Pemaisuri Nora segera menghantar rombongan merisik bersama dulang-dulang hantaran hadiah dari Putera Katak,

setelah tiga tahun melayari bahtera rumahtangga bersama Putera Katak, rupanya andaian Nujum Pak Belalang tidak tepat kali ini, Putera Katak tidak bertukar menjadi seorang Putera Raja yang boleh menerajui pemerintahan Taman 411 sebaliknya ia kekal menjalani hidup sebagaimana seekor katak  namun ia tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, dengan berkat restu daulat Pemaisuri Nora, Puteri Aini telah melahirkan seekor anak yang amat luarbiasa ke-comel-annya, wajahnya seiras Ashraf Kelim, suaranya pula sedamai hujan yang lebat, kelahiran puteri kecil milik Puteri Aini itu dinamakan dengan Sang Limbat, sempena keistimewaan yang terdapat padanya,

Pangeran Razin Kepah segera menyampaikan berita yang menggembirakan ke seluruh pelusuk Taman 411 sehingga beliau terlupa bahawa sebenarnya beliau telah lama pencen dari menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan, lalu dengan murkanya  Pemaisuri Nora telah menitahkan hukuman perasan sampai mati kepada Pangeran Razin Kepah,

''sebelum beta membenarkan pelaksanaan hukuman ini, apakah permintaan terakhir tuan hamba?" tanya Pemaisuri Nora sambil tersenyum simpul melihat Puteri Limbat yang dikendong oleh menantunya.

''tuanku, hamba sangat ingin........................................................
...........................................................................................................................
....................." jawab Pangeran Razin Kepah dalam nada yang layu namun bermutu.


mendengar permintaan Pangeran Razin Kepah yang tidak diduga itu menyebabkan Pemaisuri terkejut dan pengsan sehingga menghembuskan nafas terakhir, sebelum ia melepaskan nyawanya pergi, Pemaisuri Nora sempat muntah 2-3 kilogram kerana mendengar permintaan terakhir Pangeran Razin Kepah,

sekian,
sketsa berakhir dengan nyanyian Puteri Limbat yang bertajuk ''kisah kita'' yang kini dipopularkan oleh Stacy,
click di sini, tuk dengar


Salam Perpisahan buat Penghuni Taman 411...Yang terindah hanya sementara, Akhirat jua yang kekal selamanya.

1 pendapat:

myladysweet said...

hahahaha.....maaf terrrgelakk..=P

Post a Comment

syukran kasiran