Thursday, April 21, 2011

Perbandingan Istilah Perang

Istilah peperangan sudah semakin basi kedengaran dewasa ini, dunia tidak putus mempertontonkan peperangan yang silih berganti, malah ada juga yang memakan masa hingga abad lamanya masih tidak menemui perdamaian atau penyelesaian, walaupun perang dianggap sebagai salah satu cara penyelesaian terakhir bagi sesuatu konflik namun kebanyakkan perang lebih banyak memberi kerugian sama ada kepada pihak yang menang atau yang kalah, oleh yang demikian, Islam akan memilih cara penyelesaian lain terlebih dahulu dan bertindak sebolehnya untuk mengelakkan penyelesaian konflik melalui peperangan.

Hakim Ali Mansur telah mendefinisikan peperangan sebagai perjuangan antara dua kekuatan yang bersenjata dengan melibatkan dua negara yang bersengketa, dari definisi tersebut telah meletakkan dua ciri penting dalam sebuah peperangan iaitu senjata dan negara, hal ini telah disokong oleh Prof.Nasran dalam kuliah International Law berhubung dengan definisi bagi peperangan, beliau menjelaskan bahawa peperangan ialah pertikaian antara dua negara atau lebih dengan menggunakan kekuatan senjata dan bermaksud mengalahkan pihak lawan, di samping itu pihak yang menang akan meletakkan syarat perdamaian kepada pihak yang kalah, dan adalah menjadi kewajipan bagi pihak yang kalah untuk mentaati syarat tersebut tanpa sebarang pilihan.

perlu diasingkan di antara pemberontakan dan peperangan, contoh pemberontakan Deli di Indonesia, Pemberontakan Polo di Thailand, dan seumpamanya, walaupun demikian pemberontakan boleh menjadi peperangan jika ia berkembang luas dengan kekuatan yang besar, ada organisasi teratur, berlaku penawanan negara, berlaku pelaksaanaan undang-undang kepada salah sebuah negara yang terlibat dan penerimaan kedaulatan yang bermaksud untuk berpisah dari negara asal maka keadaan ini tertakluk kepada undang-undang perang antarabangsa tanpa mengabaikan pengisytiharan perang oleh pihak yang terlibat.

dalam undang-undang antarabangsa terdapat undang-undang mengenai peperangan, lazimnya ia diatur oleh negara yang terlibat dengan perang, walaupun demikian, peraturan yang diatur tersebut jarang diikuti dengan baik, hal ini termasuk undang-undang perkecualian yang melibatkan antara negara berperang dengan negara lain yang tidak terlibat dalam peperangan tersebut, peraturan ini sekaligus bertindak sebagai penjagaan keselamatan terhadap apa-apa risiko atau kesan yang akan timbul disebabkan peperangan yang tersetus.,

artikel 42 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyatakan bahawa
-dalam hal-hal yang mengancam keamanan atau berlakunya perbuatan menceroboh, maka Majlis Keselamatan boleh mengambil langkah perlu meskipun ia melibatkan ketenteraan.-

artikel ini telah diaplikasikan baru-baru ini dalam isu pemberontakan menentang Muammar Gaddafi di Libya, PBB telah melancarkan Zon Larangan Terbang yang kononnya bagi membela pasukan pemberontak daripada serangan Muammar Gaddafi (BERITA HARIAN-ZON LARANGAN TERBANG-),

seterusnya, peperangan yang dibincangkan menurut pandangan Islam, konteks peperangan dalam Islam disuaikan dengan JIHAD yang pengertiannya tidak sama dengan peperangan dalam pandangan barat, jihad bersandarkan kesucian daripada unsur-unsur keinginan diri atau peribadi sebaliknya ia dilakukan atas niat agama dan keimanan pada Yang Esa, Islam juga tidak melihat kepentingan umat tertentu dengan penindasan umat lain, dan tidak bermaksud mengangkat bangsa tertentu dengan penjajahan negara lain, sebaliknya apa yang diutamakan dalam Islam ialah kebahagian dan kejayaan manusia seluruhnya, sebagaimana dalam Firman Allah s.w.t dalam surah al-Isra' ayat 70

وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِىٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَـٰهُمۡ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَـٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَفَضَّلۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ ڪَثِيرٍ۬ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيل

di samping itu, Islam juga melarang serangan atau peperangan yang berdiri atas tujuan balas dendam antara negara, oleh yang demikian, Islam lebih memilih keamanan dan jalan yang aman dalam menyelesaikan sesuatu konflik, nilai-nilai tertentu diterapkan dalam konteks jihad, umat Islam juga perlu mematuhi syarat-syarat peperangan yang dibenarkan dan dilarang dalam Sunnah dan Al-Quran, bukannya peraturan yang sendiri dan tidak memihak kepada keadilan dalam peperangan,

ringkasnya, peperangan yang wujud pada hari ini tiada satu pun didasari dengan corak dan peraturan yang digariskan oleh Islam, hal ini mungkin kerana kelemahan umat Islam sendiri serta negara-negara Islam lain dalam banyak elemen sama ada ekonomi, gelojak politik, hubungan antarabangsa atau sebagainya, cadangan yang berselindung di sebalik PBB atas isu-isu dunia ditambah pula dengan pembohongan luas media, adalah amat mengecewakan, semua sukar dipercayai, lain yang berlaku lain yang diberitakan, masyarakat terus dibohongi dengan sewenangnya, ditambah pula dengan matlamat Yahudi dan sekutunya, sungguh menghanyutkan umat Islam kini, namun ini juga adalah sebahagian daripada janji-janji Allah berhubung dengan keadaan akhir zaman.

wallahua'alam bissawab.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran