Sunday, April 3, 2011

Mencari Sinar Hasan Al-Banna


"mesti ada sesuatu yang terkandung dalam jiwa insan ini, kekuatan dan kekentalan hatinya telah dilatih, tapi bagaimana latihan itu?
istiqamahnya sukar pudar, tapi bagaimana terangnya ia bersinar? apa yg menjadi sumbu?dan apa yang menyalakan sumbu itu?
pasti semuanya bersatu, untuk membentuk insan ini..tapi bagaimana persatuan semua itu?."monolog kecil hati seorang pembaca yang membuka lembaran kisah seorang tokoh da'ie yang bernaung atas nama Hasan al-Banna.

......................................................................................................................................

tanggungjawab seorang da'ie adalah pikulan di bahu semua orang yang berpegang pada agama Islam, dan ana yakin bahawa frasa ini telah dilaungkan oleh banyak ceramah dan lorong-lorong da'ie sama ada di media masa atau sebagainya, dan agak mustahil tiada muslim yang terlepas dari mendengar laungan ini, tapi kelemahan dalam dunia dakwah ini masih belum dapat dibanggakan, entah apa yang ditakutkan dan entah apa yang digentarkan, bukankah apabila kita bersatu, kekuatan itu menjadi luar biasa, keberanian menjadi diluar tahap diduga, tapi mengapa lembah dakwah masih belum ketemu juangnya pada bumi Malaysia ini?

jawapannya sudah diketahui walaupun bukan keseluruhan muslim namun hampir segelintir muslim menyedari kepincangan ini, iaitu penantian, seringkali kita menanti langkah orang lain dan jarang sekali kita yang menjadi peneraju langkah juang pada lembah ini, mungkin pelbagai alasan terbuku dalam penantian itu, tapi sampai bila alasan itu menjadi penghalang seorang peneraju untuk membuka langkah sedangkan musuh terus bertungkus-lumus mengatur serangan terutama serangan pemikiran atas nama kemajuan dan demokrasi serta kecantikan, ramai da'ie yang mengetahui serangan jenis ini namun masih meringankan langkah, ana bercakap berdasarkan kelompok yang ana berdiri iaitu dibawah fakulti pengajian Islam dan dibawah insan-insan yang ana kenali kekentalan bicara mereka, malah ana juga meletakkan diri ini sebagai keinsafan pada sikap dan kelemahan ini, ana perlu bendung dan keluarkannya,

kekaguman pada langkah dakwah Hasan al-Banna menimbulkan persoalan yang besar yang tak mampu dijawab oleh sebuah buku kuning ini, namun sekurang buku ini telah melakarkan wasiat-wasiat serta kata-kata juang seorang insan yang sungguh tak mampu dihidangkan dengan ''tabik spring'' sahaja, sebaliknya mungkin lebih dari itu, tapi janganlah kita agungkannnya tanpa mengambil berat soal perjuangannya yang menjadi wadah kehidupan beliau, bersama ini, ana kongsikan satu peringatannya buat angkatan pemuda Islam,

"kepada pemudalah disandarkan harapan semua umat Islam untuk mengembalikan maruah Islam, oleh itu, angkatan pemuda perlulah

1- berfikir tentang umat lebih banyak daripada berfikir tentang diri sendiri
2-fahami konsep dakwah dengan betul"

ana marah pada diri ana juga yang tidak dapat mendalami peringatan ini, ana dilatih dengan cita-cita tanpa memikirkan cita-cita itu disandarkan pada ummah, disandarkan pada perjuangan untuk mengembalikan maruah Islam, konsep dakwah juga masih belum dapat dipraktikkan sebaiknya walaupun kursus metodologi dakwah telah menjadi wajib bagi fakulti pengajian Islam, masyaAllah besar sungguh kerugian ini, bilakah ia berubah? jiwa yang masih bergelar pemuda direbahkan pada cinta dan perasaan, pada dunia dan kesenangan, pada kenangan dan kerinduan sedangkan semuanya tiada dasar pada agama dan Pemiliknya

sedangkan latihan bagi Hasan al-Banna bermula sejak beliau masih kecil, beliau diterapkan dalam ''skill-skill'' dalam memahami al-quran dan hadith-hadith malah menghafaznya, sedangkan pada pendidikan kita masa kini, masih terpengaruh dengan barat yang hanya mementingkan kerja dan gaji yang berlandaskan kemajuan, tanpa kita sedari sebenarnya pendidikan seumpama itu sedang melahirkan generasi yang tiada antibodi mengelak gejala rasuah dan kesopanan dan seumpamanya, sedangkan Islam dahulu telah menjelaskan bahawa hebatnya al-quran melatih pengamalnya, dengan generasi al-quran lahirlah al-Fateh, lahirnya Hasan al-Banna, lahirnya Ikhwan Muslimin, lahir Abu Bakar al-Baqir, lahirnya Abdullah Fahim, lahirnya ramai lagi yang hebat jiwa juang dan hidupnya,

tapi masih belum kita menyedari kerugian yang besar pada usia ini untuk mendalami tips-tips dalam al-quran, kenapa? jangan lagi dibangkitkan soalan itu kerana semuanya telah terjawab, cuma telinga jangan dipekakkan, mata jangan dibutakan, hati jangan dihitamkan, dosa jangan diundang, pahala jangan dihindarkan, sebaliknya usaha perlu ditambahkan, ilmu dijadikan juadah harian, al-quran dijadikan hidangan sejadah amalan, sunnah sebagai bimbingan keperibadian, dakwah terus dimantapkan, saat itu jangan lagi mengenal erti kegagalan tapi ambillah kekuatan dari kegagalan untuk bina sebuah kejayaan yang lebih berharga, apa yang ana tulis bukan hanya bacaan insan tapi juga menjadi bacaan dan hisab Yang Maha Esa, kerna bukankah setiap yang kita lakukan akan diambil markah dan menjadi timbangan di akhirat kelak.sebagaimana firman Allah dalam Kalam-Nya:

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨

maksudnya:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! / (8)

 
astagfirullahalazim...70x
Ikhwan Muslimin diasaskan oleh Hasan al-Banna bersama 5 orang rakannya dan adiknya seorang, jumlahnya 7 orang sebagai pengasas Ikhwan Muslimin, jangan dilihat pada jumlahnya tapi pada jiwa setiap insan ini, mereka berjanji sepakat untuk korbankan segalanya demi agama bahkan nyawa sekalipun, akhirnya ketulusan niat Ikhwan Muslimin dirasai oleh seluruh pelusuk masyarakat sehingga ia digeruni oleh barat dan sekutunya sekaligus menjadi Mesir sebagai negara Islam yang kuat berbanding Iraq dan negara Islam lain, namun kita masih bersaudara, dan jangan sesekali kita menghindarkan diri andai saudara Islam kita melakukan kesilapan sebaliknya berilah peringatan kerana sesungguhnya Allah telah berfirman:

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣

maksudnya:
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3) 

walaupun dakwah di Malaysia masih belum sekental Ikhwan Muslimin, namun telah bangkit beberapa persatuan yang seumpamanya di negara ini sama ada yang berjalan "bawah tanah" atau mendapat pengesahan sebagai NGO oleh kerajaan, seperti ABIM, YADIM, PERKIM, ISMA, JIM, dan sebagainya, ia adalah satu wadah yang memupuk keberanian dalam melatih generasi Hasan al-Banna, generasi Hasan Hudaybi, generasi Umar al-Tilmisani, yang bertunjangkan ''style'' Rasullullah dan para sahabat, oleh yang demikian, bangkitlah pemuda-pemudi untuk jadi sayap perjuangan lembah dakwah bersama kelompok ini, di sini langkah kita mampu dibina, mungkin dari situ juga dapat kita mencari keberanian dan kecekalan dalam meniti lembah dakwah ini, Islam perlu dikembalikan pada darjatnya,

"dakwah Islam tidak memerlukan simpati umatnya kerana Islam akan dimenangkan walau tanpa simpati anda dalam lembah ini, tapi dakwah perlukan lebih dari itu iaitu empati pada jiwa umatnya, sanggup korbankan segalanya untuk kebangkitan Islam, untuk jadikan individu yang muslim sebenar, keluarga muslim asli, bangsa muslim original, dan negara Islam yang realiti." kata seorang sahabat sambil merenung ruang dunia dihadapannya.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran