Monday, April 18, 2011

Kuasa Kelembutan

gedebuk!
"adoi! sakit la, ko ni x gheti lembut-lembut ka bila nak pukul aku tu?" kata Peah sambil menyapu-yapu bahunya yang terasa pedih akibat rembatan tak semena oleh sahabatnya.
"haha, mana da orang pukul lembut-lembut, klu pukul lembut, you leh apply kat mat Nyah la sis." balas Joyah
"hishhhh..nasib ko ni kawan aku tau, klu tak dah lama aku bagi tuisyen kuasa kelembutan berbayar kat ko." kata Peah dengan kerlingan tajam ke arah Joyah yang berdiri tidak jauh darinya.

.......................................................................................................................


sifat lemah-lembut menjadi salah satu senarai dalam 99 nama Allah, iaitu al-Latiff, jadi seseorang muslim yang menyukai sifat kelembutan ada dan kekal dalam dirinya tanpa mengira situasi adalah insan yang telah menepati satu daripada kemuliaan dalam nama-nama Yang Maha Esa, dan sifat al-Latiff semestinya sifat yang penuh kebaikan kerana itu ia disandarkan pada keagungan Allah, jangan lagi dipersoalkan bukti kelembutan Allah, ia sudah banyak dibicarakan, hanya hati-hati yang tidak bisa menilai sahaja yang masih tertutup untuk melihat layanan kelembutan Allah sama ada pada seluruh makhluknya yang merangkumi haiwan, pokok-pokok, langit, planet, malaikat, iblis, jin terutaman manusia, Allah mencipta alam dengan tumbuhan yang indah bukan untuk dilihat dengan mata sahaja tapi nilaikan dengan hati supaya hati itu hidup dengan tauhid,

kuasa kelembutan bukan hanya terpancar pada perbuatan seseorang, malah juga melibatkan percakapan dan pergaulan atau interaksinya dengan individu lain serta dirinya sendiri, berbahasa dengan bahasa dan tutur kata yang baik serta nada suara yang rendah adalah sebahagian daripada penilaian yang direkodkan bagi mengetahui tahap sifat kelembutan ada padanya, sebagai contoh, seseorang yang sering mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulannya masih belum dapat diselarikan ia sebagai seorang yang lemah-lembut, dan ana yakin semua orang bersetuju mengenainya? jika ditanya secara individual, sudah pasti ramai yang menyukai orang lain bercakap lembut dengannya, hamburan kesatnya kata-kata atau bahasa pasarnya "laser" hanya memberi sakit telinga dan sakit hati ja pada orang yang berbicara dengannya, jika "laser" dan sebati dengan rutin hariannya, agak-agak berapa orang yang akan menjauhkan diri dari berbual dengannya?


Rasullullah adalah contoh terbaik untuk membentuk sifat kelembutan pada diri kita, sebagai contoh kisah Yahudi yang buta dan kesetiaan Rasullullah untuk menyuapkan makanan kepadanya selalu sehingga Yahudi itu menyedari perbezaan cara suapan Rasullullah dengan Abu Bakar as-Siddiq, akhirnya hati yang keras untuk mengeji Islam menjadi lembut untuk menerima Islam sebagai agamanya, sebab? layanan yang lembut oleh Rasullullah s.a.w walaupun Baginda telah mendapat kejian daripada Yahudi sebelum itu, oleh yang demikian, kuasa kelembutan ini juga memainkan peranan besar dalam bidang dakwah dan sebagai wadah bagi para da'ie untuk menyambung risalah perjuangan Baginda, ada banyak lagi sirah Baginda s.a.w jika disinonimkan dengan lemah-lembut sama ada dalam keluarga Baginda s.a.w, umat Islam, para sahabat, atau kaum musyrikin sekalipun,

ops....kelembutan jangan dipisahkan dengan ketegasan, wajarlah bagi seorang muslimah memiliki sikap tegas terutama dalam menegakkan keperibadian muslimahnya, hal ini kerana apabila disebut soal lemah-lembut pastilah tidak lepas dari dikaitkan dengan wanita, perempuan, gadis, atau muslimah, malah sering dilontarkan ayat sindiran "lembutla sikit klu dah jadi pompuan tu", pelik juga bila sindiran itu tak pernah basi dari mulut mana-mana individu, oleh yang demikian, ia jelas bahawa kelembutan itu adalah perempuan, perempuan adalah lembut kerana itu ia adalah ibu, ia adalah isteri, dan sebagainya, malah Islam juga telah mengiktirafkan kelembutan sebagai fitrah kejadian bagi wanita, jadi wanita yang kasar perlu menilai kewajaran tahap kekasarannya sama ada mencapai tahap tegas atau tahap "over-dose",

seterusnya, apa yang penting, kuasa kelembutan perlu dilontarkan dalam tindakan atau perbuatan sama ada cara berjalan, cara melihat, cara berpakaian, cara makan atau sebagainya yang perlu dilakukan dengan menggunakan pancaindera lain selain mulut, bagaiman menilai kelembutan seseorang pada perbuatannya? mudah saja, jika perbuatannya itu masih dapat diterima oleh orang sekelilinganya terutama yang masyarakat yang baru baginya maka ia telah berjaya melemparkan kuasa kelembutan yang ada pada dirinya, hal ini kerana kelembutan itu sentiasa dapat menyenangkan orang lain, bukan setakat senang hati, malah juga boleh merubahkan "mood" orang yang melihatnya, lagi satu cara untuk menilai sama ada kita telah lembut dalam tindakan atau sebaliknya ialah jika seseorang yang bermuamalah dengan kita juga bersikap demikian, bak kata slogan Sg.Bertih "what you give, you get back", walaupun orang yang bermuamalah dengan kita bersifat kasar pada pengetahuan umum tapi bila membalas tindakan kita ia akan mementingkan atau mendahulukan kelembutan dalam tindakannya juga, hal ini berlaku secara refleks, jadi kepekaan itu perlu tepat.

sebagaimana yang diselitkan di atas, kuasa kelembutan boleh merubah "mood", kalau marah boleh diredakan dengan siraman air kelembutan, kalau sedih boleh disapu dengan kelembutan, kalau degil boleh dilenturkan dengan nasihat kelembutan, oleh itu, jadilah insan yang kreatif dalam mengaplikasikan kuasa kelembutan terutama dalam persahabatan kerana ia dihadapi setiap saat oleh semua orang, jangan sirami persahabatan dengan minyak apabila berlaku perselisihan tapi isi dengan kelembutan, sukar untuk maafkan orang tapi bukan bermaksud perlu membencinya, atau bersikap kasar dengannya,
simpulannya, jika ingin kebaikan dan elak "tension" maka lontarkanlah kuasa kelembutan, sebagaimana sabda Baginda s.a.w yang bermaksud:

"sesiapa yang dikurniakan sifat lemah-lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal." (Riwayat Muslim)

warning ---> jangan palsukan kelembutan kerana antara palsu dan asli akan jelas akhirnya, dan jangan tertipu dengan kelembutan kerana kebenaran hanya satu dan ia akan terbukti suatu masa nanti dan dari bukti itu terbitlah kesedaran bahawa kebenaran adalah sunatullah.
wallahua'alam bissawab.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran