Wednesday, April 6, 2011

Celik Aurat

"cuba fikirkan ayat ni" getus Wan ketika melihat sekumpulan muslimah sedang berbual.
"apa ayatnya?" tanya Ayu.
"seorang wanita yang pakai tudung adalah baik, manakala seorang wanita yang tidak memakai tudung tidak semestinya baik." balas Wan menjawab pertanyaan Ayu.
"cuba fikirkan ayat ni pula, luaran tak semestinya mencerminkan dalaman, tapi luaran adalah sebahagian gambaran pada isinya." kata Niha sambil merenung ke arah teman-temannya yang lain.

"adakah maksud yang sama, pada dua ayat tadi?" tanya Diba.
"itulah sebabnya kena "fikirkan". jawab mereka beramai-ramai sambil tertawa.

..................................................................................................................................

boleh dikata tajuk atau perbincangan ini sudah basi dibahaskan oleh banyak slot-slot dakwah dan seumpamanya, tapi percambahannya seolah tiada suara yang menyeru dan memberitahu kepada muslimah mengenai batas-batas aurat yang perlu dijaga, bagi merungkaikan kekeliruan yang tersirat atau mungkin sebagai sandaran ingatan pada yang lupa termasuk ana sendiri, ringkasnya terdapat 13 aurat yang berkaitrapat dengan golongan muslimah, yang patut dijaga dan ada hadis serta dalil yang memerintahkan kepada muslimah untuk berbuat demikian,

yang pertama, bulu kening dan alis mata,

kedua-dua aurat ini adalah sebahagian daripada aset yang tidak lepas dari perhatian wanita kerana ia terletak di wajah yang merupakan tarikan utama bagi wanita, oleh yang demikian, perlakuan mencukur atau menipiskan alis mata/ bulu mata adalah haram, dan ia disepakati oleh ulama' empat mazhab, walaupun demikian, terdapat sedikit perbezaan pendapat dalam menyatakan hukum haram tersebut. sebagai contoh, Hanafi menafikan haram jika perbuatan tersebut dilakukan untuk suami, namun hukum haram jika ia dilakukan untuk tatapan lelaki ajnabi, bukan disebabkan penyakit atau darurat, dan alat penyukur tersebut adalah menyakitkan kepada tubuh badannya. seterusnya, Maliki, menyatakan bahawa ia haram kerana perbuatan itu mempunyai unsur mengubah ciptaan Allah. Syafi'i memberi kecualian maksud haram tersebut kepada wanita pada perbuatan menghilangkan janggut, misai dan bulu yang tumbuh dibawah bibir sama ada dengan cara cukur atau cabut akannya, sebaliknya pengharaman perbuatan cukur atau cabut bulu kening/alis mata berlaku atas sebab kecantikan sahaja tanpa keizinan suami. manakala Hanbali juga bersetuju dengan penafian hukum haram jika perbuatan tersebut atas keizinan suami, di samping tiada unsur penipuan atau peniruan perbuatan orang-orang keji.


kedua, kaki dan tapak kaki,
apabila berbahas mengenai aurat, hadis mengenai kisah Asma' Binti Abu Bakar pasti sinonim dengan inti perbincangan tersebut, Rasullullah menegur pakaian Asma' yang nipis dan menyatakan bahawa tubuh wanita adalah aurat secara seluruhnya kecuali muka dan tangan, oleh yang demikian, hukum bagi kaki dan tapak kaki adalah aurat yang wajib disarung dengan stokin, bukan hanya perempuan bertudung labuh sahaja yang diselarikan dengan stokin tapi bagi seluruh wanita yang beragama Islam.

ketiga, wangian atau perfume,
"uish, busuk ar ustazah tu, peluh agaknya sebab tudung dengan baju labuh sangat,"
ewah2x, sedap bahasa yang dikomenkan kepada insan yang menjunjung sunnah as their fashion style, dalam situasi ini jelas menunjukkan peranan perfume utk memberi keselesaan pada orang sekeliling juga di samping mengelakkan meluasnya gejala ngumpat tanpa sedar, namun pemakaian perfume ini ada batasannya kerana ia juga termasuk dalam aurat wanita muslimah, sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah s.a.w bersabda:

"setiap wanita yang mengenakan pewangi, maka hendaklah dia tidak mengerjakan solat isyak bersama kami" (H.R Muslim)

hal ini kerana perfume menjadi daya tarikan kepada lelaki ajnabi terhadap seorang wanita, andaikata seorang muslimah itu ingin menggunakan perfume maka ia haruslah bertepatan dan tidak terlalu kuat sehingga tercium oleh lelaki bukan muhrim, tercium yang dimaksudkan adalah sehingga lelaki tersebut menegur atau menyedari dengan akan kehadiran wanita itu melalui perfume yang digunakan.

keempat pula, ialah dada sebagaimana dalam surah an-Nur ayat 31

وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ
maksudnya
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; 

         kelima, gigi,

penjagaan aurat ini sama seperti bulu kening dan alis mata pada awal tadi, sebagaimana hadith yang bermaksud:

"aku mendengar Rasullullah s.a.w melarang mencukur alis, merenggangkan gigi, menyambung rambut, dan membuat tatu kecuali suatu penyakit." (H.R Ahmad)

kesemua larangan ini adalah haram jika bertujuan untuk kecantikkan yang ingin ditunjukkan kepada ajnabi, di samping ia juga disifatkan sebagai mengubah ciptaan Allah, malah terdapat juga unsur penipuan pada asal ciptaan terhadapnya melainkan perbuatan itu dilakukan atas dasar darurat.

keenam, leher,- 

menurut Maqatil, antara amalan jahiliyyah ialah tabarruj, menampakkan leher serta perhiasan yang ada, sedangkan umat Islam dilarang untuk mengikuti amalan jahiliyyah, trend tudung sekarang banyak yang semakin tertarik dengan zaman jahiliyyah, oleh yang demikian, perlunya muslimah kini peka akan konsep aurat yang disarankan selepas kedatangan Islam bukan semasa jahiliyyah


ketujuh, wajah (muka), wuah! ini adalah aset tarikan utama bagi wanita, sanggup berhabis duit, sanggup bersakit asalkan muka nampak cun, ya ka? Allah kurniakan kecantikan pada kelembutan wajah muslimah, oleh yang demikian, penjagaan padanya adalah amat rapi sehingga ada pendapat yang mewajibkan niqab dan seumpamanya, namun perbezaan pendapat ini membawa matlamat yang sama iaitu menjauhi maksiat atau zina yang mudah terkesan dari wajah, sebagaimana dalam surah an-Nur ayat 33,


kelapan, tangan sbg aurat sebagaimana dalam kisah Asma' Binti Abu Bakar, selain daripada tangan dan muka maka perlu dilindungi dengan jilbab,


seterusnya ke-9, ialah mata atau pandangan, bersama kita renungkan dua hadis ini supaya dapat menguatkan langkah untuk kita menjaga mata, Rasullullah s.a.w bersabda maksudnya:
"dua pasang mata itu berzina dengan cara melihat." (muttafaq alaih)

"tiga pasang mata yang tidak akan menyentuh api neraka Allah ialah 1-mata yang menutup dari apa yang diharamkan Allah, 2- mata yang terjaga di jalan Allah, 3- mata yang menangis kerana takut kepada Allah. (H.R Imam Hakim dan Baihaqi)

10- mulut atau suara, lunak suara yang dikurniakan Allah bukan untuk memudahkan wanita menetap di Neraka tapi sebagai penyeri syurga Allah andai kelunakan tersebut bukan utk mengajak kepada dosa dan derhaka pada Allah, oleh itu dengari surah al-Ahzab ayat 32:

إِنِ ٱتَّقَيۡتُنَّ فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ فَيَطۡمَعَ ٱلَّذِى فِى قَلۡبِهِۦ مَرَضٌ۬ وَقُلۡنَ قَوۡلاً۬ مَّعۡرُوفً۬ا

maksudnya:
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). 

yang kesebelas adalah pakaian

isu pakaian atau fashion sangat menuntut para muslimah untuk lebih peka, secantik mana pun fashion yang ada atau berkembang andai dapat meletakkan status pencalar agama pada diri kita, adakah ia berbaloi? cantik pada nilaian manusia tidak membawa makna pada anda jika tidak disalurkan pada garisan syariat, Al-Bazaar meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda:

"sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan maka Allah akan memberi pakaian kehinaan di akhirat nanti" (H.R Ahmad, Abu Daud an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

aurat yang ke-12 ialah kehormatan
"tiada seorang perempuan yang akan membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (HR.Abu Daud dan Ibnu Majah)


dan yang terakhir atau aurat ke-13 ialah rambut, Rasullulah pernah bersabda kepada Fatimah
" wahai anakku Fatimah! adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka yang ketika didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat lelaki yang bukan mahramnya." (HR. Bukhari dan Muslim)

subhanAllah, pakailah tudung sahabatku, saudaraku, sungguh tak sanggup melihat kalian menjerit dididih di akhirat kelak, bukan hanya kerana dosa kalian tapi juga kerana kelemahan ana yang tidak mampu mengingatkan kalian, jadi dikesempatan ini, ana bersaksikan Allah ingin menabur peringatan ini untuk kita pegang bersama, panas kerana tudung tidak berbaloi dengan didihan kerana menanggalkannya, apabila tiba saat itu, tak mampu untuk kita berpatah arah mencari tudung dan mengakui kesakitan itu.

p/s tuk ana dan all muslimah!
p/s 1- jika anda tidak mahu ditegur oleh rakan-rakan atas apa alasan sekalipun, adakah anda juga sanggup menolak hadith-hadith ini? jika benar, anda adalah makhluk Allah yang paling sombong, anda tidak melihat kekecilan anda berbanding ciptaan Allah yang lain, mereka tunduk pada perintah Allah sedangkan anda?
p/s 2- muslimah perlu celik tentang aurat, bukan hanya celik IT, atau sebagainya, aurat adalah nilaian Islam, jangan jadikan diri kita sebagai pencalar kesucian Islam, mulakan perubahan biarpun bertahap kerana Allah melihat setiap usahamu,

wallahua'lam bissawab

3 pendapat:

skyjamil said...

testing2x komen

LadyBird said...

terima kasih atas nasihat itu skyjamil..
sama2lah kt memberi peringatan..

catatan mat bendol penyot said...

itu benar, bila orang muslim paham akan aturan islam maka islam akan lebih indah, sopan dan lebih dihormati oleh semuanya.

Post a Comment

syukran kasiran