Monday, March 28, 2011

Pertelingkahan Antarabangsa


K.J Holsti mendefinisikan pertelingkahan atau konflik sebagai membawa kepada perancangan keganasan yang dilakukan oleh sesebuah pihak atau sekumpulan pihak disebabkan sesuatu isu, permusuhan, sikap, jenis diplomatik dan gerakan ketenteraan. Konflik atau pertelingkahan antarabangsa juga didefinisikan sebagai keadaan universal antara negara-negara di mana negara-negara tersebut akan bertelingkah mengenai kuasa, status dan sekutu dalam sistem antarabangsa (Goldstein & Joshua s. 2004). 

2. PUNCA-PUNCA PERTELINGKAHAN
Antara punca-punca konflik yang wujud dalam Undang-Undang Antarabangsa ialah : 

2.1 Persempadanan Kawasan
Contohnya konflik yang berlaku antara Iraq dan Kuwait. Peperangan (Perang Teluk) telah berlaku antara dua buah negara ini pada tahun 1991. Konflik ini berlaku disebabkan Iraq mengatakan bahawa mengikut sempadan peta yang dilukis semula oleh Kuwait termasuk ke dalam pentadbiran Iraq. Oleh itu, Iraq meminta supaya Kuwait menjadi sebahagian daripada Iraq. Disebabkan keengganan Kuwait untuk menjadi sebahagian daripada Iraq, maka berlakulah peperangan antara Iraq dan Kuwait dan dalam peperangan tersebut Kuwait telah menang dengan bantuan Amerika syarikat.

2.2 Kekuasaan dalam Mengawal Kerajaan
Contohnya adalah konflik di antara Malaysia dan Singapura. Isunya ialah, Perdana Menteri Malaysia meminta supaya kerajaan Singapura membayar CPF (Central Provident Fund) kepada rakyat Malaysia yang bekerja di sana setelah mereka berhenti bekerja dan kembali ke Malaysia. Walaubagaimanapun, kerajaan Singapura tidak menghiraukan permintaan Perdana Menteri Malaysia. Pemerhatian yang dibuat oleh ASEAN, tindakan Singapura ini adalah untuk membalas dendam terhadap kerajaan Malaysia kerana Singapura ingin memanjangkan tempoh perjanjian melebihi tahun 2061 dan menambah bekalan air.


2.3 Pergolakan Ekonomi
Konflik ekonomi adalah berkaitan dengan perdagangan, sumber asli, mata wang dan sebagainya. Contohnya adalah serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq pada tahun 2003. Iraq mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri iaitu sumber minyaknya yang banyak. Iraq dikatakan mempunyai 110 billion tong simpanan minyak. Jumlah ini dikatakan tidak termasuk 58 telaga minyak Iraq yang masih belum dibangunkan. Inilah harta Iraq yang sangat diinginkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. 

2.4 Konflik Etnik
Contohnya konflik etnik yang berlaku di Iraq. Penjajahan dan kekerasan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada 2003, pada hakikatnya telah memberi kesan negatif jangka masa panjang kepada negara itu kerana ia membuka ruang kepada meletusnya konflik etnik. Konflik etnik itu semakin parah apabila kerajaan yang dibentuk dan perjanjian damai yang dimeterai gagal menimbulkan keyakinan, kepercayaan dan perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Iraq. Keadaan ini meletakkan Iraq sentiasa dikelilingi oleh masalah kekacauan dan keganasan kaum di Iraq. Perlembagaan dan peruntukan kerajaan telah ditubuhkan namun ia masih gagal membawa keamanan dan perpaduan dikalangan puak yang bertelagah.

2.5 Konflik Agama
Konflik etnik berlaku di antara dunia Islam dan Barat(Kristian). Ianya sebenarnya bukan berpunca daripada kepercayaan agama yang berbeza, tetapi kerana manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran sempit dan sekular. Umat Islam pada hari ini berdepan dengan masalah dan isu-isu yang terlalu banyak. Penindasan dan kezaliman terhadap mereka berlaku di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini.
 
            Bumi Palestin dan Baitul Maqdis telah diceroboh oleh tentera-tentera penjajah zionis Israel. Rakyat Palestin telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. Diantaranya ialah dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan. Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih yang lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan jihad. Perjuangan ini menyaksikan penglibatan daripada segenap lapisan masyarakat sama ada golongan tua, muda, lelaki dan perempuan juga termasuk kanak-kanak. Keseluruhannya terjun ke medan jihad termasuklah kanak-kanak yang melempar batu-batu ke arah tentera Israel.


PENYELESAIAN PERTELINGKAHAN
Secara umum, kaedah penyelesaian pertikaian antarabangsa terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a) Secara Perdamaian – di mana pihak-pihak yang bertikai bersetuju untuk mencari jalan penyelesaian secara damai. Kaedah secara perdamaian pula boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu timbangtara, penyelesaian penghakiman, rundingan, jasa baik, pengantaraan atau semakan, penyelesaian di bawah naungan Pertubuhan Bangsa Bersatu
b) Secara Paksaan – di mana penyelesaian yang dilakukan secara paksaan atau kekerasan. Kaedah penyelesaian secara paksaan seperti berikut perang bersenjata dan tanpa bersenjata, tindakan kekerasan, pembalasan dan Sekatan Pasifik.


3.1 Kaedah Perdamaian
a) Timbangtara
Biasanya timbangtara merupakan prosedur yang digunakan oleh pihak-pihak yang bertikai dalam menyelesaikan masalah mereka. Orang yang menyelesaikan sesuatu masalah di panggil sebagai penimbangtara yang dipilih sendiri oleh pihak yang bertikai tanpa terikat dengan ketat untuk pertimbangan undang-undang.

            Penimbangtara memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan pertikaian antarabangsa atas dasar undang-undang dalam perjanjian yang telah dipersetujui bahawa perselisihan harus diserahkan kepada timbangtara melalui keadilan yang telah diiktirafkan, begitu juga dengan Mahkamah Timbangtara secara khusus diminta untuk melaksanakan undang-undang antarabangsa (J.G Starke 1984 : 486).

            Jika berlaku sesuatu perselisihan, atas persetujuan kedua-dua negara yang bertikai untuk merujuk kepada timbangtara oleh Mahkamah Tetap Timbangtara, pihak-pihak tersebut perlu melalui prosedur. Setiap negara merujuk kepada dua penimbangtara di antaranya mungkin seorang dipilih daripada negara sendiri atau melalui calon yang dipilih dari kalangan ahli panel dari Mahkamah, penimbangtara serta pengadil pilihan hanyalah kalangan ketua sidang. Persetujuan diberikan melalui suara majoriti ( J.G Starke 1984 : 489).

b) Penyelesaian Penghakiman
Penyelesaian penghakiman ialah penyelesaian yang dibawa oleh mahkamah melalui penghakiman antarabangsa dalam pelaksanaan undang-undang. Perbezaan penting antara Mahkamah dengan timbangtara dapat dilihat dengan merujuk perkara berikut (J.G Starke 1984 : 491)
a)      Mahkamah ialah badan keadilan yang tetap, yang mana diatur oleh undang-undang dan mempunyai peraturan atau prosedur yang tersendiri dan mengikat semua pihak yang terlibat.
b)      Mahkamah mempunyai pendaftaran kekal iaitu melaksanakan semua fungsi yang diperlukan seperti menerima dokumen-dokumen untuk difailkan, direkodkan dan disahkan.Secara umum Mahkamah bertindak sebagai saluran komunikasi yang biasa dengan kerajaan dan badan-badan lain.
c)      Proses pengadilan adalah umum iaitu ketika pembelaan, pemeriksaan dan penilaian dikeluarkan.
d)     Pada prinsipnya, Mahkamah merupakan tempat yang dicapai oleh semua negara untuk menyelesaikan semua kes yang menyatakan bahawa mungkin boleh merujuk dan segala perkara khusus yang ditetapkan dalam perjanjian dan persidangan tersebut.
e)      Keahlian Mahkamah merupakan sebahagian besarnya ialah masyarakat antarabangsa dan prinsip sistem undang-undangnya adalah tidak seperti pengadilan yang lain. (Sekarang, enam daripada Hakim Mahkamah terdiri daripada Afrika dan Asia, sedangkan pada awalnya hanya dua sahaja Hakim daripada negara-negara tersebut).

c) Rundingan, Jasa Baik, Pengantaraan, Perdamaian Atau Semakan
Rundingan, jasa baik, pengantaraan, perdamaian dan penyelidikan adalah kaedah yang kurang formal dibandingkan dengan timbangtara dan penyelesaian penghakiman. Jasa baik dan pengantaraan merupakan kaedah penyelesaian yang mana sesebuah negara ketiga akan membantu untuk menwujudkan perdamaian dalam pertikaian. Tetapi pihak yang menawarkan jasa baik atau perdamaian, dalam kes-kes tertentu terdiri daripada orang perseorangan atau badan antarabangsa (J.G Starke 1984 : 515).

Perbezaan antara jasa baik dan pengantaraan ialah sejauh mana besarnya sesuatu masalah itu. Dalam kes jasa baik ialah pihak ketiga menawarkan perkhidmatan dengan membawa pihak yang bertelingkah bersama-bersama. Ini kerana tujuan membawa pihak-pihak bersama adalah untuk menyelesaikan pertikaian mereka secara baik.

Manakala istilah ‘perdamaian’ mempunyai makna yang luas dan juga sempit. Dalam makna yang lebih umum, ia merangkumi pelbagai cara di mana pertikaian dapat diselesaikan secara damai dengan bantuan negara-negara lain, badan penyelidikan atau jawatankuasa penasihat. Dalam makna yang sempit pula ialah ‘perdamaian’ merujuk pertikaian kepada suruhanjaya atau jawatankuasa untuk membuat laporan dengan cadangan pihak-pihak yang menyelesaikannya, seperti cadangan tersebut tidak menjadi sesuatu yang mengikat. Menurut Hakim Manly O. Hudson (Hudson International Tribunal 1944 : 223):
Perdamaian... ialah proses penyusunan cadangan penyelesaian selepas penyelidikan fakta-fakta dan usaha untuk mendamaikan pihak yang bertikai, pihak-pihak tersebut bebas untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan”.

Mengikut fakta tersebut, pihak-pihak yang bertikai secara bebas untuk memutuskan samada mengambil atau tidak cadangan yang diusulkan. Objektif penyelidikan pula ialah menentukan fakta-fakta tanpa membuat cadangan yang khusus, yang mana dalam pertikaian tersebut mungkin dibuat penyelesaian secara rundingan. Contohnya dalam kes pertikaian sempadan, suruhanjaya boleh dilantik untuk menyiasat fakta-fakta sejarah dan kedudukan geografi yang merupakan subjek pertikaian dan menjelaskan isu-isu perjanjian sempadan tersebut. Kadang-kadang jawatankuasa penyelidakan diperlukan untuk menyiasat fakta yang tertentu yang bertujuan untuk penjelasan awal. Jelas menunjukkan bahawa satu atau lebih cara sepeti rundingan, jasa baik, pengantaraan, perdamaian atau penyelidikan atau gabungan boleh digunakan dalam menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak yang bertikai.

d) Penyelesaian Di Bawah Naungan Pertubuhan Bangsa Bersatu
Sebagai penganti kepada Liga Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dibentuk pada tahun 1945 telah mengambil alih sebahagian besar tanggungjawab dalam menyesuaikan pertikaian antarabangsa. Salah satu matlamat asas pertubuhan ialah menyelesaikan secara damai perbezaan antara Negara-negara dan berkaitan dengan Artikel 2 Piagam PBB, yang dilakukan oleh ahli pertubuhan untuk menyelesaikan pertikaian mereka dengan cara damai dan menahan diri daripada melakukan ancaman perang atau menggunakan paksaan ( J.G Starke 1984 : 517).

            Dalam keadaan ini, tanggungjawab yang penting berpindah kepada Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan sesuai dengan kekuasaan mereka yang diamanahkan kepada kedua-dua pertubuhan itu. Perhimpunan Agung diberi kuasa, tertakluk kepada kekuasaan penguatkuasa keaman Majlis Keselamatan untuk menyarankan tindakan-tindakan yang sesuai untuk keamanan dalam setiap keadaan yang mungkin akan merosakkan kesejahtaraan awam atau hubungan persahabatan antara bangsa. Namun dengan kuasa yang besar yang telah diberikan pada Majlis Keselamatan haruslah dilaksanakan dengan cepat dan tegas mengikut dasar Pertubuhan Bangsa Bersatu. Secara umumnya, Majlis akan bertindak dalam dua jenis pertikaian iaitu:

        i.            Sekiranya pertikaian boleh memudharatkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
      ii.            Berlakunya kes seperti ancaman terhadap keamanan, pelanggaran keamanan atau tindakan pencerobohan.
Dalam kes yang pertama, Majlis bila perlu, boleh memanggil pihak-pihak untuk menyelesaikan pertikaian mereka dengan cara seperti timbangtara, penyelesaian penghakiman, rundingan, penyelidikan, pengantaraan dan perdamaian. Majlis juga, mungkin boleh menyarankan prosedur yang tepat atau cara yang sesuai untuk menyelesaikan pertikaian berikut.

           Manakala dalam kes yang kedua, Majlis mempunyai kuasa untuk membuat cadangan atau memutuskan apa-apa tindakan yang harus diambil untuk memelihara atau memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa dan mungkin memanggil pihak-pihak berkaitan untuk mematuhi tindakan tertentu. Tidak ada sekatan atau kelulusan pada cadangan yang dibuat oleh Majlis. Pada dasarnya mungkin ia dirujuk dengan suruhanjaya penyelidikan atau mungkin juga dirujuk dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sebagainya. Menurut Artikel 41 hingga 47 Piagam, Keselamatan Kehakiman juga mempunyai hak untuk memberi keputusan, tidak hanya dengan tindakan kekerasan seperti sekatan ekonomi tetapi boleh juga dengan menggunakan kekuatan bersenjata terhadap Negara-negara yang menolak untuk terikat dengan keputusan. 

3.2 Kaedah Paksaan atau Kekerasan
 a) Perang Bersenjata Dan Tanpa Bersenjata
Tujuan perang adalah untuk membebani pihak lawan dan memaksa untuk mengikut syarat-syarat penyelesaian. Tindakan bersenjata adalah untuk mengagalkan Negara yang berperang. 

b) Tindakan Kekerasan
Tindakan kekerasan adalah teknik untuk membalas kepada negara yang kasar dan tidak adil terhadap negara lain seperti pembalasan. Sebagai contoh memutuskan hubungan diplomatik, menyingkirkan hak istimewa diplomatik, dan sebagainya. Penggunaan tindakan kekerasan ini telah dibenarkan oleh negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu yang dipengaruhi oleh peruntukkan satu atau dua dalam Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu(J.G Starke 1984 : 519).

c) Pembalasan
Pembalasan adalah cara yang diterima pakai oleh negara-negara untuk menjamin ganti rugi dari negara lain dengan mengambil ukuran balasan. Sebelum ini, pembalasan terhad pada rampasan harta atau orang. Pada zaman kini pembalasan mengandungi tindakan paksaan yang diterapkan oleh sebuah negara terhadap negara yang lain bertujuan untuk menyelesaikan beberapa pertikaian yang dibawa secara tidak sah atau tidak dibenarkan. Perbezaan antara pembalasan dan tindakan kekerasan adalah pembalasan terdiri daripada tindakan yang secara umumnya tindakan tersebut tidak sah manakala tindakan kekerasan ialah melakukan balasan yang tidak terdapat pada undang-undang yang boleh diambil. Pembalasan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti memboikot sesuatu barang dari negara tersebut, sekatan, tunjuk perasaan atau pengeboman.

            Beberapa perkara antarabangsa yang menjadi kontroversi daripada pembalasan iaitu pada tahun 1973-1974 apabila Arab memperkenalkan sekatan eksport minyak untuk negara-negara tertentu sahaja yang bertujuan untuk melihat sejauh mana kesahan atau tidak sekatan-sekatan tersebut dan sejauh mana undang-undang dapat menyelesaikannya.

d) Sekatan Pasifik
Pada masa perang, sekatan pelabuhan ke atas negara yang berperang oleh Tentera Laut adalah umum. Bagaimanapun sekatan ke atas pasifik adalah tindakan yang digunakan dalam masa perdamaian. Kadang-kadang sekatan ini diklasifikasikan sebagai satu pembalasan yang dirancang untuk memaksa negara yang disekat pelabuhannya untuk memenuhi permintaan negara yang menyekat. Beberapa pihak berkuasa telah dipersoal tentang kesahannya.

            Ada kelebihan tertentu dalam sekatan pasifik. Ia adalah lebih sedikit kekerasannya daripda peperangan. Dengan kata yang lain, sekatan adalah lebih baik daripada pembalasan dan biasanya Negara yang lemah akan dikenakan sekatan ini. Itu adalah pendapat daripada Institusi Sekatan Pasifik bahawa yang mariti yang mempunyai kekuasaan akan berusaha untuk mengelakkan beban dan kesulitan peperangan (J.G Starke 1984 : 523)


1 pendapat:

Unknown said...

salam.. boleh saya bertanya.. buku rujukan apa yg saudari gnakan utk isu ini???

Post a Comment

syukran kasiran