Monday, March 28, 2011

Pertelingkahan Antarabangsa- Islam

PERTELINGKAHAN ANTARABANGSA DALAM ISLAM

4.1 Definisi
Di bawah Undang-Undang Jenayah Antarabangsa  Islam mendefiniskan pertelingkahan atau permusuhan antara negara (aggression) adalah suatu tindakan atau bukan tindakan secara terang atau sebaliknya yang menuntut kepada pengadilan terhadap kebebasan dan keselamatan sesebuah negara. Ia termasuklah pertelingkahan yang membawa maksud dari sudut pemikiran dan serangan tentera atau salah-satu dari kedua-duanya.[1] Skop pertelingkahan dalam undang-undang Jenayah antarabangsa Islam adalah agak luas dalam sistem perundangan jenayah antarabangsa. Hal ini kerana terdapat dua jenis pertelingkahan yang merangkumi pemikiran atau idealogi dan serangan tentera.

            Islam juga membenarkan peperangan pada sesetengah situasi untuk menegakkan agama atau intuk memberi perlindungan terhadap hak-hak manusia yang tidak mendapat keadilan.[2]

4.2 Cara Penyelesaian Pertelingkahan Dalam Islam
Setiap pertelingkahan atau perselisihan yang berlaku mestilah dileraikan menggunakan beberapa metod. Dalam usaha untuk meleraikan pertelingkahan, kita hendaklah mengenalpasti punca perbalahan antara kedua-dua pihak berdasarkan situasi yang sesuai.[3]
 
 (a) Penyelesaian Perdamaian
Perdamaian amat penting dalam perundangan Islam. Firman Allah dalam al-Quran:

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
 (Surah al-Baqarah: 2: 190)
 
b) Perdamaian Melalui Perjanjian
Istilah perjanjian dalam bahasa Arab lazim disebut  عقد berasal dari عقد يعقد -  عقدyang bererti mengikat, mengumpulkan.[1] عقد yang asal katanya berarti mengikat, mengumpulkan ini pengertiannya adalah “mengumpulkan dua tepi tali dan mengikat salah satunya dengan yang lain hingga bersambung, lalu keduanya bersambung menjadi sebagai sepotong benda.[2] Dalam istilah lain, Ahmad Azhar Basyir mendefinisikan akad sebagai berikut:[3]
“Suatu perikatan antara ijab dan kabul dengan cara yang dibenarkan syara’ yang menetapkan adanya akibat-akibat hukum pada objeknya. Ijab adalah pernyataan pihak pertama mengenai isi perikatan yang diinginkan sedang kabul adalah pernyataan pihak kedua untuk menerimanya”.

Dengan memperhatikan pengertian-pengertian di atas, dapat diketahui bahawa akad merupakan suatu perbuatan yang sengaja dibuat oleh dua belah pihak berdasar kesediaan masing-masing dan mengikat pihak-pihak di dalamnya dengan beberapa hukum syara’ yaitu hak dan kewajiban yang diwujudkan oleh akad tersebut.

 Buktinya, dalam termeterainya Perjanjian Hudaibiah pada bulan Zulkaedah tahun ke-6 Hijrah. Hudaibiah adalah sebuah kampung yang terletak berhampiran Kota Mekah.  Disinilah dimetrikan perjanjian damai yang membawa kepada gencatan senjata di antara umat Islam dengan kafir Quraisy Mekah  dinamakan Perjanjian Hudaibiyah. Antara persiapan yang telah dilakukan oleh Rasulullah ialah melantik pengawal keselamatan yg terdiri daripada penunggang kuda dan melantik Bisyr b Sufian dari kabilah Khuzaah sebagi perisik utk meninjau reaksi Musyrikin Quraisy terhadap kedatangan rombongan Rasulullah  S.A W. Selain itu, baginda juga telah berusaha mengelak peperangan  dengan memilih penyelesaian secara diplomasi. Kebijaksanaan Rasulullah telah ditunjukkan dengan baginda sentiasa bermesyuarat dengan sahabat dalam membuat sesuatu keputusan ketika perjalanan. Kesemua perkara ini telah menunjukkan bahawa Rasulullah seorang yang berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan terutama  apabila berunding dengan kaum musyrikin.

c) Perdamaian Melalui Orang Tengah
Orang tengah termasuk pertubuhan atau individu yang dipilih oleh kedua-dua belah pihak yang bertelingkah (arbitration) atau orang tengah yang bertindak sebagai pemutus keputusan dalam mendamaikan pihak yang bertelingkah (mediation). Pada situasi kedua, lazimnya pihak yang bertelingkah tidak dapat memilih orang tengah dengan persetujuan antara satu sama lain.[4] Sebagaimana Allah telah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Maidah: 5:8)

            Di samping itu, Nabi Muhammad s.a.w juga pernah memainkan peranan sebagai pengantara bagi menyelesaikan masalah perletakkan batu hajar al-aswad. Pertelingkahan yang wujud antara dua pihak tersebut dileraikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan Baginda mencadangkan setiap penjuru kain yang dipegang oleh ketua suku yang bertelingkah. Manakala dari sudut ijma’ pula turut bersepakat bahawa pengantaraan orang tengah adalah sebagai salah-satu cara penyelesaian pertelingkahan yang bersifat perdamaian.[1]

d) Perdamaian Melalui Pemilihan
Secara prinsip ada tiga model pilihan yang dapat digunakan untuk menggali nilai-nilai perdamaian dalam Islam, yakni metod normatif, metod sejarah, dan metod reflektif. Metod normatif adalah menggali nilai-nilai perdamaian dalam Islam secara deduktif dari sumbernya iaitu al-Quran dan sunnah. Metod sejarah adalah menggali nilai-nilai perdamaian secara induktif dari sejarah Islam (termasuk sirah Nabi). Manakala metod reflektif pula merujuk kepada penggalian nilai-nilai perdamaian dalam Islam untuk menciptakan perdamaian, sebagai contoh, peristiwa pembangunan semula kaabah dan peristiwa penaklukan kembali Mekah (fathu makkah) pada 630H.[2]

e) Penyelesaian Kekerasan Melalui Perang
Islam melakukan segala kebaikan yang mungkin dilakukan dan terpaksa bersikap lebih tegas kepada pengkhianat. Dalam menyampaikan dakwah, metod informative hendaklah didahulukan daripada jalan kekerasan. Terdapat dua jenis bentuk kekerasan iaitu peperangan dan pembalasan.[3]

Undang-Undang Jenayah Antarabangsa Islam membenarkan perang hanya kepada situasi yang tidak dapat dielakkan dengan cara yang lain selain melancarkan serangan ke atas negara tersebut. Serangan itu adalah bersifat tindakan pertahanan terhadap hak yang dicerobohi.[4]

Peperangan adalah salah satu bentuk kekerasan yang hanya dibolehkan apabila tujuannya adalah untuk menegakkan keadilan. Keizinan untuk berperang dengan menggunakan kekuatan senjata diberikan dalam Islam tetapi sifatnya adalah secara defensive (bertahan).[5] Firman Allah S.W.T dalam al-Quran:
 
Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, Kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu.
(Surah al-Hajj: 22: 39)

            Ketidakadilan, kezaliman atau penganiayaan merupakan alasan yang kuat bagi kaum Muslimin dengan terpaksa mengangkat senjata. Antara sebab-sebab yang membolehkan perang adalah untuk mempertahankan masyarakat dan melindungi orang yang dianiaya pada umumnya. Undang-undang Islam menjelaskan bahawa mengangkat senjata bagi kaum muslimin diperbolehkan sekiranya bermotif iaitu demi menyelamatkan agama Islam, mempertahankan, memelihara, menyatupadukan masyarakat Islam dan lain-lain.[1]

 f) Kekerasan Melalui Pembalasan
Qisas bermaksud melakukan tindakan sama yang berbentuk serangan fizikal terhadap seseorang seperti yang dilakukannya terhadap orang lain.[2] Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud:
“perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan Ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (Surah at-Taubah: 9: 36)


[1] Imam Munawir. 1984. Sikap Islam Terhadap Kekerasan, Damai, Toleransi dan Solidaritas. Hlm 78
[2] Dr. Mustofa Al-Khin. Dr. Mustofa Al-Bugho. Ali Asy-Syarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 8. Pustaka Salam Sdn.Bhd.  Kuala Lumpur. Hlm 1937.


[1] Farhad Malekian. 1994. The Concept Of Islamic International Criminal Law. Academic Publisher Group. London.    Hlm 51.
[2]  Abdullah Aly dkk. 2010. Pendidikan Perdamaian Berdasarkan Islam. Pusat Studi Budaya dan Perubahan Sosial. Jakarta. 23 Febuari
[3] Imam Munawir. 1984. Sikap Islam Terhadap Kekerasan, Damai, Toleransi dan Solidaritas. Hlm 71
[4] Farhad Malekian. 1994. The Concept Of Islamic International Criminal Law. Academic Publisher Group. London.    Hlm 51.
[5] Imam Munawir. 1984. Sikap Islam Terhadap Kekerasan, Damai, Toleransi dan Solidaritas. Hlm 69


[1]Ahmad Warson Munawwir. 1997. al -Munawwir Kamus Arab Indonesia Terlengkap. (Surabaya: Pustaka     Progressif, 1997), hlm.953.
[2] T.M. Hasbi ash- Shiddieqy. 1997.  Pengantar Fiqh Mu’amalah, cet. I, (Semarang: PT. Pustaka Rizki Putra, 1997), hlm.26.
[3] Ahmad Azhar Basyir. 2000. Asas-Asas Hukum Muamalat.  (Yogyakarta: Universitas Islam Indonesia Press, 2000), hlm. 65.
[4] Farhad Malekian. 1994. The Concept Of Islamic International Criminal Law. Academic Publisher Group. London.    Hlm 50.


[1] Farhad Malekian. 1994. The Concept Of Islamic International Criminal Law. Academic Publisher Group. London.    Hlm 48.
[2] Farhad Malekian. 1994. The Concept Of Islamic International Criminal Law. Academic Publisher Group. London. Hlm 49.
[3] Imam Munawir. 1984. Sikap Islam Terhadap Kekerasan, Damai, Toleransi dan Solidaritas. Hlm 15

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran