Monday, March 28, 2011

LION = brave

telah lama rasanya meninggalkan skyjamil, apa kan daya kekangan-kekangan masa yang mendesak dan juga keadaan semasa yang memberi tekanan sekaligus menghilangkan rindu pertemuan bertaut di ruangan ini, maaf kepada yang sudi hadir ke blog skyjamil, ana tidak berkesempatan untuk membuat ziarah kembali walaupun ana menyedari kehadiran dan jejak kalian..

''LION OF DESSERT''

ia adalah tema bagi program muslimat anjuran badan dakwah, pengertian di sebalik tema ini adalah amat bermakna bagi seorang mujahidah yang ingin berdiri kukuh pada perjuangannya, keyakinan serta kekuatan adalah gabungan yang diperlukan dalam jalan ini di samping istiqamah yang setia pada tuannya,
mengambil ibrah daripada perjuangan mujahidin-mujahidin yang kental adalah suatu pandangan yang menginsafkan diri, ia juga menyedarkan bahawa kita masih kecil dalam mengorbankan jiwa dan raga untuk agama, apakah yang menghalangnya? pasti kita juga pernah terfikirkan soalan ini.. jawapannya adalah satu iaitu

KEBERANIAN BERLANDASKAN KEIMANAN
benarlah kata seorang ustaz pada ceramahnya, bahawa Islam hampir dapat menakluki seluruh pelusuk dunia pada suatu masa dulu kerana keimanan yang kental pada Allah, oleh itu jika kita ingin mengembalikan semula Islam pada kedudukannya maka jalan yang sama adalah inisiatif utama atau model tauladan yang perlu diterapkan, sebagaimana himpunan kalamullah dalam surah al-mukminun


قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ

maksudnya:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. 

besar cabaran untuk bermujahadah pada ayat ini walaupun hanya tiga ayat sahaja namun ia seolah memerlukan tiga kilogram kekuatan untuk istiqamah padanya, hanya satu yang dapat mendorong kita menjunjung ayat ini sebagai rutin harian peribadi, iaitu kecintaan pada Yang Esa serta kesyukuran sebagai hamba atas pinjaman nikmat-nikmat-Nya,

kini, serangan fikiran menerjah umat Islam, sehingga mereka melihat sesuatu itu adalah ringan dan remeh, sebagai contoh yang paling luas adalah dunia fesyen yang kian membiak pantas mengerumuni wanita-wanita, kemudian disandarkan bahawa fesyen muslimah moden, sedangkan Islam dan ciri pemakaian diabaikan, tapi umat Islam tetap bisa menerima penipuan atau kejahilan designer-designer ini? mengapa?
kerana nafsu yang tidak dibendung, itulah jawapannya....

ana tidak menafikan, fesyen itu sangat menarik namun adakah sanggup kita menolak agama hanya untuk mendapatkan pujian masyarakat? adakah berbaloi pujian itu pada kita sedangkan segalanya yang kita punya adalah pinjaman, malah segala yang kita tonjolkan mungkin bergantung pada make-up atau seumpamanya,

LION

inilah masa LION-LION mengaumkan kebenaran, bersatu mendalami ilmu-ilmu supaya dapat menyampaikan pada saudara-saudara kita yang masih diburu kekeliruan pada fesyen dan nafsu, atau mungkin menjadi designer baru yang lebih menepati hukum-hukum syarak, jangan pernah lemah walaupun kita ditinggalkan oleh insan yang bergelar sahabat, yakinlah pada Allah yang sentiasa dekat dan hampir untuk menemani hari-harimu sebagaimana terpatrinya janji-Nya dalam kitabullah surah al-baqarah ayat 186

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ (١٨٦



maksudnya

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 


betapa ayat ini memujuk serta menjadi pengubat di saat lemah dalam menjadi LION  OF DESSERT, 


wallahua'alam bissawab

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran