Monday, March 28, 2011

intro - Undang2x Antarabangsa


WHAT IS INTERNATIONAL LAW?

Undang-undang Antarabangsa boleh ditafsirkan sebagai satu badan undang-undang yang mengandungi prinsip dan peraturan perlakuan yang membuatkan negara-negara di dunia berasa terikat untuk mematuhinya dan biasa dipatuhi dalam hukuman antara mereka. Oleh yang demikian, undang-undang antarabangsa merupakan sekumpulan peraturan yang mengatur perhubungan di antara negara serta menentukan hak dan kewajipan bagi setiap negara dalam keadaan damai atau perang. Ia bersifat peraturan yang mengatur hubungan antarabangsa untuk mengelakkan diri daripada pertelingkahan. 


            Oleh yang demikian, peraturan yang dijelmakan kepada undang-undang antarabangsa mestilah dikuatkuasakan oleh suatu kuasa perundangan dan semestinya oleh suatu badan pelaksana (eksekutif) yang berkuasa menentukan ia dipatuhi semua negara. Negara yang melanggar undang-undang ini samalah seperti menafikan hak dunia untuk hidup aman dan mesti diikuti dengan pengadilan dan hukuman (Ahmad Termizi Adullah 2009 : 21 ).


            Perkembangan undang-undang antarabangsa bersumberkan suatu amalan yang dilakukan berulang kali, persetujuan serta perjanjian yang dimeterai dan norma prinsip yang dihormati. Ketiga-tiga unsur ini adalah satu tradisi dalam proses perkembangan kehidupan manusia bernegara sejak zaman dahulu hingga zaman pertengahan (Ahmad Termizi Adullah 2009 : 22 ). 


            Sumber undang-undang antarabangsa boleh dibahagi kepada dua pandangan, iaitu sumber undang-undang antarabangsa menurut barat dan sumber undang-undang antarabangsa menurut Islam. Kedua-dua sumber berkenaan mempunyai penjelasan dan pengkelasan tersendiri mengenai sumber undang-undang antarabangsa.


2.0       SUMBER UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA BARAT

Sumber material undang-undang antarabangsa mungkin boleh didefinisikan sebagai aktual material daripada peguam antarabangsa yang menentukan peraturan yang berlaku untuk situasi tertentu. Sumber-sumber material ini terbahagi kepada lima kategori, iaitu (J.G Starke 1984 : 31) :
1.         Adat / Amalan Antarabangsa
2.         Perjanjian-perjanjian
3.         Prinsip-prinsip Am Antarabangsa yang diiktiraf negara bertamadun
4.         Keputusan Kehakiman
5.         Pendapat Pakar Antarabangsa

Undang-undang Antarabangsa sama seperti undang-undang ciptaan lain yang mana hanya akan diterima sekiranya berasal dari sumber yang diterima. Namun demikian, Undang-undang Antarabangsa tidak sama seperti yang digubal di Parlimen yang dilakukan oleh badan legislatif. Penggubalan Undang-undang Antarabangsa tidak melalui proses yang sama seperti undang-undang yang digubal di Parlimen (Steven Wheatley 1996 : 34).

Persoalan yang timbul di sini, bagaimana Undang-undang Antarabangsa ini tercipta sekiranya tidak ada Parlimen Antarabangsa untuk menguasai dan melaksanakan mana-mana undang-undang Common Law yang menerajui Undang-undang Antarabangsa?

Jawapannya adalah merujuk kepada Artikel 38 Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang membincangkan mengenai peraturan Antarabangsa dan berfungsi untuk memutuskan perkara yang diajukan kepadanya. Undang-undang ini akan merujuk kepada (Steven Wheatley 1996 : 34) :

a)         Perjanjian-perjanjian/Konvensyen Antarabangsa, sama ada secara umum atau khusus, menetapkan peraturan tegas dengan diakui negara peserta;
b)         amalan antarabangsa/adat, sebagai bukti dari amalan umum diterima sebagai undang-undang;
c)         Prinsip-prinsip Am yang diakui oleh negara-negara bertamadun/beradab;
d)         Merujuk kepada Artikel 59, keputusan kehakiman dan pendapat pakar undang-undang yang paling berkualiti dari pelbagai bangsa

Tiga perenggan pertama dikenali sebagai sumber formal manakala perenggan keempat dikenali sebagai sumber material. Sumber formal merupakan apa itu undang-undang bagi sesebuah negara manakala sumber material pula ialah di mana undang-undang boleh dijumpai (Rebecca Wallace 2006 : 4).

Artikel 38(1) menetapkan suatu prosedur di mana (Rebecca Wallace 2006 : 4) :
·         Apa-apa perjanjian yang berlaku antara pihak-pihak mesti diterapkan;
·         Jika tiada apa-apa perjanjian, maka amalan/adat antarabangsa diterapkan;
·         Jika ianya tiada perjanjian mahupun amalan antarabangsa, maka prinsip-prinsip am diterapkan;
·         Jika tidak wujud suatu pun dari keempat-empatnya, maka keputusan kehakiman/mahkamah antarabangsa dan pendapat pakar undang-undang diaplikasikan.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran