Thursday, March 31, 2011

Ibrah Tsunami/ nuklear -Jepun

30/3/2011- RABU- DEWAN ANWAR MAHMUD, UKM- berlangsungnya satu perkongsian ilmu yang besar anjuran persatuan mahasiswa lantikan baru sejak pilihanraya lepas, kupasan isu mengenai Jepun dilanda tsunami pada tanggal 11 mac 2011 yang lalu bukan sekadar pembuktian bencana alam kepada negara Jepun, namun ia menuntut masyarakat seluruh dunia untuk mengambil ibrah darinya. tajuk yang disuarakan pada perbincangan malam ini adalah bersandarkan tajuk DILEMA JEPUN: TSUNAMI DAN NUKLEAR, dari tajuk dapat dirasakan bahawa terdapat dua sudut yang luas dibincangkan iaitu pada pandangan kejadian tsunami itu sendiri dan seterusnya menyentuh perihal letupan loji nuklear milik Jepun.



dari pendengaran ana sebagai jurusan bidang syariah pastilah sukar untuk memahami dengan cekap proses kejadian tsunami yang dibincangkan, namun secara ibrahnya, mungkin dapat diringkaskan bahawa, kejadian tsunami adalah sinonim dengan gempa bumi, keadaan di Jepun adalah diluar jangkaan masyarakat Jepun kerana gegaran tersebut meletakkan status panik kepada mereka berbanding keadaan gempa bumi sebelumnya, namun ana agak tertarik dengan kupasan pada sudut letupan nuklear yang berlaku.

tapi malu untuk ana kongsikan kerana takut tersalah fakta, bidang sains telah lama meninggalkan kotak fikiran ana, apatah lagi sudut pembelajaran yang luas pada letupan nuklear, namun apa yang dapat dikongsikan, letupan loji nuklear adalah disebabkan kumpulan hidrogen yang dibentuk oleh reputan bahan radioaktif, keadaan reaktor nuklear setelah terkena air banjir akan shut down by itself, dan tugas utama selepas keadaan itu adalah menyejukkan keadaan bahan radioaktif dalam reaktor, namun disebabkan keadaan semasa yang menghalang maka generator tambahan tidak dapat dihantar kepada reaktor tersebut lalu mereputkan bahan radioaktif yang membentuk hidrogen lalu meletupkan bumbung atas reaktor. menurut panel lagi, kerajaan Jepun ingin menghentikan reaktor nuklear yang meletup itu sepatutnya pada 26 mac 2011, namun tanpa dijangka tsunami telah melanda dan ia telah meroboh reaktor tersebut.


satu lagi info yang menarik untuk dikongsikan ialah ranking tsunami yang tertinggi semenjak tahun 1900, dan Jepun adalah ranking keempat diikuti Acheh, kedua, negara Chili, dan pertama ialah Alaska. walaupun Jepun menawan ranking keempat selepas kejadian 2004 di Acheh, namun angka kematian di Acheh adalah jauh dari Jepun dan panel menyifatkan bahawa teknologi Jepun telah membantu negara itu mengurangkan kadar kematian, malah gaya hidup masyarakat Jepun yang harus dipuji walaupun kesusahan akibat tsunami membelenggu kehidupan mereka. ia adalah sesuatu yang tidak terbentuk dalam masa yang singkat sebaliknya memerlukan kerjasama yang lama dalam melahirkan generasi sebegitu,


panel juga ditanya tentang perkaitan tsunami dan Malaysia, menjawab persoalan tersebut satu perkara utama yang dilahirkan iaitu kesyukuran. rakyat malaysia amat beruntung kerana ombak tsunami kurang merencam negara ini, hal ini kerana Malaysia berada pada kedudukan yang jauh dari Lingkaran Api Pasifik yang lebih berisiko tinggi pada ombak tendangan tsunami. di samping itu juga, dataran Sunda yang berhampirang dengan Malaysia telah mengurangkan kelajuan dan kekuatan ombak tsunami yang mengamuk di lautan, hal ini dapat dibuktikan apabila pada tahun 2004 kejadian tsunami terbesar yang melanda Acheh, keadaan di beberapa buah negeri di Malaysia adalah tahap yang jauh lebih baik berbanding kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh negara lain terutama Acheh. oleh yang demikian, panel mengakhiri kupasannya dengan menyatakan bahawa Malaysia mempunyai masa yang cukup untuk menyelamatkan diri jika darjah tsunami dikesan.



perbincangan dilanjutkan dengan kenyataan yang bahawa malaysia mengalami bencana alam lain yang lebih kronik iaitu banjir, tanah runtuh dan ribut. namun panel juga menafikan bahawa kejadian banjir yang seringkali mencatat ranking yang tinggi sebagai bencana alam yang melanda malaysia adalah banyak berpunca daripada kelemahan manusia sendiri atau bukan bersifat senulajadi semata-mata. hal ini dapat dibuktikan apabila kejadian banjir seringkali melanda tempat yang sama pada setiap tahun. oleh yang demikian, pembangunan terutamanya perumahan perlu dikaji semula, bukan hanya kemajuan yang dikejar tapi keadaan muka bumi juga pelru dipelihara, andai kata kemajuan bersusun namun tidak dapat mengurangkan kadar bencana alam pasti kemajuan itu tidak dapat disifatkan kemajuan.

sebelum perbincangan ditutup, panel juga mengingatkan bahawa bencana yang lagi berat untuk dibendung adalah pada diri masyarakat setempat sendiri. perasaan hasad dengki pada sesama sendiri, dan seumpamanya adalah perlu dilupuskan dan Jepun adalah negara yang wajar dicontohi, mereka sanggup beratur mendapatkan makanan walaupun pada masa kesusahan akibat tsunami, masyaAllah...bagaimana masyarakat seperti itu boleh dilahirkan? andai mereka boleh maka tiada sebab kita tidak boleh memupuknya melainkan dengan cara menghilangkan busuk hati dan saling hormat-menghormati yang tinggi antara masyarakat, dalam dakwah Hasan Al-Banna adalah yang diterapkan adalah meninggalkan pertengkaran dan perbalahan lebih baik..

majlis disudahi dengan jamuan bihun, dan terima kasih pada persatuan mahasiswa yang baru, menjana minda mahasiswa yang intelektual bak kata moderator, pengerusi, dan penyampai ucapan yang lain, ayat yang sama ja..ada satu lagi isu yang menarik iaitu LIBYA, pensyarah kuliah antarabangsa telah memberi komentar beliau, ada masa ana akan kongsikan dan abadikan dalam skyjamil..insyaAllah,

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran