Tuesday, February 22, 2011

Gempak PRK 2011


21 FEBUARI 2011- pemilihan calon bagi mewarnai amanah dalam badan Majlis Pewakilan Pelajar pada kali ini adalah julung-julung kali berlaku dalam sejarah pilihanraya kampus di UKM selama ana bergelar mahasiswi  kampus ini, bagai sebuah mimpi yang hinggap saat tertidur kemenangan ini akhirnya menjengah menjadi seketul realiti yang mampu dibanggakan, walaupun berita tersebut amat menyentakkan keadaan namun ia hanya objek dan bukan subjek yang harus difikirkan oleh calon-calon yang telah manaburkan janji-janji pada manifesto pemilihan mereka, jadi apa yang lebih diutamakan perlu didahulukan iaitu memikirkan pelaksanaan amanah atau janji yang mereka perjuangkan sehingga berjaya menakluki 22 kerusi berbalas 15 kerusi bagi pihak ASPIRASI.
bagi calon GMUKM, anda adalah tidak sama dengan calon perwakilan sebelum ini jika ayat dari surah al-zalzalah menjadi ''warning'' buat anda, kerana sesungguhnya Allah telah berfirman:


فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨
 
maksudnya:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!  (8) 


anda takkan terlepas dari nilaian Allah jika wang yang menyara anda dalam kemenangan ini dibalas dengan se-gah bunyi laungan kebanggaan sahaja, laksanakan tanggungjawab dan buktikan kata-kata perjuangan anda yang ana dan mahasiswa lain mempercayai bahawa anda memahami konsep pemimpin yang diajar oleh Allah..dan jangan sesekali memudarkan kepercayaan ini kerana kita hanya menyatu apabila Allah sebagai wasilahnya, harapan ana pada kalian adalah moga kalian tidak mudah goyah dengan sketsa laungan tapi gerakkan serta hidupkan kembali Islam di kampus ini, kita akan sama-sama berjuang hingga ke titisan darah terakhir!





SEKILAS PENDAPAT PADA KEMENANGAN GMUKM
mulanya ana mengakui kelemahan diri sebagai pengkritik politik kampus tapi ana meletakkan diri sebagai pemerhati yang melihat kejadian yang berlaku sekitar pilihanraya ini, sememangnya ketidak-adilan berlaku terhadap calon-calon GMUKM semasa menjalankan kempen, namun mereka memiliki penyokong yang kental dan sentiasa menyediakan masa untuk membantu kempen calon-calon mereka biarpun pelbagai halangan yang disusun ASPIRASI, tapi ketidak-adilan itu tidak bisa menggugat keyakinan bahawa Allah itu Maha Kuasa dan tiada kuasa lain yang bisa mengalahi-Nya, berbekal kekuatan itu, langkah tanpa jemu terus disusun oleh GMUKM agar mahasiswa jelas untuk membuat pemilihan dalam menerajui Majlis Perwakilan, di samping itu, gaya hidup yang ditonjolkan oleh calon-calon GMUKM juga merupakan satu bonus bagi menggamit kepercayaan terhadap mereka untuk memegang amanah ini..

sebaliknya, keadaan ini sangat kurang diterapkan dalam badan ASPIRASI, dalam flyers yang diberikan telah terselit kesalahan agama yang diremehkan, iaitu bersalaman antara lelaki dan perempuan, mungkin keadaan tersebut tidak diambil perhatian kerana anggapan pada situasi kebiasaan telah sebati dalam pergaulan mereka, seterusnya, berkenaan manifesto-manifesto yang dilakarkan oleh calon-calon ASPIRASI adalah sangat tinggi sehingga pengundi bisa meragui kebolehan mereka untuk melaksanakannya, oleh yang demikian, kemenangan GMUKM adalah bonus pelepasan buat ASPIRASI seandainya mereka adalah golongan yang memikirkan ''timbangan Allah'' di akhirat kelak..

lazimnya, kemenangan berpihak kepada ASPIRASI, dan GMUKM akan menyediakan respon seperti demontrasi, perhimpunan, serta sudut pidato atau debat bersama pihak pengurusan atau pihak ASPIRASI berikutan kekalahan terhadap mereka, sebagai contoh, pada semester lepas, GMUKM mendesak kiraan semula undi terhadap beberapa fakulti, namun ana yakin keadaan itu tidak akan dilakukan oleh GMUKM pada kali ini, tapi mungkinkah ASPIRASI?
sehingga saat ini, tiada kedengaran suara bangkang ASPIRASI berhubung keputusan pilihanraya kali ini, persoalannya kenapa? ana sediakan 2 spekulasi yang difikirkan relevan bagi menjawan situasi ini..pertama ASPIRASI menerima kekalahan mereka dengan redha dan tiada syak-wasangka terhadap pengiraan undi biarpun sebelum ini kemenangan adalah milik mereka,..dan yang kedua pula, ASPIRASI tiada penyokong yang sanggup bersama-sama mereka menuntut penyataan terhadap sebarang kecurigaan terhadap undian, penyokong ASPIRASI selama ini hanyalah pihak pengurusan yang belot, atau penyokong ASPIRASI hanya penyokong yang berkepentingan peribadi,

walau apapun, spekulasi yang hadir, ini adalah peluang keemasan buat GMUKM mengatur langkah perjuangan mereka agar UKM akan menjelma sebagai universiti yang mampu dibanggakan sama ada dari segi mahasiswanya mahupun prasarananya sebagai universiti tempatan, respon ASPIRASI tidak penting untuk difikirkan atau diambil ''port'' sebaliknya pelaksanaan manifesto dan perubahanlah yang mahu dilihat dan dirasai oleh mahasiswa serta mahasiswi UKM dengan kemampuan yang diperjuangan oleh calon GMUKM, mahasiswa produktif adalah mahasiswa yang banyak mengeluarkan buah idea serta peka dengan keadaan semasa, inilah yang ana pelajari dari GMUKM selain daripada semangat yang tidak pernah luntur biarpun klorox ugutan dihamburkan oleh ASPIRASI dan komplot pengurusan..buktikan keadilan pada mahasiswa! berGM memangkin keadilan dan pembangunan! jika Islam menjadi rujukan..



HARAPAN
harapan ana, calon serta penyokong GMUKM tidak angkuh dengan kemenangan ini, kerana ia adalah ujian dari Yang Maha Esa untuk GMUKM mengotakan janji dan buktikan perjuangan mereka adalah benar sebagaimana yang dilaungkan, Allah menuntut janji itu dengan memberi peluang dari kemenangan ini, moga Islam dan qudwah hasanah dari Islam dapat diterbitkan dari kemenangan GMUKM, 




KITA HANYA DAPAT BERSATU JIKA ALLAH ITU MENJADI SANDARAN, KERANA HATI INSAN DIBAWAH KUASA ALLAH DAN MANUSIA TIDAK SEDIKIT PUN MAMPU MEMBOLAK-BALIKKANNYA, 




BANGUNKAN ISLAM, TEGAKKAN KEADILAN! KITA MUSLIM PROFESIONAL!

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran