Friday, February 18, 2011

Dedikasi buat Mak

18 FEB 2011- JUMAAT- ini adalah wasiat seorang anak kepada mak, iaitu insan yang banyak berkorban bukan hanya jiwa dan raga tapi segala yang dimilikinya untuk membesarkanku sehingga kini aku mampu berdiri menghadap hari, sungguh aku tak berdaya untuk menahan air mata untuk melafazkan kata ini kepada mak, jadi ku semadikan dalam blog ini agar suatu hari nanti, ada yang bisa mendengarkan luahan ini pada cuping mak, mungkin usia ku sudah tidak banyak bakinya, entah bila akan tersisa, entah bila akan terpatri janji-janji itu, sungguh aku tidak tahu, namun di saat kesempatan ruang masa yang memberi peluang untuk ku lafazkan pada mak, maka dengarkanlah wahai mak, ini adalah tulus dari tempat paling dalam hatiku..



'' pertamanya, terima kasih yang tidak terhingga untuk ucapkan kat mak, sebab sudi melahirkan aku dan menjaga aku sejak aku bergelar bayi sehingga aku bergelar seorang remaja, mungkin kematian untukku semakin hampir, aku sangat bimbang andai aku tidak berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih pada mak..aku juga sangat sayangkan mak, walaupun dulu aku tak pernah ingin menghargai mak kerana aku tidak mengerti, bagi aku mak hanya lah mak, tapi ternyata aku silap, mak itu terlalu bernilai dari segunung emas, dari segunung buku serta selaut kekasih atau kawan, aku tak bisa mencari ganti mak, biarpun sejuta kali nyawa aku ditiup semula, terima kasih mak! kerana mengajarku erti sabar dan susah, aku sangat menyesali layanan ku padamu dulu, sungguh mak, aku tak mengerti susahnya dirimu menjaga dan melahirkanku, kini aku telah sedar..bahawa engkaulah antara nikmat yang disediakan Allah untuk aku,

mak, andai aku tersalah kata, dan tersalah laku, apakan daya ku untuk tembus dosa-dosa silamku, maafkan aku, aku lah insan yang tidak tahu bersyukur kerana kau masih disisi dan bisa ku lihat lagi, maafkan salah dan silapku, aku sangat-sangat mengharap belas-maaf dari mak, agar aku adalah antara yang dinaungi redha Allah yang ku damba, mak...hulurkanlah doa untuk ku saat aku tiada lagi dihadapanmu, untuk menjagamu kembali, maafkan aku andai aku pergi dulu sebelum sempat aku, membalas segala budi dan jasamu padaku..ku hiasi kalamku dengan air mata ini sebagai bukti kebenaran kataku ini...

andai waktu telah memanggilku, jangan kau sedihkan hatimu lagi, kerana sesungguhnya aku terlalu sedih kerana tidak menjagamu saat hidupmu, simpanlah rinduku ini bersama lafaz sayang yang ku ikhlaskan buat mak, terima kasih atas segalanya, aku rasa tidak cukup kalimah terima kasih untuk aku hidangkan pada mak, tapi apakan daya..kudrat ku hanya itu,
andai waktu mengizinkan untuk aku berbakti padamu, pilihlah aku sebagai anak yang kau mahu berada di sisimu, untuk mendengar nasihat mak, untuk menyuapkan nasi ke mulut mak, untuk mencium dahi mak, dan untuk sentiasa bersedia berbakti padamu dengan segala kudrat yang Allah kurniakan buatku,

mak..ketahuilah aku sangat bangga dan bahagia bersama mak, dan hidup sebagai anak mak, aku sangat bahagia! dan bersyukur kerana kau lah mak aku..alhmdullillah.

cukuplah sampai di sini ku titipkan pada mak, hulurkan doa pada ku saat kau mendengar luahan yang ku lakarkan ini, aku sangat menyayangimu..percayalah, aku akan cuba menjadi anak yang kau impikan biarkan seribu luka ku telan kerana lukaku tidak separah derita mak saat dulu...maafkan aku, mak, maafkan aku, maafkan aku..
terima kasih kerana melahirkan
terima kasih kerana sudi menjaga
terima kasih kerana segalannya............................

anakmu
SHARIFAH NORA BINTI ASRI
-hamba milik-Nya-

2 pendapat:

thekerudungungu said...

sedih la acu ni..tingat plak mak kt malaysia huhu

skyjamil said...

ha..cepat blek klu camtu..hehe

Post a Comment

syukran kasiran