Monday, February 7, 2011

2x5= hipokrit cinta


kring!! kring!! kring!!
---hello..ada pa hal lagi ko tepon aku? bodoh la hang ni, kan aku kata aku 'tak mau dah'..hang paham tak?
''tak mau'' bukan limau..klu hang tak paham, p jumpa cikgu hang pastu tanya,
---sekarang kita dah tak dak pa2x..boleh tak hang tak yah cari aku ka, col2x aku ka, pastu yg plg pntg jgn nak nyusahkan kwn- kwn ngan soalan2x hang, lagi satu kwn hang tu..yg dok col2x msj2x aku tu napa?
klu nak habaq kata ''aku suka kat hang''..senang cter aku....
----------------------------------------------------------------------------------------

kasar dan sangat kasar, itulah presepsi yang mendengar dan membaca kata-kata seperti ini, tapi masih ada telinga yang bisa menahan kata-kata ini menjadi juadah untuk disantap, hanya kerana satu sebab iaitu menerima semula rayuan cintanya, secara logiknya mungkin tidak dapat dijamah oleh akal yang waras namun bagi akal yang disokong nafsu semata mungkin akan bertindak demikian..tapi keadaan bertambah pelik apabila keadaan dan hamburan kata-kata sebegini tidak sesekali didengari semasa bercinta dulu, segalanya 'sayang' bak kata pepatah 'lembut gigi dari lidah'..masyaAllah
tidakkah kalian hipokrit?

definisi hipokrit menurut pandangan ramai ialah berpura-pura dari keadaan atau sifat asal..definisi tersebut disokong oleh Kamus Pelajar terbitan DBP 1988 dengan penambahan bahawa hipokrit adalah sama definisi dengan munafik, definisi ini dilanjutkan lagi dengan mukasurat 455 iaitu merujuk kepada munafik yang disertakan dalam pendefinisian awal sebentar tadi..munafik ialah berpura-pura beriman, berpura-pura jujur, berpura-pura setia dan lain-lain tetapi sebenarnya tidak sedemikian, atau bermuka dua,.oleh yang demikian, antara orang munafik dengan manusia hipokrit ada persamaan yang dekat walaupun perbincangan mengenai munafik adalah lebih luas lapangannya,

sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Rasullullah s.a.w bersabda:

''empat perkara yang mana seseorang itu keempat-empatnya berada dalam dirinya, ia adalah seorang munafik tulin. Dan sesiapa ada salah-satu daripada empat perkara tersebut, ia dikira memiliki salah-satu daripada ciri atau sifat munafik sehinggalah ia meninggalkannya. Empat perkara tersebut ialah apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila membuat perjanjian ia melanggar perjanjian atau khianati, apabila bertengkar ia melampau (atau berbuat jahat).''

ulama mendefinisikan nifaq/munafik adalah dikaitkan dengan iman atau nifaq dengan iman, oleh yang demikian, orang munafik adalah mereka yang keluar dari iman dari sudut batinnya namun  mengaku secara beriman dari sudut zahir. sebagaimana ayat dari surah al-Baqarah ayat 8 yang bermaksud:

'' dan diantara mereka ada yang berkata: kami telah beriman kepada Allah dan hari akhirat, pada hal mereka sebenarnya tidak beriman.''

dengan demikian, ulama ahl sunnah membahagikan hukum munafik kepada dua iaitu pertama munafik akidah (munafik tulen) dan kedua adalah munafik dari sudut amal,
 ------------------------------------------------------------------------------

selesai soal pendefinisian hipokrit, kembali kepada niat asal ana menerbitkan posting pada kali ini iaitu merujuk kepada kekasaran dalam berbicara atau mengunakan kata-kata kesat sesama sahabat, teman atau dengan konteks yang lebih luas, sesama masyarakat.. jika kita meletakkan situasi pihak yang mendengar kata-kata kesat yang kita lontarkan pada diri sendiri pasti akan menambah kemarahan dan bukan bertindak menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi, malah mungkin akan menambah kelebaran masalah tersebut, oleh yang demikian, keadaan ini jelas bahawa tiada siapa atau individu mana yang selesa dengan kekasaran dilakukan terhadapnya,  faktor penting yang  menjadi pendorong seseorang bertindak kasar adalah apabila tidak membaca peringatan oleh Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam surah Luqman ayat 19 yang bermaksud:

''Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.''

 ana amat bersetuju dengan praktikal merendahkan suara apabila berkata-kata kerana ana pernah merasakan keamanan yang terbit pada bait-bait kata-katanya apabila suaranya dilembutkan atau direndahkan daripada keadaan orang suka meninggi suara ditambah pula dengan kata-kata kesat..ini adalah fakta, jika anda menolaknya sila sematkan peringatan Allah dalam surah ali-Imran ayat 159 menyatakan bahawa:



فَبِمَا رَحۡمَةٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡ‌ۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَ‌ۖ
maksudnya
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu

langkah seterusnya dalam membentuk peribadi lemah-lembut, sama ada lelaki mahupun perempuan, peribadi ini adalah keindahan yang menyenangkan,..seorang yang berperibadi lemah-lembut adalah kelompok yang berpegang pada surah Taha ayat 44 juga ada mengingatkan bahawa:


فَقُولَا لَهُ ۥ قَوۡلاً۬ لَّيِّنً۬ا لَّعَلَّهُ ۥ يَتَذَكَّرُ أَوۡ يَخۡشَىٰ

maksudnya 
Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut.

penggunaan kata-kata yang baik dan sopan adalah lebih memberi kesan daripada hamburan kata-kata kesat, di samping itu juga, perlu diketahui bahawa kata-kata yang kesat seperti ''bodoh'' jika disopankan maka ''kurang pandai'', walaupun maksud agak sama namun tahap keberangan yang mendengar mungkin lebih minimun, antara contoh lain, ''bengong'' ''siot'' ''bongok''  cuba tukarkan kepada ''teruk la!'' ''buruknya perangai!'' atau ''rosak la!''..mana yang lebih kasar, yang asal atau selepas penukaran, tanya iman dan hati, kerana iman yang benar dan hati yang tersentuh jika label tu disandarkan pada telinga kita..


seterusnya, lemah-lembut sebagai suatu keindahan adalah satu fakta dan bukan dongengan atau pendapat minoriti, ia bukan sahaja menghiasi kata-kata atau bicara, malah ia juga direfleksikan pada langkah jalan, tindak-balas fizikal, pergaulan, pandangan, pakaian, riak wajah, dan sebagainya, semuanya memperlihatkan sama ada seorang yang bersifat kelembutan atau sebagainya..sebagai contoh yang ana ambil dari memandang sahabat-sahabat yang dilabel dengan lemah-lembut, langkah jalan mereka sangat teratur, saat berjalan matanya tidak meliar seperti kalut mencari sesuatu sebalik memperlihatkan ketenangan, penuh dengan adab sopan dalam tindakan, dan sebagainya,


mungkin lemah-lembut sering diselarikan dengan wanita namun ana sangat mengagumi lelaki yang mampu bersikap lemah-lembut dalam mengatur tindakannya, tetapi lemah-lembut lelaki sudah semestinya tidak sama dengan seorang perempuan, kerana ia adalah berkaitan fitrah, dalam pemerhatian ana, ciri-ciri lelaki yang boleh disabitkan lemah-lembut dalam peribadinya ialah menjaga pertuturan kata-kata pada semua orang tanpa mengira kenal atau sebaliknya, tidak terpengaruh dengan emosi semasa walaupun bercakap dengan ex-wife atau sebagainya, tidak mudah mengeluarkan kata-kata mencarut atau kesat, dan paling jelas apabila orang lain tidak mengeluarkan kata kesat padanya...

jelasnya dalam membentuk peribadi lemah-lembut adalah bermula dengan bicara, dan kata-kata..yang lain akan mempengaruhi di samping rasa malu untuk melakukan atau meluahkan perkara yang buruk untuk dipandang apatah lagi didengari..bagi ana, orang yang bersifat lemah-lembut mampu menjadi penawar, kerana apabila ana berasa tertekan atau cuba untuk mengawal marah, ana akan mendekati sahabat-sahabat yang lemah-lembut pada suara dan bicaranya, ia seolah air yang mendinginkan hembusan kemarahan yang membakar..hebat tak peribadi ini? 
di samping itu, lemah-lembut juga merupakan sifat Allah di samping 98 sifat yang lain..iaitu al-Latiff, 



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Wahai Tuhan yang Maha lemah lembut dengan penuh kasih sayang.
- zikirullah -
..................................



0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran