Tuesday, January 18, 2011

sambutlah sedihmu

sedih? kadangkala ada jawapan, dan kadangkala tiada satu pun jawapan yang dapat menjelaskan keadaan mahupun kewujudan, ibarat tetamu yang tidak diundang..namun bagi seorang muslim tiada kesedihan melainkan ia adalah jalan kerinduan untuk meluahkan segala rasa dan kandungan sedih pada-Nya,
untuk mengatasi kesedihan supaya tidak mendatangkan kemudaratan pada kesihatan mental atau perjalanan rutin harian, hal ini kerana kesedihan menghalang seukir senyuman terlukis mesra dibibir insan apabila bertemu ukhuwwah, ia sangat merugikan kerana sahabat- sahabat baru tidak merapati kita, malah sahabat lama akan mula menjauhkan diri dengan alasan untuk memberi ruang kita membina ketenangan semula.
sebaliknya jika kesedihan tidak segera dibendung, mungkin keadaan akan menjadi parah seperti kemurungan, stress, low confident, suffering with small things, and others

oleh yang demikian, wajarnya setiap diri insan itu mempunyai cara tersendiri untuk mengubati dan membawa motivasi untuk dirinya apabila keadaan sedih mula menerjah ruang hatinya..pertama sekali, kita harus mencari teman bicara untuk meluahkan segala kesedihan yang terkurung, jangan sesekali membiarkan ia terus berkabung dalam benak hati dan fikiran kita sendirian, sebaliknya jika ia dikongsi bersama sahabat atau jika wujud masalah seperti sukar mempercayai sahabat untuk menyimpan rahsia anda atau sahabat anda sukar memahami masalah anda..maka ada suatu kuasa yang amat memahami anda kerana Dia adalah pencipta zahir dan batin anda..itulah Allah s.w.t, adukan dan luahkan segalanya, Allah sentiasa memahami..

kedua, lanjutkan doa kepada-Nya supaya dikurniakan ketenangan dalam menghadapi kesedihan tersebut, 'doa adalah senjata bagi orang beriman'
itu bukan hanya sekadar kata- kata tapi ia adalah hadis dari Baginda s.a.w, segala kekuatan adalah milik Allah, jadi jika kita cuba untuk beradu kekuatan dengan sumbernya pasti jawapannya adalah kegagalan atau ketidaksempurnaan serta kekaburan bahkan kelemahan turut berselaput pada diri kita..sudahnya masalah atau kesedihan yang berselubung makin sempit kerana kesombongan diri sendiri untuk mengakui kekuatan itu dari-Nya

ketiga, terima segala punca atau sebab dan musabab yang mengundang kepada kesedihan itu dengan positif, tidak menekan diri dengan kelemahan semata sebaliknya berdoa supaya kekuatan-Nya juga akan memberi sedikit kekuatan pada hati kita untuk terus kental melihat ke hadapan,
''tiada insan yang sempurna....dan ketidaksempurnaan insan bukanlah ertinya kecacatan tapi adalah pengharapan berterusan pada kudrat-Nya''

menjadi insan yang positif adalah sangat beruntung kerana anda bisa menggunakan peluang yang akan datang dan tidak mengabaikan pengalaman masa silam, jadi adakah kita memilih berfikir negatif dari membentuk peribadi positif?

akhir sekali, adalah senyum pada perasaan yang sedih dengan ingatan bahawa kesedihan itu adalah kiriman Allah untuk mendekati-Nya, saat  yang paling bahagia bila Allah memilih kita untuk merasai rindu sejati milik-Nya serta ketenangan dengan sayupan nama-Nya..oleh itu, senyumlah sebanyak momentum kesedihan yang membelenggu dirimu, insyaAllah..akan hadir insan yang menghilangkan kesedihanmu..

jangan biarkan kesedihan terus menutup langkahmu untuk menuju jalan kejayaan bagi seorang mukmin, alangkah ruginya orang yang memilih untuk membela kesedihannya daripada mengubati kesedihan itu sebagai satu aura lain yang bisa meneguhkan sekeping hati, oleh yang demikian, biarkan kesedihan pergi dan sambutlah kedatangannya kerana ia adalah warna- warni kehidupan..



dalam kesempatan ini, ana selaku blogger akan kembali mengusahakan skyjamil's blog..sebagai perkongsian dan pembinaan pendapat, dan ia tidak akan dibiarkan kaku dan beku,
selamat kembali blogging........................

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran