Tuesday, January 18, 2011

Psikologi Personality -Islam


Setandan pisang walaupun berada pada pokok yang sama, namun tidak membawa kepastian bahawa semua buah pisang yang tumbuh juga adalah sama, ada yang buruk, ada yang kecik, ada yang besar, ada yang kembar, dan sebagainya.. kepelbagaian ini juga turut mewarnai seorang manusia dengan manusia lain, perbezaan yang wujud antara manusia merujuk kepada personaliti yang terbiasa dengan dirinya,

perkataan personaliti berasal dari perkataan greek iaitu 'persona' yang membawa maksud topeng, dan Gordon Allport seorang ahli psiaktri dan juga pengasas kepada teori Trait dalam ilmu psikologi personaliti telah merumuskan bahawa psikologi personaliti adalah susunan sistem- sistem dinamik yang akhirnya menentukan corak tingkah- laku, perasaan dan cara berfikir seseorang..dinamik yang diselarikan pada konsep ini adalah merujuk kepada keadaan yang boleh berubah- ubah dan berkembang.. oleh yang demikian, sistem- sistem yang membentuk personaliti mampu berubah dan berkembang mengikut perkara yang lebih besar memberi pengaruh padanya,

personaliti tidak mampu disentuh, dilihat apatah lagi diketahui kedudukannya dalam diri seseorang, jadi kewujudan serta perbezaan personaliti yang wujud antara manusia dapat dikesan melalui manifestasi tingkah- laku yang ditonjolkan oleh individu tersebut..hal ini kerana tingkah- laku seseorang adalah disebabkan dorongan personaliti yang ada padanya, persoalan yang timbul pada konsep ini ialah mengapakah adanya perbezaan personaliti antara individu? dan bagaimana personaliti terbentuk, berapa banyakkah proses yang diperlukan untuk membentuknya?

umumnya, Islam sebagai agama yang universal dan available eveywhere and everytime semestinya tidak lepas dari membincangkan perihal ilmu psikologi ini, buktinya pada tahun 1377 Ibnu Khaldun menjadi pelopor kepada perbincangan mengenai ilmu sains sosial yang mana turut merangkumi psikologi sebagai sebahagian daripada cabangnya, seterusnya pada tahun 1879 barulah muncul kajian awal mengenai psikologi oleh wilhelm wundt sekaligus menjadikan SIgmund Freud yang berbangsa Yahudi sebagai bapa kepada teori- teori dalam ilmu psikologi, namun jelasnya Islam telah lama mendahului penerokaan ilmu tersebut malah perbincagan mengenainya juga telah semakin tersusun oleh ulama'- ulama' terkemudian.

sebagai contoh, Ibnu Sina mengatakan bahawa:
''jiwa manusia secara teori dan praktikal mampu membentuk kecerdasan minda..malah jiwa itu sendiri dapat mencapai idea yang tidak disedari melalui perasaan dan imaginasi dan kebolehan itu sebagai faktor utama kepada tingkah- laku"

tingkah- laku adalah kesenimbungan utama dalam membincangkan tentang personaliti, oleh yang demikian psikologi personaliti dalam Islam merujuk kepada jiwa atau secara ringkasnya ia menitikberatkan perihal jiwa yang berupaya membentuk sebuah personaliti yang mana berkait-rapat dengan tingkah-laku, sebaliknya jika kita merenung kembali perbincangan halus dari prespektif barat mengenai psikologi personaliti mengutamakan perihal kajian terhadap tingkah- laku semata. perbezaan ini meletakkan batu perbezaan antara psikologi personaliti Islam dengan apa yang dibawa oleh barat.

lanjutan kepada perbincangan ini mendesak ana untuk membawa 5 elemen utama yang membentuk personaliti dalam Islam yang merangkumi akal, jasad, hati, roh dan nafsu...setiap elemen ini akan membawa perubahan atau pembentukan personaliti seseorang jika ia tidak seimbang atau salah- satu lebih menjadi pertimbangan daripada elemen lain, sebagai contoh, jasad tidak mampu menanam padi sebagaiman seruan akal kerana tiada kerjasama roh dan semangat dari nafsu untuk menanam padi dengan sebaiknya..

oleh yang demikian, dalam ilmu psikologi personaliti dalam Islam adalah melibatkan iman sebagai acuan yang kuat sebagai mempengaruhi jiwa seorang muslim, sebagaimana dalam surah al-a'araf ayat 172:

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ (١٧٢
maksudnya:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172)
di samping, kerana konsep iman yang dibawa oleh Islam juga telah mengubah banyak personaliti masyarakat jahiliyyah yang terkenal dengan kekejaman dan perangai yang buruk, namun selepas kedatangan Islam telah menyalakan sinar iman yang menjadi pendorong untuk mereka mengubah tingkah-laku dari suka minum arak kepada meninggalkannya, dari menanam anak perempuan kepada memanjakan anak perempuan, dan seumpamanya..hal ini berkait-rapat dengan iman kerana iman bermaksud mengakui dengan hati, lafazkan dengan lisan dan buktikan dengan amal........amal yang dimaksudkan ialah pembentukan tingkah-laku yang berpunca dari syarat dalam konsep iman, jika kuat iman seseorang makin makin baiklah tingkah- lakunya sebagaimana yang ditonjolkan oleh Rasullullah s.a.w

dalam ilmu psikologi Islam juga ada menyatakan bahawa terdapat 3 jenis personaliti yang merangkumi aql', nafs, dan qalb atau dengan nama ringkasnya pemikir (aql'), pencinta (nafs), dan pendamai (qalb)..
antara ciri seorang yang ber-personaliti pemikir ialah seorang yang bertanggungjawab dan suka knowledge sebagai alat untuk menutup kurang keyakinan pada dirinya, oleh yang demikian, knowledge tersebut menjadi advance step for them, malah kelompok ini juga tidak sensitif pada perasaan orang lain melainkan prinsip yang dipegangnya sahaja, namun mereka sangat pantang jika dibandingkan dengan orang lain.

kedua- nafs atau personaliti pencinta adalah sangat mementingkan imej dan status, mereka juga lebih mengutamakan untuk mendapatkan kebahagiaan dan perhatian dalam satu- satu tempat yang mereka kerja atau mereka berkawan..

ketiga- personalti pendamai atau nama lainnya qalb pula meletakkan seorang yang simple atau selalu mengelak dari perkara yang akan membawa stress atau tekanan pada meraka, oleh yang demikian, meraka lebih cenderung untuk menangguh- nangguh kerja jika merasai perbuatan tersebut tidak menyebabkan tekanan padanya, namun personaliti ini berbakat sebagai seorang pemimpin kerana mereka mudah mengalah kepada kehendak orang lain..

ringkasnya, setiap jenis personaliti punyai kelebihan dan kekurangan dan umumnya manusia adalah makhluk yang unik, jangan biarkan kelemahan atau pradigma yang lapuk menapak lantas menghalang untuk kita menguasai kecemerlangan dengan kelebihan yang dikurniakan Allah pada diri kita...
ilmu psikologi personaliti dapat membantu kita untuk mengenali diri dan mencuba bakat yang ada dan tidak pernah kita fikirkan bahawa bakat tersebut ada pada diri kita..
bersyukur dan terus bangun tanpa letih.............

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran