Thursday, January 20, 2011

1 ibu 10 anak.. so?

''mak cik ada ramai anak, malah semuanya berkerjaya dalam kelompok profesional.'' jawab mak cik MELUAT apabila ditanya tentang anak- anaknya.
sambil merenung luasnya langit, kadangkala hati mak cik MELUAT turut tersentuh dengan bisikan kerinduan untuk memeluk tubuh anak- anaknya, namun hatinya amat terluka dengan sikap mereka sehingga perasaan rindu terbenam jauh menutupi kelukaan yang dirasainya.
tiada yang dapat memberi kebahagiaan di akhir usianya melainkan menghabiskan sisa- sisa hidup tuanya di rumah itu..lalu langkahnya terus kuat menuju ke kebun yang diusahakan penghuni di rumah orang tua itu sebagai mengisi masa lapang..

--------------------------------------------------------
begitulah rentetan duka seorang ibu yang mendapat anak- anak tak kenal dek untung, semua orang apabila berfikir dari sudut logik akan melahirkan kemarahan pada tindakan anak sebegitu, mereka mungkin hebat dalam kerjaya, malah mungkin pernah dinobatkan sebagai ''insan kebanggaan'', tapi jika rahsia tindakan mereka terbongkar pasti tiada siapa yang mewajarkan anugerah tersebut dihulurkan kepadanya.
lagi satu kita selalu mendengar dialog ini -'' sedangkan 1 mak boleh jaga 10 orang anak.''-
secara peribadinya ana kurang bersetuju dengan pembelaan tersebut walaupun ia nampak benar dan tepat, tapi ana melihat bahawa 1 anak bukan sahaja mempunyai komitmen pada ibubapanya, namun terhadap keluarganya sendiri serta keluarga mertua apabila telah berkahwin, setiap komitmen tersebut mengundang tanggungjawab yang besar, di sini ana cuba untuk menjelaskan bahawa pada satu masa yang sama seorang anak bukan sahaja perlu menjaga ibu seorang malah dia juga perlu jaga beberapa orang lain disekelilingnya yang jumlahnya hampir sepuluh orang juga..

jadi, kata- kata itu tidak relevan untuk meletakkan kesalahan semata pada tindakan anak jika mengambil keputusan untuk mengabaikan ibubapanya pada hari tua mereka, malahan tindakan atau cara berfikir anak- anak adalah hasil acuan ibubapa yang mendidik mereka, sebagaimana pepatah melayu mengatakan bahawa

-'' bagaimana acuan begitulah kuihnya.''- 

oleh yang demikian, tidak keterlaluan jika tindakan atau tingkah- laku anak adalah hasil didikan oleh ibubapa, jadi jika anak- anak memilih untuk menjaga mereka maka didikan yang dijalankan adalah berkesan sehingga bisa membentuk ciri- ciri anak yang soleh..
dalam hadis Rasullullah juga ada bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak yang dilahirkan ibarat kain putih, ibu bapanyalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.''

setelah anak itu dewasa, mengambil usaha yang lebih besar untuk melukis corak sebagaimana dirinya yang bersih dahulu..hal ini kerana personalitinya kian kebal dek didikan lepas yang disemai oleh ibubapanya, mungkin ada yang memberi pengaruh persekitaran sebagai salah- satu faktor pembentukan anak, dan jujurnya ana sendiri tidak menolak faktor itu, namun jika didikan ibubapa yang sejak awal tadi adalah benar maka anak tersebut dapat menapis dengan bijak pengaruh luar yang cuba mempengaruhinya, oleh yang demikian, tidak mustahil bahawa tindakan anak- anak untuk mengabaikan hari tua ibubapa merupakan kesan atau implikasi dari didikan yang kurang telus oleh ibubapanya,

namun satu yang amat penting untuk diketahui iaitu adakah anak itu seperti kisah anak gajah?
seekor gajah tidak meruntuhkan pagar besi yang mengurunginya sejak kecil walaupun pagar itu mampu dirempuhnya dengan sekali lalu sahaja berikutan badannya yang lebih besar dan berkeupayaan tinggi untuk meruntuhkan pagar sekaligus mengeluarkan dirinya dari kurungan tersebut, namu apa yang menghalangnya? jawapannya ialah paradigma ''seekor anak gajah'', sewaktu menjadi anak gajah, ia telah mencuba banyak kali untuk merempuh pagar itu supaya dapat keluar dari kurungan namun tidak pernah berjaya sehingga akhirnya terbentuk pradigma bahawa ia tak mungkin dapat melepas pagar itu...
mungkin itu adalah sewaktu tubuhnya masih kecil, tapi kini keupayaan telah berubah berikutan anak gajah sudah menjadi bapak gajah, adakah kekuatan tetap sama?
oleh yang demikian, seorang anak mampu menghilangkan pradigma atau acuan yang kurang dari ibubapa..jika tidak maka samalah mereka dengan gajah tadi..

mungkin benar, ibubapa adalah bertanggungjawab untuk melukis corak pada kain putih yang diqiyaskan dengan anak, namun setelah anak itu dikurniakan akal adakah akan terus meletakkan kekurangan dari didikan ibubapanya dahulu sebagai penghalang untuknya menjadi anak yang soleh, al-Quran ada menyatakan bahawa:

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ (١٤

maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah luqman: 14)

jika anak itu seorang muslim, maka pasti akan bertemu ayat ini, jadi tidakkah ia mengingkari perintah Allah jika mengabaikan ibubapanya? oleh itu, seharusnya anak tersebut menampung segala kekurangan dari didikan ibubapanya dahulu dengan top-up didikan sendiri untuk berbuat baik pada ibubapanya walaupun perbuatan tersebut tidak pernah diasuh dalam mindanya semasa kecil, kekurangan didikan oleh ibubapa mungkin disebabkan oleh kekangan- kekangan yang terpaksa ditanggung, jadi tidak wajar jika kita terus menuduh dan memulangkan paku pada ibubapa sendiri sedangkan dari perutnya kita keluar melihat dunia.
ringkasnya, walaupun ibubapa ada melakukan kesalahan dalam mengatur didikan pada anak- anaknya, ia tidak bermakna tindakan untuk mengabaikan mereka mampu membalas kesakitan akibat melahirkan anda ke dunia, sungguhpun komitmen tinggi dan banyak harus diingat bahawa tidak mampu menandingi banyaknya belanja untuk membesarkan anda, sama ada belanja tenaga, makanan, pelajaran dan sebagainya, oleh yang demikian, telanlah pahit untuk ibubapa kerana mereka tiada ganti..........hanya satu!
kekurangan atau kelemahan didikan dari ibubapa bukan penghalang kepada anak- anak untuk menolak ibubapa sebaliknya kejahilan anak- anak adalah sebenarnya yang mendesak mereka bertindak demikian, oleh itu, ilmu dan iman perlu sebati supaya kesedaran untuk sentiasa bersikap sabar dan ikhlas dalam menjaga ibubapanya terutama di masa tua mereka muncul pada diri seorang anak...
.
...................................................................

SI POYO melangkah laju sambil matanya meracau- racau mencari sepotong kelibat yang amat dirinduinya..lalu matanya tertangkap jasad tua yang sedang tertunduk- tunduk dengan cangkul di tangan, mungkin sedang membuang rumput- rumput yang cuba menyibuk di tanamannya..SI POYO dengan girang tidak terkira terus menuju mendapatkan jasad tua itu.
''mak!..maafkan abu kerana telah melukakan hati mak,  POYO insaf mak, SI POYO dah sedar yang  POYO takkan dapat insan yang lebih mulia dari mak..maafkan POYO..'' menitis air mata abu sambil memeluk erat tubuh ibunya.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran