Sunday, January 23, 2011

Boss @ Tuhan? Hikmah= kita

dari lagak gaya bahasanya seperti orang tidak bertindak untuk ''mengorat'' sebaliknya sebagai seorang yang ikhlas menjadi kawan, jadi dengan berbekalkan niat sangkaan yang baik, sahabat ana bertanya kepadanya satu soalan yang amat mudah bagi ''pekerja'' di bangunan tersebut..
''boleh tanya...ermm, kat na surau?'' kata sahabat ana.
'' ha? surau?..owh terus ja kat depan ni, pastu jumpa roundboard, akan jumpa signboard ke toilet lelaki sebelah kiri dan toilet perempuan sebelah kanan dan ditengah2x adalah surau..''jawab beliau.
''ok..terima kasih.'' balas sahabat ana.
ana membiarkan 2 orang sahabat mendahului untuk ke surau, sebaliknya ana menunggu urusan jual- beli yang belum selesai, di kedai tersebut..
TIBA- TIBA
belum sempat ana selesai segala urusan jual- beli, sahabat ana yg pergi mencari surau tadi kembali
''dah bis solat ka?'' soal ana.
''belum..mana da roundboard or tandas, apatah lagi jalan ke surau, dan dah tanya kakak tu tadi katanya surau xdak kat aras ni, surau hanya kat aras bawah.'' jawab sahabat ana.
''masyaAllah..'', balas ana sambil melihat ke arah saudara yang menunjukkan jalan tadi.
walaupun agak geram dengan tindakan beliau, namun fikiran kami masih dibendung sabar supaya tidak memalukan beliau di khalayak ramai..akhirnya kami mengikut tunjuk arah yang diberi oleh kakak tersebut, dan alhmdulh kami bertemu surau di aras bawah- area parking.
............................................................................

umat Islam semakin lemah, dan semakin menyintai kejahilan berselubung pada dirinya, solat yang merupakan tiang agama sebagaimana tuntutan hadis bahawa Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi bersabda,

 “Solat itu tiang agama sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.”

sedangkan surau di mana pun tidak diketahui, inikan pula solatnya? jika beliau mungkin mempunyai tempat khusus untuk solat, why not tell the truth that you're don't know because you've own prayer place, sebaliknya ditambah dosanya dengan penipuan di samping membuka kejahilan sendiri terhadap agama sedangkan beliau adalah muslim,
solat juga merupakan rukun Islam iaitu syarat wajib bergelar Islam or Muslim or Muslimat, malah solat adalah rukun ke-2 selepas syahadah, ia bertindak membezakan orang beriman dan sebaliknya, jika solat diabaikan sewenangnya tanpa keuzuran untuk melambatkannya maka adakah cukup untuk dirimu berpijak dibumi pengasas agama ini, engkau menerima apa saja arahan dari ''boss'' yang hanya seorang manusia sepertimu, tapi Allah yang memerintahkan engkau yang merupakan hamba-Nya untuk melaksanakan tugasan- tugasan wajib sebagai hamba..mengapa lain pula respon dirimu? sedangkan Allah bukan sahaja memliki dirimu, atau tenagamu sebagaimana ''boss'' sebaliknya segala yang dipunyai olehmu adalah pinjaman dari-Nya, tidakkah engkau berfikir?

firman Allah s.w.t dalam surah al- mukminun:

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢


maksudnya:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2)

ramai yang khusyuk mencari gaji, harta sehari- harian, sekaligus mengabaikan tips ini, sedangkan ia adalah tips dari pemberi harta, pengurnia rezeki dan gaji, tidakkah pelik situasi ini? oleh sebab itu, tidak mustahil, gaji walaupun banyak tapi hanya banyak pada nilai sahaja sedangkan barakah-Nya tiada menitik pada rezeki tersebut, kerana itu jika gaji banyak, kena bayar loan kereta, kena bayar loan rumah, kena curi, atau sebagainya, seperti apabila gaji masuk, jatuh sakit yang memerlukan bayaran rawatan, atau kereta dilanggar orang lalu bayaran ''repair''..itulah yang dikatakan bahawa gaji besar hanya pada nilai, kehidupan bukan hanya memerlukan gaji yang nilai besar tapi juga barakah dan rahmat-Nya untuk setiap usaha kita kerana sesungguhnya Allah telah berfirman bahawa:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦) مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ (٥٧


maksudnya:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (56) Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. (57)

tidak seperti ''boss'' yang perlu kita taat pada perintahnya melebihi perintah Allah, seorang ''boss'' memerlukan seorang pekerja untuk memajukan kerja- kerja di kedainya, sebaliknya Allah tidak berkehendak sedemikian, Allah tidak perlukan rezeki malah apa- apa sumbangan makan untuk-Nya sebagaimana status seorang ''boss'' namun ramai manusia tetap tidak mampu melihat keadaan ini dengan mata hatinya, walaupun ia lebih jelas dari yang ada di depan mata..rezeki yang kita cari sepatutnya dijadikan wadah ibadah sebagaimana fitrah penciptaan kita, bagaimana ia mampu menjadi ibadah? mudah sahaja iaitu dengan niatkan untuk-Nya dan mengikut garis landasan-Nya seperti tiada penipuan, menepati janji, dan sebagainya. semua itu adalah ibadah dan ia tidak pernah lepas dari kiraan Allah.
ana suka memandang pada dua sudut, iaitu pada pihak yang melihat dan melakukannya, jika salah pada yang melakukannya, maka ada juga salah pada yang melihatnya, sebagaimana nasihat seorang sahabat buat ana:


''dan enti perlu tahu dalam setiap putaran kehidupan kita ni,ada hkmahnya..jika enti marah dan tidak dapat terima enti perlu berdiam dan ambil masa untuk berfikir..mungkin ianya teguran ataupun sesuatu yang ingin ALLAH sampaikan buat diri sendiri.''

benarlah kata beliau, setiap saat yang berlaku ada hikmahnya pada orang yang memikirkannya sama ada orang berfikir itu adalah orang yang melihat, melakukan atau mendengar, jadi jangan mudah letakkan salah pada orang sebaliknya kita kena belajar untuk membetulkannya sedaya mungkin, dan jika ia masih tidak berubah maka ingatlah bahawa semua keadaan dibawah pengetahuan-Nya.
peranan da'ie atau pendakwah perlu dimantapkan agar manusia- manusia yang makin hitam laluan hidayah untuknya akan membawa dirinya menuju kepada sinar daripada terus diselubungi kejahilan, ilmu dan dalil serta kemahiran penyampaian perlu dimantapkan dalam diri seorang da'ie agar mereka menjadi seorang yang fleksibel pada mana- mana keadaan dan pada mana- mana jenis manusia yang bakal mereka berhadapan, malah da'ie juga perlu ada motivasi serta keberanian untuk menyuarakan kebenaran supaya niatnya jelas dan tidak disalah-tafsirkan oleh mad'u-nya..


jika masih ramai yang mengabaikan solat, da'ie perlu hadir dan menyedarkan mereka, dan jika dibiarkan maka mereka merasakan bahawa tiada yang ambil peduli, malah yang paling malang jika mereka terus mengabaikan kewajipan solat sehingga cara, niat serta rukun solat luput dari ingatan, ini adalah suatu hal yang mustahil untuk seorang muslim, namun tidak mustahil jika ia wujud seandainya para da'ie terus melambatkan kemantapan tujuannya serta pelaksanaan dakwah mereka, namun harus disedari juga bahawa gerakan dakwah lebih berkesan dengan  bergerak secara berkumpulan terutama jika sasarannya adalah kelompok remaja yang lebih liar dewasa kini, walaupun demikian, sesetengah situasi seperti jika seorang mad'u menemui da'ie untuk berubah maka keadaan ini mungkin lebih cenderung untuk bergerak secara individu, ana berbangga dengan gerakan dakwah yang kian wujud di Malaysia seperti ABIM, gabungan mahasiswa, PKPIM, YADIM, NISA', ISMA, ISIUKM, dan sebagainya,


walaupun masih wujud regangan hubungan antara da'ie namun itu bukan masalah besar apabila tujuan dan matlamat adalah sama, ana akui sebelum ini, ana tidak berani untuk menyampaikan dakwah walaupun ana sedari ana telah dilabelkan sebagai seorang da'ie namun ketidakyakinan yang wujud sering membataskan ana untuk melaksanakan tanggungjawab itu, namun ana terus mencari pengalaman dengan menyertai program- program yang membina seorang da'ie dan alhamdullillah ana bersyukur kepada Allah kerana telah memilih ana untuk menyertai program jejak belia anjuran ABIM dan JAIS sempena sambutan tahun baru 2011 yang lalu,
bermula pada pukul 12 malam hingga hampir pukul 4 pagi, ana dan skuad jejak belia telah berjalan menyampaikan peringatan dan berusaha memberi kesedaran pada remaja- remaja yang kelihatan lalai, sasaran kami adalah kawasan bukit bintang dan sekitarnya, hal ini kami difahamkan bahawa tempat tersebut adalah ''kawasan panas'' bagi remaja yang kian rosak dek arus kemodenan dunia..

keadaan awal operasi skuad


sesak laluan dek sambutan




dari pengalaman beberapa jam itu, ana merasakan pentingnya dakwah dan tahap da'ie yang masih lemah berbanding kecepatan arus kemodenan yang merosakkan remaja muslim terutamanya, ana juga sedar bahawa pendekatan yang bijak perlu digunakan agar kelompok ini tidak lari apabila kita mendekati mereka, di samping itu, niat yang ikhlas untuk berdakwah dan membawa mereka yang lalai kepada lembah iman juga perlu sebati pada diri seorang da'ie agar golongan da'ie istiqamah walaupun dakwah mereka tidak didengari..teruskan langkah kerana sesungguhnya hidayah itu milik Allah, sebagai da'ie hanya perlu menjalankan tugas selagi hayat dikandung badan..
generasi yang menjaga solat adalah generasi yang bisa bebas dari gejala sosial yang kian membarah dalam masyarakat kini..sebagai peringatan kepada ana juga supaya terus berdiri pada dakwah tanpa jemu..insyaAllah


wallahua'llam

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran