Wednesday, January 26, 2011

antara logik & perasaan

-----text message--------
''klu ko xleh paham perasaan aku, sbb aku xpernah rasa berminat utk chatg ngan lelaki yg xdikenali, apatah lagi utk mengejar si dia, ko dah fitnah aku! aku xtau sama ada masih ada maruah utk aku. tpi aku terima ia sebagai ujian kerana semuanya berlaku dengan izin Allah.dan atas dasar sahabat.''

----send message to me--------
----reply it---------

''bla ko kata aku dah jatuhkn maruah ko, e2 adlh perkra besar aku, jadi aku perlukan logik dan fakta pd tuduhan tu, terpulang la pd ko, aku da kelas!"'

-----send message----------

sketsa bait message di atas hanya sekadar selingan bagi menuju kepada tajuk perbincangan pada post kali ini, mungkin keadaan yang diketengahkan adalah perkara yang terlalu berat dalam pertengkaran antara kawan, namun kadangkala ia adalah perlu bagi menunjukkan ketegasan pendirian kita pada satu-satu situasi, serta bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah yang timbul juga adalah bermula dari pengesanan punca yang menyebabkan masalah tersebut timbul, oleh yang demikian untuk mendapatkan punca dari masalah tersebut, apakah sumber yang dipercayai? di sinilah wujudnya perbezaan antara fakta dan perasaan, dimanakah ia patut dinilai? dan apakah objek yang mampu menilai dengan adil supaya penyelesaian masalah tersebut dapat memberi keadilan pada kedua- dua pihak?

LOGIK secara definisinya membawa erti yang sama dengan munasabah, oleh yang demikian, kamus dewan edisi empat menyatakan bahawa

''sesuai, tepat benar, berpatutan: ada modal yg ~ utk ditanam dlm perniagaan; 4. boleh diterima akal (boleh dipercayai), tidak mus­tahil: cakap kita ini biar cukup dgn dalilnya, biar ~ oleh akal; memunasabahkan menjadikan''

logik lebih dekat dengan penerimaan akal, perlu diketahui bahawa akal mempunyai posisi yang mulia pada diri seorang insan, malah ia menjadi perbezaan antara haiwan dan manusia, ia juga menjadi nilaian kedudukan orang beriman sebagaimana Allah ada berfirman dalam surah al-Fatir ayat 28:

إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ (٢٨
maksudnya: 
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. 
orang berilmu adalah berkaitrapat dengan penggunaan akal sebagai medium.
manakala perasaan pula didefinisikan dengan luas tanpa mengabaikan perbincangan pada perkara yang berkait dengan hati atau medium batin seseorang, sebagaimana perbincangan ringkas oleh kamus dewan edisi yang sama menyatakan bahawa

''dgn seluruh perasaan (hati)'';

dalam sebuah hadis telah menyatakan kedudukan hati dalam Islam,

“Ketahuilah sesungguhnya dalam jasad manusia terdapat segumpal daging, jika baik segumpal daging tersebut, maka akan baik pula seluruh jasadnya, dan jika rusak segumpal daging tersebut, maka akan rusak pula seluruh jasad tersebut. Ketahuilah segumpal daging tersebut adalah Al Qalbu (hati)” (Muttafaqun’alahi)

hati dianggap sebagai raja dalam diri seseorang, dan dari hati juga munculnya niat sama ada ia diterima oleh Allah atau sebaliknya,


kepentingan dua medium ini harus selari dan menepati situasi yang sepatutnya, agar kebenarannya adalah tepat dan tidak melanggari syariat serta adil kepada pihak yang terlibat...merujuk kepada situasi yang cuba ana gambarkan di atas tadi adalah suatu perkara yang tidak mampu dipandang ringan oleh seseorang yang waras fikirannya, tuduhan yang seberat itu adakah cukup sekadar berdalilkan ''perasaan'' untuk disabitkan seseorang itu telah bersalah...adakah ia mencapai kepada pihak yang menerima sedangkan jika sabit kesalahan ia termasuk dalam dosa besar..
sebagaimana Allah telah berfirman dalam surah al- baqarah ayat 191 bahawasanya:


وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِ‌ۚ
maksudnya:
dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan

dalam undang- undang Islam, tuduhan atau fitnah hampir merangkumi keseluruhan perbuatan jenayah yang tiada bukti atau keterangan- keterangan yang diterima bagi situasi yang tiada bukti seperti dibenarkan sumpah, namun tidak sesekali Islam menetapkan hukuman pada seseorang hanya berdasarkan tuduhan pada perkataan atau perasaan yang dirasai oleh individu atau plaintif, undang- undang keterangan meletakkan banyak jenis cara keterangan yang boleh digunakan bagi membuktikan plaintf atau defendan berada di pihak yang benar, antaranya qarinah atau bukti sama ada dokumen, syahadah atau saksi, sumpah atau pengakuan, ilm al-qadhi atau pengetahuan hakim dan sebagainya, sebagai contoh dalam kes tuduhan zina oleh suami kepada isteri atau li'an, maka adakah cukup sekadar..perasaan suami demikian diambil kira?
sedangkan dalam surah an- nuur ayat 6-7 Allah telah berfirman bahawa:


وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ أَزۡوَٲجَهُمۡ وَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ شُہَدَآءُ إِلَّآ أَنفُسُهُمۡ فَشَهَـٰدَةُ أَحَدِهِمۡ أَرۡبَعُ شَہَـٰدَٲتِۭ بِٱللَّهِ‌ۙ إِنَّهُ ۥ لَمِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ (٦) وَٱلۡخَـٰمِسَةُ أَنَّ لَعۡنَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡهِ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٧

maksudnya:
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar. (6) Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang-orang yang dusta. (7)

jadi, kepada yang menuduh logik dan fakta adalah penting untuk penilaian akal, kerana manusia tidak sememangnya tidak mampu menerjah ke dalam hati seseorang melainkan Allah Yang Maha Memiliki, hipotesis awal yang dapat ana sandarkan pada huraian di atas adalah semakin besar tuduhan maka semakin berat pembuktian yang diperlukan,
seawal kedatangan Rasullullah s.a.w sebagai utusan Allah telah mendapat tuduhan bahawa Baginda hanya merupakan seorang ahli sihir dan penipu dan masyarakat Arab sama sekali tidak mempercayainya sebagai utusan dari Allah, namun Allah tidak membiarkan tuduhan tersebut terus dilemparkan kepada Rasullullah s.a.w, Allah telah menjaga Rasullullah s.a.w dengan budi pekerti yang mulia, dan beberapa kelebihan atau mukjizat agar kebenaran ajaran yang dibawa Baginda diyakini, oleh yang demikian, jika sekiranya seseorang dengan sewenangnya melepaskan tuduhan seberat itu pada seseorang yang lain bukankah ia juga telah melakukan fitnah?

namun jika telah dinyatakan fakta, dan kebenaran fakta sebagai bukti atas tuduhan adalah benar dan berdalilkan syarak maka seseorang yang telah sabit kesalahan perlu menerima hukuman atas kesalahannya, dengan keadaan demikian, maka lengkaplah sesuatu kes, dan penyelesaian yang adil dapat dilaksanakan dengan sempurna, persoalan sama ada seseorang yang bersalah menerima atau tidak hukuman tersebut setelah sabit kesalahannya adalah tidak timbul kerana ia adalah berkaitan dengan hati iaitu berkaitrapat dengan iman yang berada di dalamnya.

konsep mengalah atau beralah kadangkala adalah relevan pada sesetangah situasi namun pada situasi tuduhan berat seperti ''fitnah'' adalah sangat tidak relevan untuk beralah atau mengalah pada tuduhan tersebut.. hal ini kerana ia bukan sahaja mencacatkan maruah kita sebaliknya ia juga menjadikan konsep fitnah terhadap orang lain dipandang ringan dan mudah..jika benar seseorang telah memfitnah dirimu dengan cerita rekaan maka kirimkan bukti- bukti dari fakta yang benar menunjukkan bahawa anda adalah dipihak yang benar..kita mungkin tak mampu memberi keadilan sepenuhnya pada orang lain namun memadailah bahawa tuduhan tersebut tidak hanya berdiri sebagai ''tuduhan kosong''...

bagi mengakhiri sekelumit juadah ingatan ini, ana ingin tegaskan, fitnah jangan dipandang ringan dan jangan gunakan perkataan tersebut semudahnya..kerana ia adalah dosa yang besar malah tuduhan sedemikian juga akan merapuhkan sebuah persahabatan biarpun lama terjalin, dengan hanya sebaris ayat fitnah, tidak mustahil persahabatan yang telah lama akan gugur sekelip mata...pilihlah sama ada kebenaran atau perasaan?




''biarlah Allah ubati hati yg terluka..''


''aku memilih KEBENARAN..bukan PERASAAN''

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran