Thursday, November 11, 2010

Realiti Mahar Di Malaysia

Mas Kahwin Negeri² di Malaysia:
Johor: RM 22.50
Melaka: RM 40.00

Negeri Sembilan:
RM 24.00 (Bukan Waris – Dara)
RM 12.00 (Bukan Waris – Janda)
RM 48.00 (Waris – Dara)
RM 24.00 (Waris – Janda)

Selangor: RM 80.00 (Dara) , RM 40.00 (Janda)-TAK PASTI-
Kuala Lumpur: RM 80.00 (Dara) , RM 40.00 (Janda)
Perak: RM 101.00
Pulau Pinang: RM 24.00
Pahang: RM 22.50
Sabah: RM 100.00 (Dara) , RM 80.00 (Janda)
Sarawak: RM 120.00
Labuan: RM 80.00

Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan : Tidak ditetapkan.

bercakap soal mahar atau sinonim di Malaysia digunakan pada maksud istilah mas kahwin, ana yakin ramai yang dapat memahaminya dengan baik sama ada jenisnya (mahar musamma atau mahar mithil) syarat dan kesan yang didapati berikutan persoalan mahar..ana coretkan sedikit tentang kesan yang penting berikutan perbincangan mengenai mahar iaitu pertamanya mahar adalah wajib apabila terjadinya akad nikah, berlaku persetubuhan, atau kematian salah seorang pasangan..jadi, isteri layak menerima mahar yang penuh jika telah berlaku persetubuhan atau kematian suami (iddah bagi isteri yang kematian suami ialah 4 bulan 10 hari), ia boleh dibayar secara hutang, cagaran atau tunai..di Malaysia kes Janat lawan Khuda Buksh menyatakan bahawa jika wang/duit mahar ingin diganti dengan barang atau cagaran harta lain maka ia perlu mendapat persetujuan isteri jika sebaliknya maka ia akan dikira sebagai pemberian secara sukarela oleh pihak suami. disamping itu juga, persetujuan yang diperolehi dari seorang isteri perlu dibuktikan kepada pihak mahkamah.

berbalik semula kepada kesan kedua yang perlu dititik beratkan iaitu saat mahar hanya sebahagian nilai sahaja diserahkan kepada isteri..iaitu pada keadaan nilai mahar telah ditetapkan semasa akad yang sah namun persetubuhan masih belum berlaku, jadi dalam hal keadaan ini isteri hanya layak mendapat sebahagian dari nilai mahar tersebut..oleh yang demikian, menjadi kewajipan seorang isteri untuk membuat tuntutan serahan mahar kepada mahkamah sekiranya suami ingin berpoligami, telah meninggal dunia dan atas alasan lain yang munasabah baginya, sekiranya suami tidak dijumpai maka menjadi kewajipan kerabat dan warisnya bertanggungan untuk melaksanakan serahan tersebut.

di Malaysia, seksyen 125 Enakmen Undang- undang Keluarga Islam (Selangor) menayatakan bahawa mas kahiwin atau mahar hendaklah dibayar oleh suami kepada isteri atau wakilnya dihadapan 2 orang saksi, dan seterusnya turut menyatakan tanggungjawab pendaftar untuk merekodkan nilai mas kahwin yang diberikan, jumlah pemberian yang ada, jumlah pembahagian yang wujud juga, serta butir- butir cagaran yang telah dilakukan..walaupun nilai setiap negeri adalah berbeza dari sudut meletakkan mas kahwin namun ia bukanlah bersifat 'demand' atau mutlak, sebaliknya ianya hanyalah suatu ketetapan yang minima, oleh yang demikian, sekiranya pihak suami mahu bertindak memberi nilai yang lebih dari nilai yang ditetapkan dalam enakmen sedia ada maka adalah tidak menjadi kesalahan..di samping itu, perlu diketahui bahawa tiada nilai yang ditetapkan berhubung dengan nilai mas kahwin namun yang disyaratkan barang yang dijadikan mas kahwin mestilah bernilai menurut syarak dan tidak haram padanya,

sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

'berilah mas kahwin walaupun hanya cincin yang diperbuat daripada besi'


di samping itu..mungkin ramai yang pernah mendengar hadis bahawa Rasullullah telah bersabda yang bermaksud:
“Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya.”

ringkasnya, selagi boleh dipermudahkan perkahwinan tersebut maka ringankanlah as long as ia masih dibawah kawalan syariat dan perundangan sedia ada, hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana ana yakin telah banyak kes berkaitan mas kahwin tinggi yang menimbulkan perbalahan selepas kahwin atau penangguhan bayarannya walaupun telah lama berumahtangga, tidakkah sang isteri kasihan pada sang suami atas bebanan yang tertangguh di pundaknya?

antara isu yang hangat suatu ketika dulu:

KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.
“Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.
Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.
“Saya pun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu,” katanya.
Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.
Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu.
- BERNAMA

jika mas kahwin dinaikkan dan hantaran juga demikian maka hipotesis dari keratan akhbar ini menjadi kesan utama berikutan keadaan tersebut, namun jika nilai pemberian atau hantaran dipertimbangkan atau dikurangkan mengikut kemampuan sedia ada pihak suami maka kesan tersebut masih boleh dibendung, namun kekangan keadaan barang yang kian menunjukkan harga yang tinggi akan memberi implikasi sampingan lain jika pemberian dikurangkan, oleh yang demikian, pasangan tersebut haruslah bersikap tolak-ansur dan memberi kerjasama dalam mempermudahkan perkahwinan tersebut, kikis dan ketepikan sikap angkuh dan menunjuk-nunjuk sesama jiran kerana ia hanya menambah perkara remeh.

sekilas pandangan seorang Peguam Syarie:

'Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri. Kadar maskahwin di Johor RM 22.50, Melaka RM40.00, Perak RM101.00, Pulau Pinang RM24.00, Pahang RM22.50, Sarawak RM120.00, dan Labuan RM80.00 yang mana tidak dibezakan samada dara atau janda. Manakala di Selangor dan Kuala Lumpur RM 80.00 bagi dara manakala janda RM 40.00, Negeri Sembilan RM24.00 bagi anak dara dan RM12.00 bagi janda, Sabah RM 100.00 bagi dara dan RM 80.00 bagi janda, dan di Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan jumlah maskahwin tidak ditetapkan oleh pemerintah. Adalah suatu perkara yang memalukan apabila sebuah negara Islam yang kecil seperti Malaysia mempunyai kadar maskahwin yang berbeza-beza antara negeri. Sudah sampai masanya nilai maskahwin itu diselaraskan dan diseragamkan di semua negeri di Malaysia. Perlu juga dikaji keperluan dibezakan maskahwin antara anak dara dan janda kerana tidak terdapat nas yang jelas yang membezakan maskahwin antara anak dara dan janda.
Hukum Syarak tidak menghadkan kadar minimum atau maksimum maskahwin. Islam mengiktiraf bahawa setiap orang berbeza kaya dan miskinnya, lapang dan sempit rezekinya. Islam juga mengiktiraf bahawa setiap masyarakat juga mempunyai adat dan tradisinya yang tersendiri. Kerana itu Islam menyerahkan masalah jumlah maskahwin itu berdasarkan kemampuan dan tradisi masing-masing. Jadi untuk menentukan banyak atau sedikit maskahwin terpulang kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut. Namun demi menjaga maslahah ammah umat Islam hari ini, supaya jumlah mas kahwin tidak diletakkan sewenang-wenangnya atau direndahkan ke tahap yang boleh merendahkan status wanita, adalah wajar bagi pemerintah menetapkan jumlah maskahwin.
Dalam perkembangan ekonomi hari ini, wajarkah kadar maskahwin serendah RM12.00 atau RM22.50? Dengan nilai sebanyak itu, berapa banyakkah barang yang anda boleh beli? Mungkin satu atau dua barang kecil sahaja. Maskahwin itu adalah hak isteri hatta bapa sebagai wali sekalipun tidak berhak menerima maskahwin kecuali isteri meredhainya. Sesetengah golongan melihat maskahwin sebagai lambang status dan taraf si isteri yang diambil oleh suami sebagai pasangan hidupnya. Adakah status atau taraf wanita hari ini serendah RM12.00 atau RM22.50? Maka sudah sampai masanya negeri-negeri yang lain mencontohi kerajaan Selangor untuk mengkaji semula kadar maskahwin kerana aturan tersebut telah dilaksanakan sejak 30 tahun yang lalu, dan menyelaraskan kadar maskahwin tersebut di antara negeri-negeri.'

http://aburabiah.wordpress.com/

kesimpulannya, pelaksanaan perkahwinan adalah sangat relevan dalam menjaga hubungan dan batasan antara lelaki dan perempuan, oleh yang demikian, segala perkara yang boleh dipermudahkan harus bagi pasangan bersikap toleransi kerana perkahwinan bukan berhenti setakat selesai majlis tersebut dilaksanakan sebaliknya perjalanannya lebih jauh,


berfikirlah sejenak tapi bukan kerana cinta atau angau kahwin sebaliknya untuk menjunjung syariat dan mengaplikasika 'ISLAM THE WAY OF LIFE'
wallahua'alam 

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran