Wednesday, November 3, 2010

Khitbah/ Pertunangan in Islam


 biar sederhana pertunangan itu, asalkan 'haram-nya' tidak dilanggar

 
Pertunangan merupakan langkah pertama menuju perkahwinan. Ianya turut disertakan dengan pemberian hadiah sebagai lambang akan berlanjutnya hubungan antara kedua calon suami isteri sampai ke hari pernikahan. Namun adakalanya pertunangan tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu sama ada oleh pihak lelaki mahupun pihak perempuan atau atas kehendak bersama. 

Definisi bertunang ialah menyatakan keinginan berkahwin dengan perempuan yang menjadi pilihannya dengan memberitahu hasratnya itu kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Setelah peminangan itu diterima oleh pihak perempuan dan sementara menanti masa ijab qabul maka tempoh itu dinamakan tempoh pertunangan. 

Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah S.A.W. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang Melayu di Malaysia. Bertunang menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan suatu akad nikah dalam erti kata yang sebenar. Akad pertunangan bagi masyarakat Arab pada realitinya merupakan akad nikah. Satu perkara yang membezakan di antara akad nikah dan pertunangan ialah kedua-dua pasangan yang bertunang tidak tinggal bersama sehinggalah diadakan majlis perkahwinan. Pada dasarnya mereka berdua adalah sepasang suami isteri dan halal melakukan apa sahaja
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=587.160
      

Selain itu pertunangan juga merupakan salah satu perkara penting yang disebut oleh Rasulullah S.A.W iaitu pertunangan di dalam Islam adalah keperluan bakal suami dan isteri mengenali terlebih dahulu antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, keperluan ini merujuk kepada sifat masyarakat Islam itu sendiri dalam bentuknya yang ideal sebagai masyarakat yang tidak begitu bebas seperti sekarang. Proses pertunangan ini bukan sahaja wajar dilakukan oleh pihak lelaki malah pihak perempuan juga boleh melamar bakal suami mengikut cara yang sesuai dan munasabah



Hukum Meminang
Hukum bagi bertunang atau meminang adalah sunat berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari:

Maksudnya:
Bahawasanya Nabi S.A.W telah meminang Aisyah r.a binti Abu Bakar dan Hafsah bin Umar”.

Hukum Meminta Pandangan Mengenai Bakal Pengantin
Sesiapa yang meminta memberikan pendapat tentang bakal pegantin lelaki mahupun perempuan, dia hendaklah turut menceritakan keaiban dan keburukan secara jujur berdasarkan pengetahuannya. Ini semua dianggap sebagai nasihat dan peringatan kepada bakal pengantin mengenai pasangannya. Perbuatan ini tidak termasuk di dalam kategori mengumpat yang diharamkan. Dia perlu menceritakan keaiban tersebut apabila diperlukan.

Tetapi jika keburukan tersebut boleh diringkaskan dengan berkata “ lelaki ini tidak sesuai dengan kamu” atau “ perempuan itu tidak sesuai dengan kamu” berpadalah jika dia berbuat demikian sahaja. Dalil hukum ini adalah berdasarkan kepada sebuah kisah Fatimah binti Qais r.a”

Fatimah binti Qais r.a berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W:
“Muawiyah bin Abi Sufyan dan Abu Jaham telah melamarku.” Rasulullah S.A.W bersabda: “ Abu Jaham tidak pernah berlekang daripada tongkatnya (tua) manakala Muawiyah adalah seorang miskin yang tidak punya harta. Bernikahlah dengan Usamah bin Zaid.” “tetapi aku tidak menyukainya.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi: “Nikahilah Usamah.” Akupun mengahwininya. Allah memberikan kebaikan kepada perkahwinanku.” Fatimah bin Qais bergembira selepas perkahwinan tersebut”.

Hukum Wali Menawarkan Perempuan Jagaannya Kepada Lelaki Soleh

            Wali disunatkan menawarkan perempuan yang berada di bawah jagaannya kepada lelaki yang soleh dan bertaqwa. Hal ini dapat dicontohi daripada tindakan Nabi Syuaib a.s yang mana beliau telah menawarkan anaknya supaya mengahwini Nabi Musa a.s. Nabi Syuaib sangat meyakini sifat amanah yang terdapat dalam diri Nabi Musa a.s.

Firman Allah s.w.t
Maksudnya:
“ Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah Dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama lapan tahun. Dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. dan (ingatlah) Aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu. Engkau akan dapati aku insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya".Musa menjawab: "Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama). Yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan. dan Allah jualah menjadi pengawas terhadap apa yang kita katakan itu".
(al-qasas 26-28)

Hukum bagi seorang lelaki melihat bakal isterinya adalah sunat, dan seorang perempuan juga disunatkan untuk melihat bakal suaminya. Keharusan melihat bakal suami dan isteri hendaklah dengan tujuan untuk berkahwin.
 
Maksudnya:
“Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W telah bertanya seorang lelaki yang hendak mengahwini seorang perempuan. “adakah engkau telah melihatnya?” jawab lelaki itu “tidak”. Sabda Baginda “pergilah melihatnya”. (riwayat Tirmidzi dan Nasa'i)

Walaubagaimanapun, Islam telah meletakkan bahagian-bahagian yang harus dilihat iaitu muka dan kedua telapak tangan. Tujuan melihat muka adalah untuk mengetahui kecantikan dan ketampanan bakal pasangan masing-masing. Manakala tujuan melihat telapak tangan adalah untuk mengetahui atau memastikan tahap kesihatan bakal pasangan tersebut. 

Perkara Sunat Ketika Meminang
            Orang yang meminang atau wakilnya disunatkan berkhutbah sebelum meminang dan sebelum akad. Khutbah dimulakan dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Baginda S.A.W. kerana Baginda bersabda:

Maksudnya:
“Semua perkara yang ada nilainya tetapi tidak dimulakan dengan memuji Allah adalah cacat.” (riwayat Ibnu Majah)

Kemudian dia hendaklah berpesan supaya bertaqwa kepada Allah dan barulah melahirkan keinginannya sambil berkata: “kami datang untuk meminang anak kamu.” Wali perempuan juga disunatkan berkhutbah yang dimulai dengan memuji Allah lalu berkata : “saya terima pinangan kamu.” Walaubagaimanapun khutbah sebelum akad nikah lebih ditekankan berbanding khutbah sebelum meminang kerana ianya ia dilakukan oleh para salafussoleh r.a.


p/s: Islam mengatur hidup umatnya dengan sebaiknya, namun yang membataskan kita atau menyebabkan adanya salah dan songsangnya pada pertunangan dan per-istilahannya adalah kurangnya ilmu atau perhatian kita terhadap perkara tersebut, mungkin ada yang berpendapat ia hanya perlu dipelajari oleh golongan tertentu dan akan diberitahu kelak, dan sekiranya tiada orang yang menyampaikan maka tiada pembetulan pada tindakan kita? sedangkan hakikatnnya kita sendiri menolak untuk membaca dan mengetahui mengenainya, mana mungkin tuan guru mencari anak muridnya? tidakkah keadaan itu aneh dan pelik? kalau ada pun, boleh dikira keberadaannya
 jangan selalu mengharap pada suatu keadaan yang terhad kejadiannya, sebaliknya bawalah diri mencari dan mendalaminya agar setiap yang kita lakukan ada sandaran, bukan hanya 'org ini berkata demikian' ' org itu yang beritahu'
sama keadaannya seperti bertunang, ia juga memerlukan persediaan ilmu dalam menjaga hubungan supaya sampai ke jinjang pelamin, kelak alam rumahtangga lagi besar dugaannya, semua itu perlu didahulukan dengan ilmu dan pengetahuan yang luas mengenai keadaan, risiko, didikan, layanan, dan seumpamanya, kenapa perlu kepada semua tu?
jawapannya mudah, 

sebab perkahwinan adalah tuntutan agama dan semestinya kena ikut landasan agama bukan rel kontot dek pengetahuan yang cetek..lagi pula, perkahwinan bukan seperti babak drama yang bertukar- tukar ganti pelakonnnya, sekejap suaminya tua sekejap suaminya muda, sebaliknya perkahwinan perlu dipertahankan kerana ia bukan hanya hidup didunia malah akhirat juga..insyaAllah
ana ingatkan diri sendiri terutamanya, wallahua'alam
 

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran